Fries,

Aplikasi GrabFood Dan 13 Restoran Mempromosikan 'U.S. Fries Bonanza 2021'

Selasa, Jun 08, 2021 Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian juga. Sekarang ni kita bagaikan berada dipertengahan kancah peperangan bukan dengan senjata tapi peperangan melawan musuh yang tidak dapat dilihat. Itu lagi susah dan lagi payah untuk ditentang, tapi hanya dengan duduk rumah dan 'lockdown' kendiri adalah penamatnya. Dalam masa beberapa hari lagi kita harus harungi semua ini. Bunyi macam serius jer Maha ni kan tapi itu yang kita kena buat.



Kalau nak nikmati makanan yang sedap-sedap kat restoran mahal ker boleh tapi dengan buat tempahan secara dalam talian dan biar penghantar yang akan menghantar makanan kepada kita. Maha sendiri pun duduk rumah lama-lama ni tak dapat tahan nafsu nak makan makanan kegemaran macam makanan western dan lain-lain jugalah. Sekarang ni untungnya tengah ada promosi 'U.S Fries Bonanza 2021' yang telah bermula dari 1 Jun hingga 30 Jun 2021 ni. Masih sempat nak buat tempahan ni.



Korang boleh pilih antara 13 restoran yang terlibat dalam promosi ini dengan kerjasama dalam aplikasi Grab Food. Mana nak tahu senarai 13 restoran yang terlibat ini. Maha akan kongsikan pada korang senarai itu atau korang boleh tengok sendiri di aplikasi Grab Food. 



Cara tempahan dalam aplikasi Grab Food mudah sahaja:
1. Buka Aplikasi Grab Food korang
2. Cari Banner U.S. Fries Bonanza seperti di atas & Klik (Korang juga boleh mencari U.S. Potato jika korang tidak dapat melihat Banner Bonanza A.S. Fries)
3. Cari melalui senarai Restoran yang menyerati dan cari U.S Fries mereka di menu
4. Buat pemilihan menu dan pesanan korang 
5. Setelah pembelian dalam talian selesai, tunggu sahaja penghantarannya
6. Nikmati U.S Fries apabila Grab Delivery tiba dengan pembelian korang depan pintu

Itu satu cara kalau korang memang langsung tak nak keluar rumah dan nak lebih senang dan selesa buat tempahan. Ada satu lagi caranya adalah dengan buat pembelian 'Take-away' di mana-mana restoran yang terlibat. Korang boleh pergi sana dan buat tempahan kemudian bawa pulang dan makan dirumah. Itu kalau korang memang kebetulan berada dekat dengan restoran yang terlibat. 




Kalau macam Maha dan buat tempahan dekat dua buah restoran yang terlibat iaitu K Fry dan juga Botanica + Co di Bangsar. Kedua-dua restoran ni Maha buat tempahan melalu aplikasi Grab Food jer senang bayar dalam talian dan tunggu makanan sampai rumah. Maha tempah hari tu kat K Fry adalah Bulgogi U.S. Tater Tots dan Dak Kimchi U.S. Fries. Manakala dekat Restoran Botanica + Co Maha tempah tiga menu iaitu Truffle U.S. Fries, Tom Yum U.S. Fries dan Okonomiyaki U.S. Fries.

Lain-lain senarai restoran yang telibat korang boleh tengok sini mana tahu ada yang dekat dengan rumah korang boleh buat tempahan sekarang juga. 

1. My BurgerLab
● Awesome U.S. Fries



2. Chili’s
● Homestyle U.S. Fries



3. Mikey's Pizza
● Staten Island 2.0 U.S. Fries
● Brooklyn U.S. Fries



4. NY Burger Co
● Cheesy Beef Bacon U.S. Fries
● Cheesy U.S. Fries 




5. Strangers at 47
● Shoestring U.S. Fries with Parmesan Cheese 
● Loaded Cheesy U.S. Fries




6. Botanica + Co
● Truffle U.S. Fries 
● Broken Chili U.S. Fries
● Tom Yum U.S. Fries 
● Okonomiyaki U.S. Fries  




7. Burger On 16
● Cowboys U.S. Fries (Beef) 
● Cowboys U.S. Fries (Chicken/Vegetarian) 
● Pepperoni Cheese U.S. Fries 




8. Carl’s Jr
● Beef Chilli Cheese U.S Fries 
● Crosstrax U.S. Fries 




9. K Fry
● Bulgogi U.S. Tater Tots 
● Dak Kimchi U.S. Fries 




10. KGB
● Texas Jalapeno Cheese U.S Fries 
● Kimchi U.S. Fries 




11. 3 Little Pigs
● Buffalo U.S. Fries 
● Cajun U.S. Fries




12. The Owls Cafe at Happy Mansion
● Waffle U.S. Fries 
● Mentaiko Waffle U.S. Fries




13. Jinjja Chicken
● Tteokbokki U.S. Fries 
● Sesame Seaweed U.S. Fries


Kalau korang tanya kenapa semua Fries dan menu kentang sahaja? Dah nama pun promosi 'U.S. Fries Bonanza 2021' mereka highlight lah menu berkaitan Kentang A.S ni. Lagi pun kentang ini sangat bagus kerana ia ditanam dalam ladang yang sangat terjaga suhu dan tanahnya untuk menghasilkan sebiji kentang yang berkualiti tinggi. Ini kerana di Amerika Syarikat mereka ada piawaian industri yang mesti dipatuhi daripada 'Food and Drug Administration and USDA' sebelum boleh dieksport luar negara.




Selain itu juga Kentang A.S ni ia mengandungi 'pepejal' yang tinggi dan kandungan gula yang rendah sebab itu ia adalah makanan yang sesuai untuk diet. Maha makan ni pun untuk sambil-sambil sahaja duduk lepak kat rumah tonton movie atau buat kerja boleh lah kunyah-kunyah. Tambah korang yang duduk dengan keluarga dan ramai jadi order sahaja mana-mana menu yang tersenarai dan boleh enjoy makan ramai-ramai mesti bestkan. Rindunya nak balik kampung. Ok lah Selamat menjamu selera dan selamat berPKP di rumah ok. 











18 ulasan:

  1. Kadang2 bila boring dah makan masakan rumah memang kena order gak food camni kan heheh kte suka us potatoes tp wak jinjia chicken tu nampak dapnyaaa la

    BalasPadam
  2. Jahatnya artikel nih. Hahaha.. terus akak arahkan anak goreng fries. Kebetulan ada cheese kat rumah. Tinggal nak letak mayo and sos keju banyak-banyak atas fries yang panas.

    BalasPadam
  3. Wah bukan main tempahan makanan dia ya. Kita pun dah pernah try yang Botanica dan NY Burger. Kenyang jejari kentang ye minggu ni. 3 little pig sedap tak? kikiki. Gurau tau!

    BalasPadam
  4. Baiklah. Esok nak order gak la KFry nie sebab nie je yang paling dekat ngan aku. Ko tak ajak aku pun makan nie

    BalasPadam
  5. Wow pelbagai jenis fries dia makan... Mana aci buat entry ni.. Terliur la nengok US fries ni... Aduuhhh... Belanje cepat!

    BalasPadam
  6. menarik gak ni, tengok ramai share us fries teringin plak nak try

    BalasPadam
  7. Besok nak usha kat Grab Food. Suka kentang US Fries sebab sedap. Rasanya memang pernah makan fries yang kat KGB tu. Tak sabar pulak nak tunggu pukul 8 pagi.

    BalasPadam
  8. Dalam banyak2 jenis fries, rasanya saya paling suka waffle fries ataupun yg gemuk2 tu. Baru berbaloi rasa makan. Hahaha.

    BalasPadam
  9. Banyak pilihan tu. Suka yang ada cheese tu..huish mengirukan..bolehla beli nanti dekat grabfood. Layan sambil tgk tv. Makan fries je pun ok

    BalasPadam
  10. Nell jarang buka Grab Food since guna another apps skrg..tapi now I'm using it because of this Bonanza, best ye banyak pilihan lak tue.. mana boleh lepaskan peluang untuk nikmati best fries macam ni..

    BalasPadam
  11. Ni kalau nak hasut suami soh order dia onzzzz je ni. Sungguh menggiurkan yang cheezy fries tu, ni sure la sis order very the soon ni hihi...

    BalasPadam
  12. Eeee geram pulak Sis ko nengokkk kentang tu semua...nak tengok dalam GrabFood laa ada tak masuk kawasan Pasir Gudang ni...

    BalasPadam
  13. Wahhh so many choices of fries, jap nak order from Botanica + Co coz i like their Truffle U.S. Fries and Tom Yum U.S. Fries

    BalasPadam
  14. Ooh la la...it looks like fries heaven. I sure going to try all this

    BalasPadam
  15. Aduhhhhh semuanya sedaap.. Dah la malas nak masak hari ni... Ok la nak tgk apa yg besy kt hrab food sebab nk order

    BalasPadam
  16. ohh wowo...I love fries so much, typical fan to fries, will Grab Food now la. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  17. Nampak promo fries bonanza ni haritu masa nak order makanan kat Grab. Banyak juga list restoran yang join rupanya.

    BalasPadam
  18. Aduhhh kejam nya! Terus terliur rasa nak Order Dan makan sekarang jugak tau. Kita ni penggemar tegar Kentang US

    BalasPadam