Hadiah,

Kongsi Keseronokkan, Kongsi Kebaikan Bersama Jack 'n Jill Roller Coaster

Jumaat, Ogos 14, 2020 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Jack 'n Jill Roler Coaster kembali dengan satu lagi kempen yang menyeronokkan, kali ini mendorong rakyat Malaysia menyumbang kepada masyarakat. Peraduan 'Roller Coaster Kongsi Keseronokkan, Kongsi Kebaikan 2020' (The Roller Coaster Share the Fun, Share the Kindness Contest 2020) merupakan satu inisiatif bagi memperkasakan para pengguna untuk berkongsi keseronokkan dan kebaikan bersama rumah anak-anak yatim. 

Setelah bertahun mendapat tempat dalam hati para penggemar snek dengan kerangupan yang luar biasa, gegelang ubi kentang hebat ini kini memberi peluang pula kepada korang untuk melibatkan diri dalam satu usaha murni yang boleh dibanggakan sebagai rakyat Malaysia. Untuk keseronokkan berterusan, Jack'n Jill Roller Coaster akan menyatukan penggunanya untuk menghasilkan kombinasi yang menggandingkan gegelang ubi kentang berkerak dengan hidangan kegemaran korang.

Memandangkan ramai di antara rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa di rumah baru-baru ini, kemahiran memasak korang sudah pasti bertambah baikkan. 

Bagi memupuk semangat perpaduan, Jack 'n Jill Roller Coaster akan menguji rakyat Malaysia dengan satu peraduan yang menarik. Sama ada untuk melengkapkan hidangan Nasi Lemak Pedas ataupun menambah kerangupan dalam resipi Rojak istimewa korang. Jack 'n Jill Roller Coaster mencari idea juadah hidangan kreatif dan menyeronokkan yang dipasangkan dengan gegelang ubi kentang rangup. Penggemar snek mempunyai pilihan untuk menyediakan masakan kegemaran dari dapur sendiri, ataupun membeli dari restoran dan seterusnya menonjolkan kreativiti masing-masing. Kombinasi yang terbaik akan berpeluang untuk meraih hadiah menarik dan pada masa sama menjadi sebahagian daripada usaha Jack 'n Jill Roller Coaster menyumbang kepada masyarakat. 

Jack 'n Jill Roller Coaster telah mengenal pasti tiga rumah anak-anak yatim untuk disalurkan sumbangan iaitu Rumah Penyayang Darul Ilmi (Gombak), Rumah K.I.D.S (Klang) dan House of Joy (Puchong). Rumah-rumah kebajikan ini merupakan tempat perlindungan yang menyediakan persekitaran yang selamat bagi golongan anak-anak yatim membesar. 

Cara untuk korang menyertai peraduan ini sangat mudah ikuti tiga langkah ini :

Langkah 1
Beli produk Jack 'n Jill Roller Coaster yang bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Simpan resit itu sebagai bukti. 

Langkah 2
Sediakan satu hidangan kegemaran anda yang dipasangkan dengan Jack 'n Jill Roller Coaster dan ambil gambat juadah masakan tersebut (paket Jack 'n Jill Roller Coaster mestilah jelas kelihatan).

Langkah 3 
Kongsikan gambar tersebut menerusi laman Facebook atau Instagram korang dan tag Facebook @URCRollerCoaster atau Instagram @RollerCoasterMalaysia. Tag juga tiga orang rakan dan letakkan tanda pagar #JacknJillRollerCoaster #RollerCoasterShareTheFun.

Pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan dan juga turut sama menyumbang kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih. 

Hadiah Utama x 1
RM1,500 dan tambahan RM1,500 akan disumbangkan kepada rumah anak -anak yatim

Hadiah Kedua x 2
RM1,000 untuk setiap pemenang dan tambahan RM1,000 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim

Hadiah Ketiga x 5 
RM500 untuk setiap pemenang dan tambahan RM500 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim 

Hadiah Khas x 55
RM200 untuk setiap pemenang dan tambahan RM200 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim 

Tarikh peraduan adalah bermula dari 1 Ogos 2020 hingga 16 September 2020. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook https://www.facebook.com/urc.rollercoaster/. Tunggu apa lagi korang sertai sekarang kerana banyak peluang untuk menang dan membantu mereka yang memerlukan. Selamat mencuba semua. 








0 Pandangan: