Air Buds,

realme Membuka Kedai Terbaru Lebih Besar Juga Pusat Service Di Sunway Pyramid

Isnin, September 21, 2020 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada kawan-kawan sekalian. Siapa sini pengguna telefon realme? Korang tahu tak yang realme adalah jenama telefon pintar ketujuh di dunia dan diiktiraf sebagai salah satu jenama telefon pintar arus perdana menurut statistik penghantaran telefon pintar Global Counterpoint pada Q3 2019. Jenama ini sangat cepat berkembang bukan sahaja dari segi teknologi dan juga penerimaan penggunanya yang makin banyak seluruh dunia.


Jadi untuk memenuhi kehendak dan juga perkembangan ini maka realme Malaysia telah membuka satu lagi kedai pengalaman baru di Lot F1.45, Level F, Sunway Pyramid. Majlis perasmian pembukaan yang penuh meriah dan juga keseronokkan telah diadakan pada 18 September 2020 Sabtu yang lepas. Maha antara pengunjung yang bertuah dapat menjadi pelawat terawal untuk outlet baru ini.



Kedai realme di sini juga bukan sahaja kedai untuk menjual telefon dan juga aksesori tetapi ia juga menyediakan pusat servicenya tersendiri. Masa Maha pergi tu kat sini korang boleh dapatkan juga semua jenis eksesori seperti realme Buds Air, realme Buds Q, realme Powerbank 2, realme Band dan banyak lagi. Ramai orang suka Buds Air sebab tak perlu wayar dan juga charging dengan pantas. 




Selain itu juga ada juga barangan lain kat sini seperti realme Adventurer Language, realme Adventurer Backpack, T-shirt dan banyak lagi lah. Edisi terhad hanya kat kedai realme sahaja. Maha pun sempat lah rembat satu realme Collaboration Backpack jangan jelous ok harga asal RM199 tau. Hari pembukaan tu ada promo dan memang berbaloi pergi.





Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan semasa pembukaan kedai tersebut pada hari tu untuk dinikmati peminat dan pembeli. Setiap pengunjung yang menyertai Cabaran Kecergasan, Cabutan Bertuah Super Check In dan CLAW, korang berpeluang memenangi hadiah menarik seperti realme X3 SuperZoom, realme Band, realme Buds Air, realme Power Bank dan realme Luggage. Terdapat juga promosi Pembelian Dengan Pembelian 50% (PWP) pada produk realme terpilih dan juga diskaun sehingga 20% untuk rangkaian produk AIoT pada hari pembukaan tu sahaja.






Bagi korang yang menjadi pengguna realme atau yang baru nak menjadi pengguna produk realme boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai acara dan promosi di laman Facebook dan juga Instagram di @realmemalaysia. Follow sahaja mesti tak akan ketinggalan. Jadi lepas ni lebih dekatlah warga Sunway dan Subang untuk dapatkan khidmat realme secara exclusive. Terbaik lah tahniah buat realme Malaysia. 





0 Pandangan: