Ayam Brand,

Korang Mesti Cuba Tujuh Hidangan Yang Sesuai Masak Di Rumah Bulan Ramadan Ini

Jumaat, April 03, 2020 Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kurang daripada sebulan sahaja lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan. Inilah masa untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak. Cuma tahun ni kebanyakan tempat akan tiada bazar Ramadan untuk membeli makanan kegemaran kita sebab daripada pandemik Covid-19 melanda negara. Jadi, apa yang korang boleh buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadan yang biasa emak kita sediakan? Kita buat sendiri la!

Maha telah mengumpulkan senarai kuih dan pencuci mulut yang korang mesti cuba di rumah waktu Ramadan nanti. Kuih ini yang paling mudah dan cepat, malah boleh dibuat oleh mereka yang jarang memasak di rumah atau orang bujang. Resipi kuih dan pencuci mulut ini mesra pengguna, kerana tidak memerlukan peralatan-peralatan khas jarang ada di dapur korang. Cukup dengan adanya periuk dan senduk.

Semua hidangan ini mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Santan Ayam Brand ini telah diuji berkualiti dan terbaik di pasaran. Korang boleh dapatkan santan ini dalam tiga variasi iaitu Santan biasa, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand).



Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika korang sedang dalam diet kurang gula, boleh kurangkan mengikut kesukaan korang.

1. Bubur Jagung



Pencuci mulut yang paling senang pernah Maha cuba. Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehinggalah bubur siap. Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk. Taburkan dengan jagung manis. Enak dinikmati ketika panas dan menyegarkan apabila dimakan sejuk. Jika anda boleh kacau periuk tanpa sebarang insiden, anda boleh buat bubur ini!

Tempoh memasak: 20 minit
Hidangan untuk: Orang
Tahap kemahiran: 1/10

2. Bubur Kacang



Bubur yang sedikit manis, kaya dengan serat dan protein ini cukup enak sebagai juadah berbuka puasa. Bubur kacang boleh dinikmati begitu sahaja jika anda tidak ada masa untuk menyediakan juadah yang banyak. Hidangan ini terdiri daripada kacang, sagu, jagung, santan dan pandan untuk rasa yang enak. Rendam kacang semalaman untuk menjimatkan masa memasak. Masukkan semua ramuan itu ke dalam satu periuk besar dalam turutan yang betul, kacau, reneh dan ia sedia untuk dimakan!

Tempoh memasak: 20 minit
Hidangan untuk: Orang 
Tahap kemahiran: 1/10

3. Puding Jagung



Juadah ketiga ialah puding jagung manis. Masukkan ramuan mengikut turutan ke dalam periuk besar, kacau, kacau dan kacau dengan api kecil. Masukkan ke dalam acuan atau bekas kaca yang rata, masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Potong kecil sekiranya perlu. Sebelum hidang, taburkan dengan keju parmesan untuk rasa masin dan berkrim.

Tempoh memasak: 30 minit
Hidangan untuk: 12 Orang
Tahap kemahiran: 1/10

4. Kuih Talam



Seterusnya ialah kuih talam. Maha senaraikannya di tempat keempat kerana kuih dua lapis ini agak mencabar untuk dibuat, tetapi usaha itu berbaloi kerana rasanya sedap! Satukan ramuan untuk lapisan atas, letakkan di atas talam dan stim selama 10 minit. Untuk lapisan bawah, bancuh ramuan kedua, tuang berhati-hati ke dalam talam yang sama sehingga hampir penuh dan stim sekali lagi selama 20 minit. Untuk rasa yang lebih ringan gunakan Santan Super Light. Biarkan sejuk. Potong kecil atau hidangkan dalam saiz berasingan. Hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikannya lebih menarik!

Tempoh memasak: 1 jam
Hidangan untuk: 12 Orang
Tahap kemahiran: 3/10

5. Agar Agar Buah 



Hidangan kelima adalah satu jenis hidangan yang dinantikan apabila anda menjemput ahli keluarga dan rakan untuk berbuka puasa! Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi kuih dua lapis yang sedap daripada acuan berbeza. Maksudnya, lebih banyak masa dan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh selepas itu. Hasilkan jeli laici yang jernih mengikut resepi, tuangkan ke dalam acuan, kemudian tambah pilihan buah-buahan segar. Biarkan selama 20 minit. Sementara itu anda boleh sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkannya di atas jeli buah, biarkan ia sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan daripada acuan sebelum hidangkannya di atas pinggan. Cantik, sedap dan sihat dengan buah-buahan yang kaya dengan serat dan santan yang berkrim. Memang berbaloi!

