Baru,

Dapatkan KitKat Gold Untuk Menceriakan Tahun Baru

Khamis, Januari 14, 2021 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Setip kali tiba ahun baru kita akan menyambutnya dengan penuh rasa girang gembira sambil mengharapkan agar tahun berikut akan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. Tahun lepas kita bergelut dengan Covid-19 harap tahun ini membawa lebih banyak kebaikan dan kesejahteraan kepada seluruh alam.



KITKAT selaku antara jenama coklat konfeksionari terkemuka di Malaysia, juga tidak ketinggalan untuk meraikan tahun 2021 dengan memperkenalkan keluaran edisi terhad terbaharunya iaitu KITKAT Gold. Ia merupakan kombinasi dwi lapis coklat bermutu tinggi dan lazat, dengan bahagian atasnya bersalut warna kuningan emas yang memukau dan coklat susu halus di bawahnya, membaluti lapisan wafer rangup berinti mentega dan kacang di dalamnya. 



Ia dibungkus dengan pek emas menyarau sebagai tanda tuah dan kekayaan. Pembungkusan untuk edisi terhad kali ini adalah direka bentuk secara uniknya dengan menerapkan elemen-elemen sambutan perayaan seperti buih dan kilau-kilauan, selain digunakan juga pembalut berwarna emas. Ia cukup sesuai untuk diberi sebagai hadiah ataupun dikongsi bersama sahabat-handai dan orang yang tersayang.



Bagi korang yang memang pecinta coklat ini edisi terhad KITKAT Gold boleh didapati dalam bentuk pemberian hadiah Kotak Perayaan (3 x 4 Jejari), Pek pelbagai 2-Jejari (8 keping untuk setiap pek) dan 4-Jejari tunggal di kesemua kedai runcit utama di seluruh Malaysia sekarang.



Menambah meriah lagi musim perayaan bersempena dengan Tahun Baharu Cina dan tahun Lembu Emas, KITKAT Gold juga meraikan ketibaan 2021 yang penuh 'Ong' dengan Peraduan Menang Emas KITKAT yang berlangsung dari 8 Januari hingga 28 Februari 2021.  Hadiah-hadiah Golden Break bernilai hampir RM288,888 yang menjadi rebutan ramai seperti: 

HADIAH UTAMA - KEPINGAN EMAS 4-JEJARI KITKAT – 8x pemenang
Hadiah Pertama - RM8,888 – 10x pemenang
Hadiah Istimewa  - RM888 – 12x pemenang
Hadiah Mingguan  - RM188 – 88x pemenang mingguan


Korang berpeluang meraih Golden Break dengan mengikuti 4 langkah mudah ini: 

Langkah 1 : Membeli produk-produk KITKAT dengan nilai minima RM8
Langkah 2 :  Tulis nama anda (seperti dalam KP) dan nombor MyKad pada resit bercetak rasmi
Langkah 3 : Ambil gambar resit tersebut dengan jelas 
Langkah 4 : WhatsApp gambar resit itu kepada +6018 228 3090

Susulan kejayaan KITKAT Ice cream sebelum ini serta cetusan inspirasi daripada KITKAT Gold baharu, Nestlé Ice Cream juga dengan bangganya melancarkan KITKAT Gold Ice Cream, iaitu satu 'golden break' dengan aiskrim berperisa wafer yang disalut dengan coklat putih dan dihiasi croquant rangup dan serpihan Wafer KITKAT.



Bersempena pelancaran dua produk 'Gold' baharunya, Nestlé Malaysia turut berbesar hati untuk memperkenalkan Ciptaan Emas tersendiri bagi KITKAT Gold, Nestle Nestlé Ice Cream dan Nescafé Nescafe Gold; iaitu panduan mencampur gaul perisa dan tekstur daripada tiga produk tersebut bagi menghasilkan kombinasi hebat resepi hidangan. Resepi baharu akan dikongsikan setiap minggu di https://www.youtube.com/KitKatMalaysia untuk orang ramai cuba menyediakan hidangan emas kegemaran mereka.

Kongsikan Kasih Sayang, Kongsikan Detik Keemasan!






1 ulasan: