Ayam Goreng,

Mala-tup Kan Mulut Korang Dengan MB Mala Fried Chicken

7:00 PG Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Korang yang suka cabar diri untuk makan yang pedas dan unik ni masa korang kena mencuba menu terbaru daripada Marrybrown. Sebagai rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas Halal milik anak tempatan No.1 di Malaysia Marrybrown kali ini membawakan kepada korang MB Mala Fried Chicken



Mungkin bagi setengah orang ia tidak lah pedas mana tapi bagi Maha ia memang mencabar lidah dan perut untuk menghabiskan seketul ayam tu.  Mana tidak sekali gigit sahaja korang dapat rasa bagaikan aliran kepedasan pada lidah dan dalam mulut. Ia gabungan lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas yang menghasilkan sesuatu rasa yang sangat luar biasa.



Maha cerita ini kerana Maha sendiri dah menikmati Ayam Goreng Mala Combo ini yang dihantar ke rumah yer lah PKPB kat area rumah Maha ni. Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng macam rasa mulut nak MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau.




Korang boleh pilih daripada empat hidangan yang berbeza iaitu Ayam Goreng Mala 2pcs Combo dengan harga dari RM15.90. Ini sesuai bagi mereka yang mula nak cuba-cuba tak terkejut perut nanti hehehe. Tapi bagi yang dah perut kebal tu boleh pilih Ayam Goreng Mala 3pcs Combo dengan harga dari RM18.80. Dalam kedua-dua kombo ini turut dihidangkan bersama Mashed Potato dan Vegetable Salad dan minuman Coca-Cola




Pada yang nak rasa pedas lite-lite jer mungkin boleh cuba Bubur Ayam Mala-tup Combo dengan harga dari RM14.60. Saiz bubur ni besar dan sesuai untuk seorang makan dan Maha sangat suka bubur ini memang kena dengan selera Maha lah. Dalam bubur ni ada daging ayam yang dipersedapkan lagi dengan rasa Mala. 




Tapi yang betul-betul berani korang boleh lah ambil kombo keempat ini iaitu Mala-tup Box Meal. Di mana dalam hidangan ini ada gabungan Ayam Goreng Mala, Chicken Burger, Vegetable Salas, Gegelang Bawang Rangup dan juga sedapness Mala Fries yang unik. Harga pula dari RM22.60. Jangan risau untuk kombo ini pun ada sekali dengan minuman Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kehangatan.



Promo Mala ini bermula dari hari ini 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020 di semua cawangan restoran Marrybrown seluruh Malaysia. Juga korang boleh order delivery Macam Maha ni lah hehehe senang. Tengok muka menahan kepedasan untuk habiskan ketulan Ayam Goreng Mala yang terakhir. Keluar semua peluh jatan tu wakakakaka...

Sebarang promo dan juga info lanjut boleh dapatkan di laman social media : 

2 ulasan:

  1. Alamakkkk...aku tengok time2 bgini pulak......membongkar dapur ah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah bongkar dapur order online jer sampai terus ke rumah lagi senang hehehe...

      Padam