Tempoh memasak: 2 Jam
Hidangan untuk: 6 Orang
Tahap kemahiran: 3/10

6. Kuih Serimuka



Memerlukan lebih banyak kemahiran di hidangan keenam iaitu kuih yang terdiri daripada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan pulut, kemudian stim selama 20 minit. Sementara itu, siapkan lapisan kastard kelapa sebelum kukus di atas air yang mendidih sehingga ia sedikit pekat. Jangan masak di atas api untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar! Kacau campuran pulut, tekan supaya ia menjadi bentuk, kemudian tuang kastard di atasnya. Stim selama 30 minit lagi. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tempoh memasak: 1 jam
Hidangan untuk: 6 Orang
Tahap kemahiran: 5/10

7. Kuih Kaswi Labu



Kuih Kaswi Labu ialah kuih yang sihat untuk penggemar labu. Ia jarang dijumpai di bazar kerana ia sukar dibuat. Stimkan labu, lenyek dan sejukkan. Buat satu ‘pelekat’ menggunakan tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk, santan dan bahan lain. Kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapis untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan potong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut. Sedap!

Tempoh memasak: 1 jam 40 minit
Hidangan untuk: 15 Orang  
Tahap kemahiran: 5/10

Korang boleh dapatkan semua resipi ini dan banyak lagi di laman sesawang http://www.ayambrand.com.my/raya2020

Peraduan


Kalau korang cuba resipi ini korang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik. Caranya mudah sahaja kongsikan resipi yang korang buat di laman Instagram atau Facebook korang dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook bersama dengan hashtag #beRAYAmbrand dan #ayambrandmy. Beritahu mereka kenapa ia merupakan hidangan kegemaran korang semasa Ramadan atau Raya. Peraduan bermula daripada 6 April dan berakhir 30 May 2020. Ia menawarkan 16 hadiah mingguan dan 2 hadiah utama untuk dimenangi. Jom rebut peluang ni sekarang juga.








15 ulasan:

  1. bubur jagung baru je makmertua masak....ingat nk buat puding jagung kegemaran ankdara..kuih muih lain tu bole cuba juga

    BalasPadam
  2. Oh ni yang resepi utk prncuci nulut Ayam Brand kan. Dah baca memang menarik tp kita masih suka guna santan segar huhu

    BalasPadam
  3. Ada beli Santan light hari tu sebab teringin nak makan nasi lemak. Sedap juga guna santan ni.Yang kuih kaswi labu tu nampak sedap.

    BalasPadam
  4. Wahh sedap2 semua ni. Semuahya favorite saya. Walaupun tahap kemahiran 1/10 , saya rasa still tak reti nak buat hehe

    BalasPadam
  5. Geram nengok semua kuih muih tu semua, bahan pun senang, ni tak payah tunggu ramadhan, ada kerajinan boleh buat ni...dan Sis dah pun mencuba bubur jagungnya..hehehe sedap!

    BalasPadam
  6. sedapnya.. yang pasti semua menu mudah nak masak. suka sangat kalau share resepi, selalu takda idea nak masak bulan puasa

    BalasPadam
  7. Wahhh nmpak mudah semua resipi utk disediakan. Boleh cuba nie. Xperlu tunggu bulan puasa

    BalasPadam
  8. Wah!!!!!! All these food are good to eat during iftar. Healthy juga tu. I like bubur jagung. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  9. Nyumm...nyuumm... terpikat dengan bubur jagung dan bubur kacang!

    BalasPadam
  10. Hebatnyaaa awak..bagus la bagi idea ni sebab sekarang pun dah asyik memasak je kita wak tak yah nak tgg ramadhan hahahah..nanti nak try la buat menu2 ni

    BalasPadam
  11. few days ni, ayam brand ni byk aida komen, and perasaan nak buat bubur jagung is is membara tau, maha.
    aduhai.
    next 3-4 days tak dpt kluar beli brg. thereafter, nak grab satu jagung tu.
    buat. lemak rasa jagung. makan time sejuk. wow!!! gojes idea lah.

    BalasPadam
  12. Semua sedap-sedap tapi dalam semua tu paling sis suka bubur jagung. Kalau dapat seperiuk boleh sis sorng makan..hehehe

    BalasPadam
  13. sedap-sedap belaka, paling suka yang puding jagung. buat banyak pun saya boleh makan.

    BalasPadam
  14. NI tak yah tunggu bulan puasa ni, bolan bosan PKP ni pun boleh try ni.

    BalasPadam
  15. I m so tempted to try the puding jagung manis, my fav.

    BalasPadam