Food Review,

RAF.PJ Mengumpulkan Makanan Terbaik Sekitar Petaling Jaya Di Bawah Satu Bumbung

7:00 PG Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Kalau orang sebut sahaja Petaling Jaya makanan apa yang terbayang difikiran korang yang cukup popular di sana. Adakah Kuey Teow yang panas dalam satu pinggan, atau juga Ayam Goreng Kunyett yang penuh dengan daging ayam, atau juga Pisang Cheese yang meleleh bagaikan lava gunung berapi.

Sebenarnya banyak lagi makanan yang sedap-sedap dan juga menjadi tular berada di sekitar PJ ni. Tapi adakah kita ada masa untuk menikmati semua hidangan ni dalam masa satu hari. Mungkin juga kita nak habiskan masa berpusing cari parking untuk pergi setiap kedai makan yang sedap-sedap ni. Memang tak lah paling mudah kita mungkin pergi satu sahaja. 



Tapi sekarang tak perlu lagi kerana telah adanya RAF.PJ. Ia seolah bagaikan satu hub makanan yang mengumpulkan semua vendor dan juga outlet makanan enak-enak sekitar PJ ni di bawah satu bumbung. Maha tahu pasal tempat ni pun hari tu mereka ada buat majlis pembukaan rasmi lokasi ini yang terletak di No23 Jalan SS5A/11 Petaling Jaya. Kalau korang ada nampak macam extension sebelah restoran The Fennel itu lah di tempatnya. 




Maha masuk ia lebih kurang macam konsep food court jugalah dimana disedikan gerai khas untuk vendor-vendor makanan ni meniaga di sini mengikut waktu dan kesesuaian mereka. Kat sini segala kemudahan di sediakan seperti kawasan yang luas, meja makan yang banyak dan juga lebih kepada kawasan terbuka. Tapi kalau korang nak duduk bahagian berhawa dingin boleh juga masuk dalam restoran The Fennel dan order minuman di situ manakala makanan boleh order kat gerai di luarnya.




Setakat ini adalah lebih kurang 20 vendor makanan yang telah beroperasi di sini mengikut waktu yang ditetapkan. Sebab kat sini ada dua sesi jualan iaitu dari pukul 7.00 pagi untuk sarapan pagi sehingga 4.00 petang untuk makan petang. Manakala sesi kedua pula dari pukul 5.00 petang sehingga pukul 12.00 tengah malam untuk korang yang suka lepak-lepak santai-santai sambil sembang-sembang lewat malam. 

Di antara outlet atau vendor makanan yang ada di sini yang sempat Maha cuba dan juga nikmati adalah:

1) ShoShedap On The Go



Ini adalah pemilik instafamous atau yotuber terkenal iaitu Ashhryyyyy. Kat sini mereka ada menyediakan juadah ayam goreng salted egg. Ada empat jenis yang popular di sini iaitu Salted Egg Spicy, Cheezy Salted Egg, Korean Spicy Yangnyeom dan Korean Spicy Curry BBQ. Nak tahu lebih boleh follow IG mereka @ShoShedapOnTheGo atau @ShoShedap.

2) The Gorpis



Ini pula ada gerai Pisang Goreng Cheese dan juga ada chocolat di atasnya. Korang boleh tengok goreng pisang ni dah tak nampak penuh dengan cheese di atasnya. Topping tu korang boleh pilih nak yang Cheese, Chocolate, Oreo, Caramel dan banyak lagi. Korang boleh follow kat IG mereka @TheGorpis

3) Sate Barokah Ibu Nur





Bagi yang suka makan sate style Madura kat sini RAF.PJ ni pun ada yang popular dan tak asing lagi iaitu Sate Barokan Ibu Nur. Ada pelbagai jenis sate kat sini seperti Sate Ayam, Sate Lembu, Sate Kambing dan juga Sate Bebek (Itik). Juga mereke menyediakan makanan popular dari negara jiran iaitu Bakso. Korang boleh datang sini dan follow IG mereka @satebarokah_ibunur.

4) Marvelous Ayam Goreng Kunyett



Siapa suka nasi dengan ayam goreng kunyett kat sini pun ada. Sesuai untuk makan tengahari atau makan malam. Bukan sahaja ayam goreng kunyit ada juga daging goreng kunyit dan juga sotong goreng kunyit. Tengok tu mereka tak kedekut nak isi bahan tu makan dengan kicap pulak terangkat panas-panas. Boleh pergi kat IG mereka @marvelousayamgorengkunyett.

5) Otak-Otak Petaling Jaya



Ini pula makanan yang popular daripada pantai timur iaitu otak-otak dan juga sata. Maha memang suka giler makan ni time panas-panas baru lepas bakar dengan aroma daun kelapa lak perhh best. Sekarang tak perlu nak pergi jauh kat sini pun dah ada. Mereka siap bakarkan korang hanya makan sahaja. Boleh follow IG mereka @otakotakpetalingjaya.

6) BAAM Nasi Dagang KJ 




Pecinta Nadi Dagang kat sini pun ada yang dibawa khas dari negeri Terengganu. Nasi Dagang kat sini semua ada kuah kari ikan tongkol dan juga acar sayur bersama dengan nasi yang lembut dan harum. Kat sini juga mereka ada jual keropok lekor jadi boleh buat makan kudap-kudap waktu petang. Follow IG mereka @baamnasidagangkj.

