Anugerah,

Dari Blogger Lifestyle Kini Telah Terbit Buku Sendiri Tahniah Bella Jamal

Rabu, Oktober 07, 2020 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua kawan-kawan sekalian. Biarlah orang nak berkata apa tentang kita kerana kita buat ikhlas dari hati dan juga berkongsi perkara baik untuk semua orang. Itulah salah satu kekuatan yang dipegang oleh penulis blog Ini Adalah Bellarina Natasya. Maha pun jarang dapat jumpa blogger popular ini kerana kesibukan masing-masing dengan tugas hakiki dan juga tugasan harian.



Tapi dapat mengenali Bella iaitu seorang yang happy go lucky dan juga sering buat kita selesa dengan lawak bersahajanya. Maha kenal pun tak silap dalam beberapa acara, sejak 3 tahun lepas dan beliau telah mula menulis blog dari tahun 2016. Kalau korang perasan dalam blog beliau menulis pelbagai isu semasa termasuk juga terselit resipi masakan. Ini pun bermula dari bulan puasa tahun lepas dan beliau sering berkongsi pelbagai resipi mudah dan juga yang sering dibuat sendiri dirumah.



Siapa sangka daripada suka-suka berkongsi resipi dalam blog kepada satu karya yang diangkat oleh orang luar untuk diterbitkan dalam  bentuk e-book. Syarikat penerbit buku dari Toronto Kanada telah menerbitkan semua hasil penulisan masakan beliau dari blog ke dalam bentuk e-book. Tak percaya korang boleh cari syarikat Ukiyoto Publishing dan search buku hasil Bella yang bertajuk '20 Malaysian Home Cooking Recipes'.



Buku setebal 66 muka surat ni menyenaraikan 20 resipi dalam bahasa Melayu mudah. Juga diceritakan bagaimana resipi ini dimasak daripada pemerhatian dan juga perkongsian ciptaan mereka yang hebat. Kalau nak tahu resipi masakan Malaysia yang mudah seperti Resipi Sotong Masak Lada, Resipi Cucur Udang Rangup, resipi popular dari Pahang iaitu Pating Tempoyak pun ada dalam buku ni. Bukan sahaja resipi malah Maha dah baca dah beliau juga turut selitkan tips beguna untuk menjadikan masakan itu lebih menarik dan juga menggunakan bahan lain selain dari dalam resipi tersebut.



Maha sendiri yang ada tulis resipi kat blog ni pun belum ada keyakinan untuk terbitkan buku masakan macam ni. Walaupun buku ini diterbitkan tanpa ada gambar hanya resipi semata-mata tapi satu yang sangat membanggakan lagi kita rakyat Malaysia adalah di mana buku ini telah tersenarai dalam Gourmand Awards 2021 dalam kategori Autumn Harvest Food Culture 2020 - Blogger. Bangga siot kawan blogger kita sebaris dengan senarai dari luar negara seperti German, India, Itali, Spain, Peru, Argentina dan Chile.



Tu lah orang kata tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki buat kawan blogger kita Bella Jamal ni. Moga terus sukses dalam dunia blogging dan juga dunia masakan beliau. Kalau korang rasa nak support kawan kita ni boleh dapatkan naskah e-buku ini yang terlah dijual secara online di laman web Amazon, Ukiyoto Publishing dan Shopzone Singapore. Korang juga boleh contact Bella sendiri kat FB atau IG beliau @Bella Jamal untuk dapatkan hard copy dengan harga RM15 untuk cetakan terhad. Itu sahaja tanda sokongan kita sebagai kawan-kawan blogger kepada kejayaan dan rezeki yang datang tanpa diduga buat Bella. Maha support beliau moga berjaya jauh lagi ok.













13 ulasan:

  1. tahniah bella jamal.. juga pada maha sebab sentiasa support kawan2 :-)

    BalasPadam
  2. Terima kasih buat Maha yang memberi sokongan dan semangat. Terima kasih juha buat pembaca blog Maha.

    BalasPadam
  3. Wah. Tahniah kak bell! Baru dua hari lepas pergi blogwalk blog kak bell. Buku resepi yang dijual pun murr murr aje. Berbaloi

    BalasPadam
  4. Wah.. memang sesuai sangat sebab kak Bell pun memang rajin memasak dan share resepi. Tahniah. saa pun nak tulis buku juga la rasanya. Boleh tak macam tu

    BalasPadam
  5. wow... boleh la miliki satu untuk rujukan kot kot Mat Drat rajin ter rajin nak memasak.. 😁😁

    BalasPadam
  6. Congratulations Kak Bell on your first book. And congratulations for being nominated for Gourmet Book Awards 2021. Semoga berjaya. I am also grateful that Ukiyoto has gave me the same opportunity to publish my Book Blog. It’s a dream. Insya’Allah Maha....Semoga you pun ada rezeki Nanti.

    BalasPadam
  7. Wow, congrats to her. This is very inspiring for relatively new bloggers like myself..

    BalasPadam
  8. Memang hebat Bella.. Masakn dia pun semua nampak sedap.. Oo baru tau bukunya takde gamabr ye

    BalasPadam
  9. Wow.. Dah ada buku resepi. Tahniah Kak Bella. Proud of you. Nanti nak cari

    BalasPadam
  10. weyyyyyyyyyy.. bella dah kelaurkan buku.. selalu kagum kat dia, semangat dia, azam dia.. tahniah buat beliau..

    BalasPadam
  11. hebat bella...suka dengan passion akhirnya menjadi sesuatu yg dapat diberi manfaat kepada orang lain

    BalasPadam
  12. Terima kasih membawa masakan dan resipi Malaysia ke dunia! Terbaik Bella! Keep it up!

    BalasPadam