JennOrtho,

Sihat Bermula Dari Tapak Kaki Jaga Ia Untuk Kegunaan Lama - JennOrtho

Sabtu, Ogos 15, 2020 Mahamahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Selalu kita akan kaitkan sakit kronik itu adalah kerana faktor permakanan dan kehidupan. Itu memang betul tak dinafikan Maha pun ada juga banyak ramai orang kata kena jaga itu kerana ia mempengaruhi kehidupan. Tapi sedar tak kita bahawa tapak kaki yang kita setiap hari gunakana itu juga boleh menjadi kepada punca penyakit kronik.

Wahh dah macam pakar Ortopedik pula bila Maha bercerita tentang kesihatan diri ni. Sebenarnya macam ni Maha selalu mengalami masalah rekahan dan juga sakit pada tumit kaki akibat daripada berjalan terlalu lama dan berdiri dalam tempoh yang lama. Sampai ia mempengaruhi juga sendi lain seperti lutut dan juga otot kaki. Salah satunya adalah faktor saiz tubuh badan memang betullah itu yang semua doktor katakan.

Tapi satu lagi yang penting adalah penjagaan tapak kaki. Terutama bila kita pakai kasut tak kisah yang kasut biasa tau pun tumit tinggi akan mempengaruhi faktor kesihatan badan lain terutama tulang belakang. Sebab tu orang kata nak beli kasut kena test kedua-dua belah kaki dan cuba berjalan sekejap sebelum membeli untuk cari keseimbangan badan. Tapi Maha bukan nak cerita pasal kasut cuma kali ni nak kongsi dengan korang pengalaman Maha pergi ke satu kedai untuk mengenal pasti masalah berpunca daripada penggunaan kasut yang tidak sesuai.

Panjang sangat nama kedai tu kalau korang pergi kat Mid Valley Megamall naik ke tingkat 2 North Court korang akan nampak satu kedai namanya JennOrtho. Ia adalah sebuah kedai yang menyediakan penjagaan tapak kaki dan juga sendi. Pertama kali Maha masuk kedai ni kerana nak tahu tentang masalah tapak kaki yang Maha hadapi.

Kat sini layanan staff mereka sangat bagus bukan sahaja mesra tapi juga berpengetahuan terhadap masalah tapak kaki. Mula masuk korang akan diberi taklimat ringkas apa fungsi mereka. Kemudian korang akan di bawa kepada Foot Alignment Check dimana di bahagian ini tapak kaki korang akan di periksa menggunakan peralatan canggih dan terkini. Ini adalah penting untuk mendapatkan bentuk tapak kaki korang adakah ia normal, pronated, flat, several flat atau high arch. Maha punya hari tu masa pemeriksaan Alhamdulillah normal mempunyai bentuk yang masih normal. 

Selepas sahaja habis sesi analisis tu dalam lebih kurang 10 minit sahaja dan akan dapat laporan analisis yang di keluarkan. So dari situ nanti pakar-pakar mereka akan memberi khidmat nasihat dan kauseling kepada korang tentang apa masalah yang korang akan hadapi. Sekiranya normal ok lah tapi kalau ada bentuk yang lain akan diberi tahu tentang bagaimana nak mengatasi masalah ini dengan menggunakan 3D Custom Medical Orthotics.

Ia adalah sisipan kasut yang dihasilkan dari kesan kaki oleh pakar penjagaan kaki dan dipakai di dalam kasut korang. Ia membantu kaki korang berfungsi dalam kedudukan neutral yang optimum dan menghilangkan keperluan badan korang untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan di mana sahaja di bahagian bawah kaki korang. Ye lah kaki normal akan berdiri tegak dan juga kedudukan kaki seimbang tapi kalau orang yang tapak kaki tak normal akan memerlukan satu alat sokongan untuk memberikan keseimbangan pada tapak kaki.

Mula daripada korang buat analysia dan juga sehingga kepada khidmat nasihat tu diberikan secara percuma kepada korang yang datang. Cuma korang perlu bayar untuk mendapatkan 3D Custom Medical Orthotics, yang bentuk macam alas kaki ni sahaja. Benda ni masa diberi tahu hari tu perlu dibuat khas mengikut tapak kaki korang dan akan siap dalam masa tujuh hari. Lepas dah siap korang hanya perlu masukkan alas kaki tu dalam kasut dan pakai kasut seperti biasa.

Alas tu akan membatu mengurangkan masalah tapak kaki yang selalu membawa kepada punca masalah sakit tulang belakang atau juga tulang tunjang yang menyokong badan. Bagus lah kat sini sebab jarang Maha dapat buat pemeriksaan kaki ni. Orang perempuan sangat digalakkan kerana mereka suka pakai kasut tumit tinggi itu sangat berisiko tau. 



Selain dari tu juga kat JennOrtho ini juga ada menjual beberapa jenis kasut yang sesuai untuk kegunaan harian mahupun aktiviti lasak. Korang boleh tengok kasut-kasut yang ada sini design yang sporty dan juga untuk kesihatan. Ada semua saiz dari orang dewasa kepada kanak-kanak juga. Sekarang ni mereka tengah buat promosi jualan 50% untuk kasut-kasut yang ada di sini.  

Maha sempat bergambar dengan Dr Edmund beliau adalah pengasas kepada JennOrtho ini dan juga doktor yang bertanggungjawab untuk semua isu berkaitan rawatan ini. Korang boleh datang kat sini kerana ia dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan semua pakar-pakar mereka akan membantu korang. Korang boleh ajukan semua pemasalah berkaitan tapak kaki korang kepada mereka dan mereka sedia membantu. Terima kasih Maha ucapkan kepada semua team JennOrtho kerana membantu Maha dalam mengenalpasti dan juga mencari solusi kepada masalah kaki yang sering dihadapi. Korang pun boleh cuba datang sini ok.

Maklumat lanjut tentang promosi dan juga khidmat nasihat boleh layari :
Alamat : JennOrtho
               S-011, 2nd Floor, Mid Valley Megamall, 
               Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 
               59200 Kuala Lumpur






21 ulasan:

  1. Alamak, ternampak satu kasut yang cantik dan smart laaa... boleh la grab satu ni, blh pakai pergi holiday nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh dah nampak kasut bukan setakat cantik dan juga menjaga kesihatan tapak kaki bagus ni...

      Padam
  2. bagusnya...ni pestime nampak kedai kasut yang boleh cek sekali tapak kaki kita selain jual kasut...teringin pulak nak cek kondisi tapak kaki sendiri..

    BalasPadam
  3. First time dengar kasut jenama ni. Sangat baik utk kesihatan tapak kaki. Boleh lah cuba nanti tambah2 keja yang banyak memerlukan kita berdiri

    BalasPadam
  4. Tapak kaki memang bahagian penting sbb di sini juga kita perlu urut utk sembuhkan apa apa penyakit badan... bagus la ada tempat begini utk cek kaki..

    BalasPadam
  5. Penting untuk kita jaga tapak kaki :) Nak kena selesa juga bila bab bab pakai kasut ye dak

    BalasPadam
  6. Tak pernah lagi cek kaki camni. Teringin juga nak tahu normal ke tidak sebab suka sgt pakai wedges hahaha.

    BalasPadam
  7. Rawlins macam nak kena buat check up untuk tapak kaki Rawlins gak sebab selalu ada masalah kaki dan sakit belakang gak. Maybe sebab tapak kaki atau kasut la kot

    BalasPadam
  8. Dah try scan kaki kat sini.. mmg bagusla.. at least tahu rawatan terbaik utk anak

    BalasPadam
  9. Tak pernah lagi berpeluang pergi sini. Bagus kan ada kemudahan macam ni

    BalasPadam
  10. Banyak juga pilihan kasut yang ada. Sekali tengok tak tahu pun ni kasut kesihatan kan.

    BalasPadam
  11. Sangat bagus kedai kasut macam ni, sambil jual kasut, dia ajar kita cara memilih kasut yang sesuai...ni kita kadang pantang lawa beli, padahal kalau tak sesuai akan jadi effect pada kesakitan kaki kan... ada peluang nak le kek kedai ni...

    BalasPadam
  12. oo bagusnya ada yg macam ni. siap boleh test ya. bolehlah cuba nanti

    BalasPadam
  13. Bestnya, akak susah nak carik saiz kasut yang bersesuaian, kalau ada saiz yang ok, design tak ok. Boleh nak pi try nanti

     4 Idea Bisnes Makanan Viral

    BalasPadam
  14. Bagusnya ada servis untuk check tahap kesihatan tapak kaki. Kalau yangvada masalah tulang, maybe boleh pergi utk check sbb kdg² ada berkait dgn kaki kan

    BalasPadam
  15. menarik2! Yelah kita ni kasut main pakai je apa rasa cantik, sedangkan kesihatan kita byk bergantung dr tapak kaki ni... nanti saya nak try brand ni juga!

    BalasPadam
  16. Betul, kita kena jaga kaki kita sebab nanti tua atau berusia kelak tak ada masalah sakit lutut kronik.

    BalasPadam
  17. Penting kan tahu bab kaki and kasut ni..kalau tak asyik penat je nanti. Dah makin berusia macam akak ni lagi penting beli kasut yg sesuai..

    BalasPadam
  18. memang penting penjagaan kaki ni kan... berkesempatan jugak dapatkan informasi dari yang pakar..

    BalasPadam
  19. Erm. Betul..
    Kaki ni kena jaga elok elok..
    Sebab kita gunakan ia setiqp hari..
    Malahan tak tau sehari berapa banyak kali digunakan..
    Bagus ada perunding mcm ni .
    Siapa bermasalah senang nak rujuk..

    BalasPadam
  20. it is true.. all started from the foot else we will feel pain for the rest of our live

    BalasPadam