Dumpling,

Dumpling Kings Dan Phuture Daging Memperkenalkan Daging Berasaskan Tumbuhan Pertama Di Malaysia

1:00 PTG Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Dumpling memang antara makanan kegemaran Maha suka kalau dapat yang Halal dan juga yang pelbagai rasa didalamnya. Cuma nak dapatkan yang Halal tu agak sukar juga tapi masih ada yang tawarkan Dumpling Halal. Tapi korang pernah cuba atau rasa Dumpling daripada sayur-sayuran yang menggantikan daging?

Perkara ni bukan pelik lagi tau ia memang ada dan telah diusahakan oleh anak tempatan. Dumpling Kings berkerjasama dengan Phuture Daging iaitu syarikat daging berasaskan tumbuhan yang diperakui halal pertama di Malaysia. Dengan menggunakan tagline 'Dumpling For All' Dua syarikat besar ini telah menjalin kerjasama dalam mengeluarkan daging berasaskan tumbuhan menggantikan daging lembu. Bagi memastikan ia boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat dan juga berbilang agama di Malaysia. Juga kepada mereka yang Vegan Meat di Malaysia. 
 Datin Maziah Omar Pengurus Besar Phuture Daging


Daging berasaskan tumbuhan Phuture Daging diproses sesuai dengan standard halal, yang diawasi oleh Lembaga Penasihat Halal Phuture Daging yang diketuai oleh Pn. Norlia Binti Yusof. Menarik bukan memang teruja Maha dapat menjadi antara yang pertama mencuba Dumpling keluaran mereka ini. Semasa sesi mencuba makanan Dumpling ini terdapat empat rasa Dumpling dan ada sesetengah panggil 'Ladu'. Empat rasa tu mewakili mala pedas, kimchi, chives (daun kucai), dan cendawan yang disajikan dengan cara masakan goreng atau juga kukus. 




Dalam kempat-empat rasa ini yang paling Maha suka adalah pastinya mala pedas dan juga ada daun kucai. Bila digoreng dapat rasa lembut didalam dan berjus lagi bila gigit dan juga kerangupan kulit kesan daripada gorengan bahagian bawahnya. Biasalah orang Malaysia mesti suka yang pedas punya jadi rasa pedas tu dah kena dengan inti dumpling ni.



9 fakta menarik tentang Dumpling ini


1. Produk Phuture Daging menggunakan soya non-GMO, bebas kolesterol dengan rendah kalori dan tinggi kandungan protein. Tanpa tambahan hormon atau antibiotik, ia adalah Muslim, Buddist, vegan dan vegetarian selain bebas dari kekejaman.

2. Protein berasaskan tumbuhan: Soya, Nasi, Buncis, Kacang, Cendawan.

3. Karbohidrat: Tepung Soya, Pati Kentang, Buah Chicory, Bran Gandum Tanpa Gluten.

4. Maklumat pemakanan setiap hidangan 100g:
- Tenaga: 114kkal (476kj)
- Protein: 13.5g
- Lemak: 1.8g (lemak sifar trans)
- Kolesterol: 0mg
- Karbohidrat: 10.8g

5. Menu Dumpling Kings menyajikan ladu daging berasaskan tumbuhan yang halal dengan 4 pilihan rasa (mala pedas, kimchi, kucai, dan kubis cendawan) dan 2 gaya penyediaan (Pan-goreng atau Rebus).

6. Dumpling panggang ini berair di bahagian dalam, sambil tetap coklat keemasan di luar kerana teknik keseimbangan antara menggoreng dan mengukus. Bawang pertama dipanggang pada api yang tinggi hingga keperangan di bahagian bawah. Kemudian percikan air ditambahkan, dan kuali ditutup dengan cepat untuk mengukus Dumpling. Ini menghasilkan campuran tekstur, dengan Dumpling rangup di bahagian bawah dan lembut di bahagian atas sementara bahagian dalamnya tetap berair.

