Hotel,

The 5 Elements Hotel Chinatown Kuala Lumpur Yang Mesti Diketahui

7:00 PG Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Setelah berbulan-bulan di kurung dengan arahan PKP kemudian kembali semula dengan PKPB pulak membuatkan jiwa ini memberontak. Mana tidak asyik duduk rumah sahaja sebab sekarang ni Maha masih lagi Work From Home atas arahan pengurusan tempat kerja. Jadi nak tak nak bangun pagi rutin harian hanya dalam rumah sahaja. Betul kata pakar ia boleh membuat kesan psychology kepada seseorang. 



Sebab itu setelah sahaja kerajaan umumkan boleh rentas daerah dan juga negeri maka terus buat perancangan dengan kawan-kawan lain untuk pergilah mana-mana tempat yang boleh keluar daripada kepompom kebiasaan hari-hari. Tapi kami masih mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan seperti masih pakai mask ketika keluar, juga membawa hand sanitizer untuk mencuci tangan dan juga tidak pergi tempat yang sesak dan menjaga penjarakan fizikal.



Kemana korang nak tahu hujung minggu lepas kami semua pergi. Mana lagi kalau bukan bermalam hujung minggu di The Elements Hotel Chinatown Kuala Lumpur. Tak adalah jauh mana sangat masih dalam KL tapi dengan suasana dan enviroment lain. Hotel yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur ni memang dulu menjadi tumpuan pelancong yang datang bercuti di KL kerana ia dekat dengan semua tempat menarik.





Kat sini kalau nak pergi kat Dataran Merdeka pun dekat, kemudian nak pergi Central Market dekat, nak jalan-jalan kat Petaling Street atau Chinatown lagi lah selangkah sahaja dengan hotel ni. Juga nak pergi Puduraya pun dekat giler. Jadi memang ia sangat strategik buat yang datang ke Kuala Lumpur. Hotel ni pun dekat dengan kemudahan pengangkutan seperti bas percuma GOKL dan juga naik bas The Hop On Hop Off depan hotel sahaja. 




The 5 Elements


Lima element yang Maha nak ceritakan tentang hotel ni iaitu ia merangkumi Keselesaan, Kemudahan, Kualiti, Keramahan dan Kebersihan. Maha rungkaikan 5 element daripada pandangan Maha tentang hotel ni.

1) Keselesaan


Hotel ni walaupun korang tengok dari luar seperti bangunan lama tapi bila masuk dalam ia memberi korang satu perspektif yang sangat berbeza. Terutama keselesaan dalam bilik hotel kat sini sangat memuaskan. Sini mereka ada pelbagai jenis bilik hotel iaitu Standard Single, Superior Twin, Deluxe Queen, Deluxe Theme Room, Family Interconnecting Room, Water Suite, Fire Suite, Wood Suite dan Metal Suite.







Ikut pada bajet korang yang mana nak pilih dengan kesesuaian dan keselesaan. Tapi sejak daripada PKPB ini banyak bilik yang tidak ditawarkan. Maha duduk hari tu bilik Delux Queen selesa luas serta segala kemudahan ada dalam bilik hotel ni. Harga untuk bilik kat sini tertakluk kepada musim dan juga permintaan. Kalau sekarang ni mungkin boleh dapat harga dari RM98 hingga RM300 kena pandai cari kat online platform.  

2) Kemudahan


Element kedua yang Maha nampak dalam hotel ni adalah kemudahan yang disediakan. Kalau korang tengok sendiri dalam bilik tu mereka menyediakan segalanya seperti penghawa dingin, meja ruang kerja, television, keperluan mandian seperti tuala, sabun dan shampoo, minuman air mineral dan juga kopi, serta juga penting iaitu akses WiFi yang pantas.








Bilik air kat hotel ni ok juga selesa untuk urusan harian korang seperti mandi dan membersih diri. Ada juga pemanas air untuk korang nak mandi air panas atau sejuk. Jadi duduk dengan selesa dan tenang hujung minggu kat hotel ni sangat bebaloi.

3) Kualiti


Kat sini mereka menekankan kepada kualiti perkhidmatan yang ada sehinggakan hotel ini diiktiraf oleh Booking.com dengan mendapat 8/10 markah. Manakala daripada review Agoda pula mendapat 8.3/10 markah. Juga dapat The Blue Ribbon Certificate dari KKM untuk hotel 100% bebas asap rokok. Itu yang menjadikan hotel ni pilihan ramai pengunjung yang datang untuk travel atau juga atas urusan kerja.






4) Keramahan


Ini satu yang Maha sendiri dapat semasa berkungjung kat hotel ini iaitu keramahan pekerja dan juga kakitangan yang ada. Mereka sedia membantu korang macam Maha hari tu masa datang ada masalah dengan kunci pintu tak boleh nak akses masuk. Jadi mereka datang terus ke pintu bilik dan bukakan sangat baguslah. 


5) Kebersihan


Ini sangat penting tambahan sekarang musim pandemik Covid-19 yang masih ada dalam persekitaran. Korang yang tiada mask tak boleh masuk kawasan hotel dan satu bilik hanya dihadkan kepada 2 orang tetamu sahaja. Juga ada beberapa kawasan ditutup daripada akses pelanggan untuk elak segala penyakit ini merebak.





