Jack 'n Jill,

Jack ‘n Jill Potato Chips Perisa Sambal Udang Pertama Di Malaysia

Jumaat, Oktober 16, 2020 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu Maha tengok kalau potato chips ni perisa cheese atau juga BBQ tapi kali ni JACK ‘n JILL Potato Chips memperkenalkan perisa baharunya iaitu Sambal Udang. Korang rasa macam mana kena tak kalau potato chips dengan rasa sambal udang. Memang menepati citarasa rakyat Malaysia yang rata-ratanya merupakan peminat tegar hidangan pedas dan menyelerakan itu.



Sejak tahun 1984, Jack ‘n Jill Potato Chips telah menjadi snek pilihan rakyat Malaysia bagi menceriakan mood dikala perlu. Kini, selepas 36 tahun menjadi 'Temanmu Selalu', JACK 'n JILL ingin meraikan ikatan istimewa ini dengan memperkenalkan perisa baharu Sambal Udang.



Diperbuat daripada ubi kentang segar yang dihiris dalam bentuk V, lalu digoreng sehingga rangup, JACK 'n JILL Potato Chips Sambal Udang menjanjikan sensasi rasa lokal Malaysia dengan setiap kunyahan. Ia memberi nikmat keenakkan sambal udang yang pedas serta kerangupan yang tiada tolok banding.



"Kami begitu teruja dengan perisa terbaharu JACK ‘n JILL Potato Chips Sambal Udang kerana kami tahu bahawa rakyat Malaysia gemar meneroka makanan tempatan yang asli. Sebagaimana sambal selalunya menjadi pelengkap bagi apa jua jenis hidangan orang Malaysia, kami mengharapkan kerepek kentang perisa Sambal Udang ini akan menjadi pilihan para pengemar snek setiap kali mereka mengidam kudap-kudapan," kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura.



Bersempena pelancaran ini, JACK ‘n JILL juga telah membentuk gandingan padu bersama pemenang Anugerah Juara Lagu, Naim Daniel dengan pelukis kreatif multi-disiplin Cloakwork untuk menghasilkan beg tote edisi terhad yang bertemakan 'Temanmu Selalu'.



Pemenang Anugerah Juara Lagu 2020 - Naim Daniel pastinya tidak asing lagi setelah menempah nama di persada muzik tanahair dalam genre Pop dan R&B dengan suaranya yang memukau rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Cloakwork pula merupakan artis jalanan yang telah melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa dengan karya lukisannya yang tidak konvensional dan mencuri tumpuan. Dengan menggabungkan minda kreatif kedua-dua anak muda ini, beg tote 'Temanmu Selalu' yang diilhamkan adalah bersifat warna-warni dan penuh keseronokan, seiring dengan perwatakan yang dikongsi mereka iaitu kreativiti; selain dua bidang yang telah menjadi darah daging mereka  – muzik dan seni.



Beg tote Edisi Khas ‘Temanmu Selalu’ kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara, sementara stok masih ada, dengan hanya pembelian minimum RM10 JACK ‘n JILL Potato Chips Sambal Udang V-cut atau mana- mana produk JACK ‘n JILL Potato Chips dalam sekeping resit.

Maklumat lanjut layari laman sosial media:







2 ulasan:

  1. Ahhhhhh dapnyaaaa.. Nak nakkk! Nak pekena juga perisa baru ni. Nyummehhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap memang best giler rasa unik menarik kena cuba beli RM10 boleh dapat beg edisi khas...

      Padam