7. Dumpling dibuat dengan campuran daging dan sayur-sayuran berasaskan tumbuhan. Campuran ini ditambahkan ke adunan yang diratakan sebelum bahannya ditutup dengan teliti. Dengan cara itu, Dumpling Kings mengekalkan rasa asli ladu chives tanpa menjejaskan rasa dan tekstur walaupun menggunakan daging berasaskan tumbuhan.

8. Dumpling Kings menggunakan doh buatan tangan segar untuk kulitnya, dengan kecekapan dan kepakaran tukang masak dumpling yang asli.

9. Dumpling ini disajikan sewaktu panas dengan kicap halia dan cuka khas Dumpling Kings serta sedikit minyak cili.




Dumpling Kings juga akan merancang untuk membuka outlet pertama mereka di Malaysia yang menawarkan menu berasaskan tumbuhan sepenuhnya halal pada suku ke-4 2020 dan membuka modelnya kepada rakan perniagaan untuk pengembangan pada tahun 2021. Ini akan memperkenalkan lagi produk ini kepada umum. Phuture Daging menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang ingin memasukkan penawaran berasaskan tanaman ke dalam menu mereka.

Lihat lebih banyak maklumat di laman web www.phuturedaging.com

Dumpling Kings:
Co-founder Shawn Pan (HP: 014 395 8806)
Co-founder Lyn Teh (HP: 012 226 7391)
E-mail Address: dk.dumplingkings@gmail.com

Phuture Daging:
General Manager Datin Maziah Omar (H/P: 019- 650 3747 - maziah@phuturedaging.com )





14 ulasan:

  1. Ahhhhhh Shedapppppp... ena memula ritu makan, tertipu dengan intinya tu.. ingat daging betul.. Pastu baca balik apa kebenda Phuture Daging ni, baru rasa WOW WOW!! Hebatttt teknologi makanan skrg ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kita pun rasa lain hehehe mula ingat daging jer rupanya dari tumbuh-tumbuhan menarikkan...

      Padam
  2. kita pun suka dengan dumpling ni.Nanti nak carilah kt JB ni kot ada yang jual..Nak jugak rasa yang phuture daging tu

    BalasPadam
  3. tgk pun tau sedap! sbb i mmg hantu dumping .. mintak2 la available in Penang soon

    BalasPadam
  4. terliuq tengok dumpling dia. zul dah lah suka makan dumlings ni. inovatif betul sekarang siap ada daging phuture

    BalasPadam
  5. daging berasaskan tumbuhan ? wow !! teknologi makanan sekarang dh makin advance ya. macam manalah agaknya rasa dia. teringin pulak rasa

    BalasPadam
  6. mmg sedap..sebab dah try mmg puas hati..esp utk org vegan..bolehlah cuba

    BalasPadam
  7. Menariknya dumpling dia. Terliur tengok dumpling ni. Boleh cuba nanti

    BalasPadam
  8. Pertama kali cuba. Memang sedap. Rasa macam ada daging sebab tekstur kan. Bagus camni, nanti nak cari frozen bleh masak kat rumah.

    BalasPadam
  9. Wah! Enjoy nampak. Mesti suka dumpling ni... malangnya sis kurang huhu

    BalasPadam
  10. Alarh! Sedapnya dumpling. Dahlah cx suka makan dumpling. Banyak juga keistimewaan dumpling king ni ya. Kena support ni

    BalasPadam
  11. Tak pernah makan so tak tahu rasanya. Tapi ramai kata sedap. Uishh curios pulak nak cuba.

    BalasPadam
  12. wah menarik sangat ni dumpling Daging Berasaskan Tumbuhan..iena tak makan daging..kalau dumpling Daging Berasaskan Tumbuhan ni macam menarik je.boleh la cuba nanti..iena suka mkn dumpling

    BalasPadam
  13. Dumpling berasaskan tumbuhan menarik sangat ni. Vegetarian confirm sure tertarik dengan dumpling ni. Tahniah mereka bakal membuka cawangan pertama dalam Malaysia. Semoga terus maju jaya membuka outlet seluruh Malaysia. Ramai boleh rasa nanti.. hehehe...

    BalasPadam