Kesemua bilik-bilik kat sini akan di nyahkuman (sanitize) sebelum para tetamu baru menginap di sini. Juga dalam bilik mereka sediakan kit pelindung keselamatan seperti hand sanitizer dan juga mask untuk pelanggan. Jadi korang tak perlu risau merena sangat-sangat mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jadi jangan lah jangkal dengan semua SOP ini kerana untuk menjaga kebersihan dan kesealmatan pelanggan yang bermalam di sini juga. 




Itu adalah lima element yang Maha sendiri dapat garapkan kepada hotel ini. Tapi sebenarnya The 5 Elements yang hotel ni terapkan adalah falsafah tradisional Wu Xing yang ditafsirkan semula untuk pelancong moden yang arif yang mencari sesuatu yang luar biasa. Di sini ada unsur air, kayu, api, bumi dan logam iaitu Lima Elemen penting untuk keseimbangan sejagat menetapkan tema untuk suasana kontemporari, bergaya dan pengalaman perkhidmatan yang menyegarkan. 




Kalau korang yang datang menaikit kenderaan sendiri di sini tak perlu risau untuk parking yang ada boleh sahaja turun kawasan parking bawah yang disediakan di bagunan Komplek Selangor. Pelanggan hotel akan dapat rate parking RM5 sahaja ok lahkan. Tapi Maha sarankan datang naik public transport sebab dekat dan mudah. Juga nak mencari tempat makan sini pun banyak ada terutama kalau korang pergi kat Komplek Kota Raya tu memang banyak dalam tu. Jalan kaki tak sampai 10 minit pun dekat giler. 




Cuma sekarang ni lepas sahaja pandemik ni menyerang kawasan ini agar suram sikit dengan orang ramai. Kedai dan juga perniagaan banyak yang masih belum beroperasi sepenuhnya. Harap tahun depan 2021 segala kembali kepada asal lebih meriahkan dan merancakkan lagi indutri terutama pelancongan negara yang terjejas teruk sekarang ni.

Alamat hotel : 
The 5 Elements Hotel 
Lot 243 Jalan Sultan (Chinatown), 
50000, Kuala Lumpur 
Tel : 03-2031 6888 / 03 2031 6811
Email : reservation@the5elementshotel.com.my

Tempahan dan maklumat lanjut boleh layari: 







16 ulasan:

  1. Design hotel ni sangat nice la..simple & nampak modern ☺️ mungkin boleh consider nanti..hehe

    BalasPadam
  2. ingatkan 5 elements tu unsur api angin air tanah rupanya unsur keselesaan dan service dari pihak hotel hehe

    BalasPadam
  3. bilik dia spaciousss sangat.. boleh berlarian dalam tu haha best ni lalau staycation weekend

    BalasPadam
  4. Sesekali staycation dalam daerah sendiri pun ok kan...ni lagi KL banyak jer aktiviti boleh buat, jalan kaki cari makan malam3 dengan kawan2 macam Maha buat ni pun best....

    BalasPadam
  5. Wah.. Kalau ke KL boleh cuba stay di sini. Sangat2 bagus tempat nya. 😊

    BalasPadam
  6. nice review. thank you share pasal hotel ni. next year g KL boleh la stay sini nanti. syok yer tgk enjoy travel dgn kawan2

    BalasPadam
  7. Pergh dalam dia.. Nampak menarik. Banyak port utk bergmbr.. Hotel kat kl memg semua best erk. Boleh la try tidur hotel sini.. Ehehhe.. 5 elements service semua bagus..

    BalasPadam
  8. Saya selalu ulang alik kat Chinatown tu tapi tak perasan pulak Hotel 5 Elements ni. Bilik dia nampak luas dan selesa. Segala kelengkapan pun ada.

    BalasPadam
  9. Sekali tengok je biliknya, rasa bersih nauuu laaa.. mybe sebab susun atur, keluasan, dan keadaan warna bilik tu, suka Sis... one day nak singgah sini laa stay..

    Eee jeless betul nengok korang tu tau... agak kalau Sis join, mau bengkak tonsil aku gelakk tak habis hahahaha

    BalasPadam
  10. Cantik juga bilik dia kan.. boleh try staycation kat sini juga nanti.. Tak properly explore Chinatown lagi ni.. Banyak hidden gem kat situ.. :P

    BalasPadam
  11. Yg penting bersih dan hygiene. Rasa selamat untuk staycation dan duduk kat hotel. Kena support lokal business kan.

    BalasPadam
  12. Paling best travel bila rasa takut tu takda, skarang ni penuh dgn was-was, takut kena virus..hehe ^^ tapi since semua ikut SOP dan bersih memang terbaik lah

    BalasPadam
  13. wow! luar nampak setinggan tapi dalam dia cantiknya. tak tau pula area situ ada hotel premium kalau tau dah lama pergi sana. tq for sharing!

    BalasPadam
  14. Wow biliknya memang nampak sangat selesa eh! Xsangka ada hotel yg cantik camni kat Chinatown!

    BalasPadam
  15. such a nice and cosy hotel in the middle of chinatown. im sure it will be popular among mat salleh haha

    BalasPadam
  16. paling murah harga rm98 eh ? macam tak percaya je sebab nampak tempat ni macam fancy . boleh la ajak family walaupun kat KL je, buat release tension

    BalasPadam