canvas,

Luahkan Kreativiti Pada T-shirt Dan Kanvas Anda Di Printcious

Selasa, Mei 11, 2021 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui. Korang mesti kreatifkan dalam membuat rekaan, ye lah sekarang ni pelbagai aplikasi dan juga perisian yang ada dipasaran untuk membuatkan seseorang tu cepat jadi kreatif. Walau kita tak belajar setinggi mana tapi kalau kita rajin dan ada sedikit kesungguhan boleh jadi. Termasuk juga dalam mencipta rekaan t-shirt dan juga kanvas ni.




Jadi Pro Mereka T-shirt Dalam Masa Beberapa Saat


Bukanlah nak reka pakaian seperti mana pereka fesyen profesional cukup sedikit sentuhan identiti korang buatkan satu-satu baju tu jadi begitu bermakna betul tak. Sebab tu kalau korang rasa nak hadiahkan t-shirt kepada kawan boleh lah cipta rekaan t-shirt korang dengan mudah di Printcious. Tak perlu nak jadi pro macam yang Maha sebut tadi sekurang-kurangnya ia adalah rekaan korang yang membuatkan sesorang bila dihadiahkan akan sangat menghargainya.



Sebab tu Maha suka kalau nak cetak tee sendiri pergi kat laman Printcious ini. Ia adalah platform yang memberi kemudahan kepada kita yang tak pro ni untuk buat rekaan tee sendiri. Kat sini tee mereka bukan calang-calang juga tau material yang digunakan adalah 100% cotton premium dari jenama GILDAN (Jenama pakaian teratas di Amerika Syarikat). Kain yang digunakan ini juga dapat menahan keadaan pencucian, tanpa mengecut atau terkoyak. 



Ia juga boleh dipilih untuk pelbagai saiz daripada sekecil-kecil tee iaitu XS sehingga kepada sebesar 3XL tau ada kat sini. Kalau kata nak reka t-shirt untuk satu keluarga daripada anak yang kecil kepada ibu bapa agar sedondon nampak exclusive sini lah tempat yang Maha cadangkan. Baju t-shirt untuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak semua ada. Jadi boleh buat t-shirt khas untuk pasangan couple, keluarga atau juga t-shirt untuk kelab korang sendiri. Anak muda sekarang sukakan ada t-shirt kelab sendiri.



Korang hanya reka dan susun semua dilakukan dalam talian kat laman sesawang Printcious tu yang sangat mudah boleh diakses di mana-mana. Bila dah design tu korang boleh hantar untuk mereka print dan lepas tu buat bayaran dalam talian juga. Sangat mudah, lepas tu tunggu lah dalam tempoh beberapa hari nanti baju tu siap terus sampai kat depan rumah. Cara ini yang patut kita terapkan sekarang terutama musim pandemik Covid-19 dan juga perintah PKP. Nak keluar pergi kedai ada yang dah tutup dan juga kena jad SOP jadi buat kat rumah dalam talian lagi selamat. 


Kalau korang rasa buntu atau tiada idea untuk menghasilkan rekaan yang menarik mereka ada sediakan beberapa contoh yang korang boleh tengok dan ubah mengikut kesukaan korang. Kat juga kalau nak beli t-shirt yang telah siap dengan rekaan yang terkini dan sesuai dengan jiwa remaja korang pun ada. Ada t-shirt lengan pendek, lengan panjang pun ada, untuk kanak-kanak ada, t-shirt printed depan belakang pun ada dengan pelbagai warna pilihan bukan putih sahaja tau. Itu korang boleh klik link Shop T-Shirt ni akan terus bawa untuk lihat dan beli t-shirt yang siap. 

Abadikan Kenangan Atau Kata Hikmat Di Kanvas Anda


Satu lagi yang menarik kat laman sesawang Printcious ni adalah mereka ada sediakan rekaan untuk kanvas. Tingkatkan tenaga positif di dalam ruang bilik atau rumah dengan hiasan kanvas khusus untuk memenuhi setiap sudut ruang peribadi atau tempat kerja korang. Juga boleh serlah kasih sayang pada orang yang berjauhan atau memori bersama atas kanvas seni yang unik ini. Macam-macam sebenarnya korang boleh abadikan pada kanvas.



Ini pun sama korang boleh buat rekaan dalam laman web mereka sangat mudah. Hanya 'drag and drop' sahaja gambar yang korang nak cetak pada kanvas tersebut. Kemudian masukkan tulis dengan pelbagai betuk dan rekaan yang menarik dan unik. Sebab tu Maha reka dan buat tempahan kanvas bukan sahaja untuk letak gambar korang atau keluarga, juga boleh letak kata-kata hikmah dan juga kata motivasi yang korang boleh gantung nanti menarikkan.



