Biskut,

Tengok Sahaja Dah Terliur Belum Rasa Lagi Mesti Nak Berkali-kali Cookies By Chef Jo

Isnin, April 06, 2020 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bukan semua orang ada kemahiran dalam menghasilkan biskut atau kuih raya kerana ia memerlukan pengalaman. Bukan macam masak lauk-pauk boleh main campak-campak sahaja dah masakan ikut firasat. Tapi itulah yang Maha buat kalau memasak lauk kat rumah, tak tahu korang pulak macam mana. Terus terang Maha cakap untuk buat biskut dan kuih raya ini sangat remeh dan juga perlu ketelitian.

Itu yang Maha memang tabik pada mereka yang boleh buat biskut atau kuih raya dalam kuantiti yang banyak. Sukatan kena tepat dan juga bahan kena ikut resipi baru betul-betul jadi. Masalahnya Maha ni suka makan kek dan juga biskut terutama biskut Raya. Cuma nak buat memang tidak lah kerana sekarang ni banyak pilihan 'Kuih Tunjuk' so buat apa susahkan diri.

Cuma nak cari yang betul-betul bebaloi dengan harga yang kita keluar dan juga dengan rasa itu yang payah sekarang ni. Sekarang ni cuma satu yang memang Maha yakin sangat sebab yang baut biskut ini juga seorang chef profesional level international. Kalau korang peminat program masakan yang pernah popular tahun 2011 dan 2012 mesti kenal chef yang suka menghidu makanan sebelum di rasa. Siapa lagi kalau bukan Chef Johari Edrus atau ramai kenali sebagai Chef Jo. 

Beliau adalah pemilik restoran SYMPHONY by CHEF JO yang Maha pernah pergi makan kat situ dulu korang boleh baca kat posting Maha yang lepas. Kini chef telah mengeluarkan pula biskut raya yang di kenali nama Cookies By Chef Jo. Biskut yang dihasilkan mempunyai banyak variasi dan Maha dah merasai sendiri semua biskut tersebut. Setakat ini ada lapan jenis biskut dibawah brand Cookies By Chef Jo iaitu Red Velvet Chewy, Golden Peanut Bite, Cheese Pineapple Roll, Crunchy Oreo, Almond Big Ben, Makmur Pandan, Cranberry Oats dan juga paling istimewa iaitu Biskut Bunga Cina

Red Velvet Chewy





Biskut ini memang sangat ramai orang suka sebelum ini kita kenal sebagai kek Red Velvet tapi kini telah dijadikan biskut. Warna merah menyala dan juga rasa yang sangat rapuh bila waktu korang mengunyah. Tak tebal dan nipis serta mengandungi biji badam dan chocolate chip dalamnya. Satu balang tu ada 50 pcs dengan harga hanya RM25 sebalang.

Golden Peanut Bite





Biskut ni warna sangat kemasan memang menarik walaupun nampak bulat dan kilat jer. Bila korang gigit memang dapat rasa kacang dengan rasa sangat berlemak. Kalau siapa suka biskut kacang ini adalah pilihannya. Satu balang ni ada 40 pcs dengan harga juga RM25 sahaja.

Cheese Pineapple Roll





Bagi pecinta Tart Nanas ini adalah pilihan yang korang mesti kena cuba. Maha sendiri dah rasa biskut ini memang sangat puas hati sebab dapat rasa cheese dan juga pastrinya sangat lembut dan hancur dalam mulut. Pulak tu saiz tart ni sangat besar dan gebu tidak seperti tart biasa yang akan mudah hancur kalau dipeganga. Isi jem nanas dalam tart tu pun banyak tak dan kenyal. Satu balang tu ada 25 ke 30 biji tart dengan harga masih murah RM25 sahaja.

Crunchy Oreo





Pada pecinta coklat dan Oreo ini adalah gandingan sepadan dan pilihan yang tepat. Bukan setakat menggunakan coklat malah ada juga taburan Oreo di atas biskut yang rangup. Bagi kanak sangat suka sebab coklat dan ada rasa Oreo. Satu balang tu ada 40 biji biskut dengan harga juga sama RM25.

Almond Big Ben





Selalunya kita kenal Almond London jer kan ni pun sama juga lah lebih kurang cuma rupa lain sikit tak lonjong. Dalam nya ada kacang badam dan juga diatas disalut dengan coklat lepas tu ditaburkan dengan kacang badam di cincang. Ni pun budak-budak akan suka bila tengok coklat banyakkan. Dalam balang tu ada lebih kurang 40 biji biskut Almond Big Ben dengan harga juga RM25.

Makmur Pandan





Ini ramai orang kenal selalu orang panggil Biskut Makmur yang menggunakan kacang tanah yang ditumbuk. Tapi selalu yang kita lihat ia berwarna putih cuma yang chef hasilkan kali ini pula berwarna hijau kerana ada menggunakan perisa pandan. Putih-putih kat luar tu sebab biskut ni di salut dengan icing sugar. Dalam balang tu ada 25-30 biji biskut dengan harga RM25 sahaja.

Cranberry Oats





Ramai orang kurang minat makan Oat begitu sahaja sebab mungkin rasanya yang kosong dan kadang-kadang orang isi buah-buahan untuk bagi lagi sedap. Tapi kali ini mereka hasilkan biskut raya dicampurkan juga dengan cornflakes ditambah lagi buah Cranberry kering. Sebab tu bila korang gigit biskut ini ada rasa rangup-rangup dalam kemasaman sikit. Harga pun sama RM25 dan juga ada 50 keping biskut dalam satu balang.

Biskut Bunga Cina





Biskut ini sangat istimewa dan ada setengah orang panggil Biskut Dahlia Susu, ada yang panggil Semperit Dahlia dan macam-macam lagilah. Biskut ini sangat klasik sebab dari Maha kecil sampai sekarang orang masih menghasilkan biskut ini dengan pelbagai cara serta rupa. Sebab itu dalam banyak-banyak biskut bagi Maha biskut ini paling legend sekali. Biskut ni menurut kata chef kalau nak betul-betul menghayati rasanya korang kena makan sambil tutup mata. Masa tu korang akan dapat rasa bertapa ia lembut dan hancur dalam mulut meletop-letop bak kata Chef Jo. Biskut ni balang lain sebab ia perlu penjagaan kerana lembut mudah hancur dan harga pun masih sama RM25 satu balang.


Jadi mana satu pilihan dan juga kegemaran korang bila tengok biskut-biskut yang dihasilkan oleh chef ini. Penting sekali biskut ini adalah buatan tangan dan korang boleh rasa kasih sayang dalam setiap biji yang dihasilkan. Lembut dan cukup segala rasa Maha bukan nak bodek tapi memang dah rasa sendiri biskut ni tenyata ia memang tak mengecewakan langsung.

Jangan risau sebab Cookies By Chef Jo ini adalah biskut yang dikeluarkan setiap masa dan bukan mengikut musim. Kalau korang rasa teringin nak makan tambah-tambah masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni boleh order atas talian tak perlu tunggu musim perayaan. Nak jadikan biskut ni sebagai doorgift atau hadiah kepada orang atau tetamu istimewa pun boleh. Setakat ini dah ada ejen mereka di seluruh negeri di Malaysia. Cuma harga yang Maha nyatakan tu adalah harga biskut sahaja tidak termasuk cas penghantaran ok. Nanti kalau korang dah cuba boleh lah komen sikit macam mana rasanya betul sedap atau Maha hanya auta sahaja ok. Selamat mencuba semua.

Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi :
Tel atau Whatsapp : 017-4377559







15 ulasan:

  1. Kuih tunjuk tu mmg banyak..nak la jugak yg sedap rasanya kan. Harga rm25 mmg dah standard tapi mahal juga kalau nak beli 10 jenis kuih. Before this mmg jual kueh raya. Tak larat la tua2 ni. Nanti order kat Chef Jo lah.

    BalasPadam
  2. Haaa yang ni baru nampak ada tu di Johor...semalam nak beli tak tau macam mana nak beli hahahaha..
    Sis suka Makmur Maha, tak kisah siapa buat, memang akan ku beli sapa yang promotnya hahaha...ni lagi plak dari Chef Jo, kompom sedap ni woooo...

    BalasPadam
  3. betullah maha, tengok pun dah terliur. red velvet cookies tu memang favourite. terasa2 kat tekak hahaha

    BalasPadam
  4. cantiknya the biskut. nampak teliti betul their bake kan. harga pun ok. bungkusan pun lawa. bolehlah start order. favourite kita tart nenas!

    BalasPadam
  5. Dekat dekat nak Raya ni mesti ramai ug order biskut Raya . Klu nak bakar sekarang masa sedg tempoh PKP ni ok gak tapi macam lama sgt nak simpan.

    BalasPadam
  6. Sefapnya tgk biskut2 dia and nampak menarik bbekas dia, kita pun jenis suka membeli jer..

    BalasPadam
  7. cantiknya packaging! Suka sangat makan red velvet cookies tapi tak ramai yang buat cookies jenis ni. Sekarang dah tahu dah dekat mana nak cari

    BalasPadam
  8. packaging cantik. mommy memang jenis orang yang bukan pandai buat kuih raya. so kita tunjuk-tunjuk je ye. hahha

    BalasPadam
  9. The packaging is pretty and flavour also buat I craving for it. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  10. Aduhhh time2 duduk rumah ni, apa je nampak memang terasa semua sedap, terasa semua nak. Postlah kat akak ni sikit..ngidam dah ni

    BalasPadam
  11. Wah dah terasa feeling-feeling raya dah ni. Nampak montok-montok semua kuih-kuih raya tu. Nanti nak datang beraya rumah Maha lah.. hehe

    BalasPadam
  12. wah mesti sedap ni air tangan chef jo. dah nak raya ya, tak lama lagi nak puasa ni

    BalasPadam
  13. wahh menarik nya..packaging dia pun cantik sangat. Boleh la start order biskut raya :D

    BalasPadam
  14. Belum pernah lak rasa jem tart berperisa keju. Sedap ke? Apa pun dah dekat Raya ni bolehlah mula tempah kan.

    BalasPadam
  15. Oh yumsss... macam dah ada mood raya sikit sikit, semua kuih raya ni nampak sedap

    BalasPadam