7) Pak Daud Kuey Teow KJ



Kuey Teow yang popular ni pun ada kat sini. Gerai kuey teow ni buka dari pagi sampai malam jadi boleh lah makan puas-puas. Dalam kuey teow mereka tak kedekut dengan udang dan juga bahan lain memang menarik kena cuba. Korang follow lah IG mereka @pakdaud.kteow.kj.

8) The Fennel




Restoran The Fennel ada sebelah dan satu tapak dengan RAF.PJ. Restoran ni menyajikan makanan barat. Kalau korang nak cuba macam chicken chop, steak, pasta, spaghetti, dessert seperti kek, roti dan juga macam-macam lagi boleh mai sini. Minuman kat sini pun semua sedap-sedap dan menyegarkan korang boleh order macam MilkShake. Coffee, Tea dan juga macam-macam lagi lah. Restoran ni sediakan ruang makan berhawa dingin sepenuhnya. Nak tahu lanjut boleh follow IG mereka @TheFennels


Sebenarnya ada banyak lagi gerai tapi tak dapat nak senaraikan semua dan yang ni sahaja sempat Maha dan kawan-kawan cuba masa datang makan hari tu kat sini. Tempat ni sangat menarik dimana ia mengekalkan konsep mengeratkan silatulrahim untuk korang buat pertemuan dengan kawan-kawan dan lepak sambil makan dan minum. Walaupun datang makan dan minum SOP tetap di utamakan di sini. Korang yang nak datang mesti kena pakai mask dan juga membuat pengujian suhu pada pintu masuk. Juga kena ada penjarakan fizikal. 


Maha sangat rekmen kepada orang yang nak datang satu tempat tapi ada banyak pilihan makanan yang pelbagai. Suasana pun santai dan juga relax sahaja tapi sedikit padat pada satu-satu masa. Jangan risau mereka tetap akan melayan anda. Harga makan sini juga mampu beli silap-silap semua korang nak cuba hehehe. Selamat menjamu selera semua. 

Dapatkan maklumat lanjut RAF.PJ di laman sosial:
Lokasi : No 23, Jalan SS5A/11, Petaling Jaya






19 ulasan:

  1. Ni bukan makanan terbaik di PJ. Macam makanan terbaik seluruh dunia je. Tengok dia punya street food macam kat Thailand. Kek tu international level tu. Untung orang PJ ada food court camni. Mai la KL buka satu!!!! hahaha

    BalasPadam
  2. Wah... Terbaik laaa
    Beruntung orang PJ. Semua ada di satu bumbung! Heaven seyhhh kita nengok shosedap tuu

    BalasPadam
  3. Wahhh. Bestnye. Satu kedai macam-macam menu boleh makan. Tempat pon nampak selesa

    BalasPadam
  4. Bestnya banyak giler pilihan makanan. Senang dtg sini kita boleh makan apa sahaja

    BalasPadam
  5. Biar betul.Food heaven i must say. Time baca ni i can imagine goodtaste of sate n soshedaponthego... irresistible lah kali ni. Willgiveatry. 👍

    BalasPadam
  6. wow so many delicious food kat RAF.PJ. I like the variety there. Nak visit it when I have time with family and friends

    BalasPadam
  7. Wah ni dah best sangat dah ni. Semua makanan popular dan sedap ada dekat bawah satu bumbung. Tak perlu nak jalan byk tempat kan. Sate tu nampak sedap sangat ok.

    BalasPadam
  8. Bawah satu bumbung ada banyak kedai dengan pelbgai pilihan makanan. Baru seronok makan kan..masing-masing boleh pilih nak makan apa ikut selera.

    BalasPadam
  9. Wah best kan ada food court macam ni, semua yang kita idam nak makan ada kat situ.

    BalasPadam
  10. Waaa best laaa dapat pergi tempat makan macam ni, senang tak payah cari lain, sebab satu bumbung semua makanan ada... eee terliur nengok pepes tu...ke sata tu...

    BalasPadam
  11. Bestnya orang PJ dekat2 ada food paradise ni.. dikumpulkan bawah satu bumbung pulak tue.. okay,, weekend ni nak pergi check out la.. mark dalam google map dah ni..

    BalasPadam
  12. suka sangat konsep macam ni, pergi satu tempat boleh makan macam2! Gorpis tu memang sedap, suka makan dekat The Podium. Pisang goreng crispy letak chocolate dengan cheese nyummm!

    BalasPadam
  13. Bestnya satu bumbung ade mavam2 jenis makanna ade.. Memang puas hati ni.. Macam nak kene pergi ni. Tergoda tengok makana

    BalasPadam
  14. Uwh baru tahu kt pj femes kuey teow ye. Memang untungla org pj sbb ada pelbagai makanan 1bumbung

    BalasPadam
  15. Ya Allah semua nampak sedap sangat! Apa ni. Hasut orang makan. Haha.

    BalasPadam
  16. Kaki. Mkn mexti terjah kat RAF.PJ ni sbb mcm2 juadah ada yv blh kita rasa, klu kak mau juling mata nak pilih yv mana sedap😂

    BalasPadam
  17. Baru tau mengenai food court ni sbb al maklum kita ni bukan kaki makan haha...

    BalasPadam
  18. banyak betul pilihan makanan. datang dating makan-makan kat sini pun syok betul tak. eh nak try datang makan sini la

    BalasPadam
  19. Semuanya sedap nak makan jugak . Yana hanya mampu jilat skrin je . Semua sedap lagi lagi sate . Adui

    BalasPadam