Setiap kanvas yang korang reka itu nanti akan dipasang pada bingkai kayu ringan. Kanvas ini juga siap pecangkuk yang tahan lama untuk digantung. Juga kanvas yang digunakan senang untuk dikendali sama ada untuk dibersih atau lap dari habuk-habuk tanpa merosakkan warna dan juga gambar yang dicetak. Menarik kanvas kat sini disediakan dalam pelbagai bentuk ada yang Square, Landscape atau juga Portrait. Juga saiz ada banyak pilihan nak yang kecil sikit, sedang dan juga yang besar semua ada mengikut ruang yang korang nak letak kanvas tu nanti. 



Nak cari kanvas yang dah siap design dan juga exclusive mereka buat ada juga kat sini. Korang boleh klik link Shop Canvas ni dan akan terus bawa pada rekaan terkini dan cantik-cantik untuk bagi hadiah sebagai "corporate gifts" dan "door gifts" atau juga nak hias kat rumah sendiri pun sesuai. Maha pun rasa macam nak belu juga sebab ada kata-kata motivasi banyak pulak yang boleh gantung atau letak atas meja di rumah tu kan hurmm tolong Maha pilihkan. 



Korang boleh tengok beberapa contoh yang orang ramai tempah dekat PrintCious ni. Memang puas hati kualiti, penghantaran dan juga service mereka terbaik setakat ini. Kalau banyak yang korang buat dan banyak korang tempah lagi banyak dapat diskaun, termasuk dengan penghantaran PERCUMA (untuk semenanjung Malaysia sahaja). Tertakluk kepada terma dan syarat. Jadi tunggu apa lagi sekarang ni nak bagi hadiah atau nak hias rumah dengan cara korang boleh buat di PrintCious. Next Maha tunjuk beberapa hasil karya yang Maha dah hasilkan sendiri untuk t-shirt dan juga kanvas ni jangan jelous.












13 ulasan:

  1. Dah pernah masuk website dia. Memang banyak pilihan. Mau confuse jadinya. T Shirt tu kalau buat 1 family pakai sama2 pun cun. Kalau ambik gambar lawa la.

    BalasPadam
  2. Bagus nie. Boleh guna as idea untuk doorgift jika ada acara kan. Boleh guna design sendiri pula tu. Takzabar nak tengok apa yang MM dah hasilkan

    BalasPadam
  3. Dah baca semua. Pastu scroll atas bawah. Mana maha punya hasil dari printcious??? Buat tshirt ke? Art gambar tampal diding ke. Sampai hati menghampakan peminat nak tau apa maha order. 😭

    BalasPadam
  4. Dah pernh buat tshirt dekat sini. Buh blog sendiir. Hehehe.. Betul takyah jadi pro, kita buh je pun dh cantik.. Hehehe.. Memg banyak saiz dekat sini. Sennag nak buat

    BalasPadam
  5. no kalau buat baju untuk family gathering mesti cun kan. nanti nak check website diorang

    BalasPadam
  6. wah menarik ni.nanti boleh lah buat t shirt familly day kat sini.

    BalasPadam
  7. Menariknya design-design yang ada... saiz yang ditawarkan pun just nice... saya ada masuk baru-baru ni ke website Printcious ni and seriously, memang terus jatuh minat agitchewwww... kebetulan ada nak buat t-shirt untuk keluarga tak lama lagi... bolehlah recce kat situ...

    BalasPadam
  8. Menarik ni.. dah tahu nak cari service provider yang mana bila nak print customized tshirt la.. not that expensive..! can try this for next trip nanti..

    BalasPadam
  9. Dulu suka buat bantal kat printcious ni...lama dah tak buat. Nak buat balik lah

    BalasPadam
  10. canteklaaa baju2 kat sini.. suka tgk nampak esklusif sebab kita boleh design sendiri

    BalasPadam
  11. Baca ko kongsi ni Maha baru teringat kawan Sis tanya haritu pasal nak buat Tshirt.. Sis bagi link ko je laa suruh dia baca dan tempah kat sini.. thanks Maha..

    BalasPadam
  12. I memang suka T-Shirt from Princious, their platform is so user-friendly, banyak choice, and fast delivery.

    BalasPadam
  13. menariknya !! boleh print sendiri mengikut citarasa kita. suka benda2 customamde mcm nie. lebih sentimental

    BalasPadam