Food Review,

Sampai Tanjung Karang Tidak Sah Kalau Tak Makan Satay Hut

7:00 PG Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Lama tak review kedai makana atau restorankan ye lah sekarang ni musim PKPB kat area Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Jadi pergerakan dan juga aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai adalah tidak dibenarkan. Jadi demi mematuhi SOP maka sekarang ni kena kurangkan aktiviti review makan-makan kalau ada pun yang sudi hantar ker rumah hehehe. 



Sebenarnya hari ni Maha nak cerita tentang satu tempat makan yang Maha dah pergi lama dulu sebelum PKPB kali kedua. Masa tu ada kerja dekat area Kuala Selangor dan waktu tu juga Maha dapat beli Siput Mentarang yang Maha buat resipi hari tu. Cuma kali ini baru berkesempatan nak cerita tentang restoran yang dah dikenali ramai ni. Kata orang kalau sampai bandar Tanjung Karang ni tak sah tak makan kat restoran ni. 




Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Satay Hut. Nak cari restoran ni senang jer ia betul-betul terletak di tepi Jalan Kelang - Teluk Intan jalan dalam. Sebelum korang menyeberang jambatan Sungai Tengi Tanjung Karang korang akan nampak restoran ni kat sebelah kanan. Paling senang nampak kat atas bumbung restoran ni ada letak papan tanda besar-besar SATAY HUT.




Dah nama pun restoran satay korang kalau datang sini kena cuba mereka punya satay. Maha pun tak tahu tapi bila orang duduk sana cerita satay sini sangat sedap dan menarik jadi kami pergi lah cuba. Sini hanya ada satay ayam sahaja tau tiada satay daging atau yang pelik-pelik. Satay tu pulak ada dua jenis sahaja iaitu yang saiz kecil harga RM1.10 sebatang dan yang besar RM2.20 sebatang. Tapi memang puas hati kalau korang tengok perbezaan satay kecil dan besar tu kena dengan harganya.




Satay pun rasa perapan yang sempurna kerana ia dimasak secara tradisional dimana daripada penyediaan sehingga kepada membakar dengan menggunakan arang lagi. Sebab tu ia mampu mengekalkan rasa dan kesedapan satay kat sini. Menurut kata tukang bakar satay tu setiap hari lebih kurang 100kg daging ayam yang mereka sediakan untuk masak satay. Kuah Satay pun rasa kacang yang cukup dan kepedasan yang sempurna tak terlalu manis dan juga tak terlalu pedas.  



Selain daripada satay kat restoran ni ada banyak lagi makanan lain bukan satay sahaja. Ada yang popular juga seperti Mee Bandung, Masakan panas macam nasi goreng dan juga mee goreng, ada juga nasi berlauk yang dimasak korang boleh pilih. Tapi rugi datang sini tak cuba mereka punya satay itu yang lain daripada lain kat sini. Restoran ni buka dari pukul 12.00 tengahari sehingga 10.00 malam. Mungkin waktu PKPB ni waktu tu lain sikit tak tahu lak Maha.



Apa pun kalau korang sampai area Tanjung Karang kena cuba makanan mereka yang memang banyak sedap-sedap dan menarik. Kat sini pun banyak tempat percutian dan pelancongan yang menarik seperti Bukit Melawati, Sky Mirror Malaysia sangat menarik tempat ni, ada juga Kampung Kelip-kelip korang boleh lihat secara live. Banyak lagi lah yang boleh pergi sambil makan yang sedap-sedapkan. Selamat mencuba semua. 








0 Pandangan: