Coklat,

Akan Lebih Bahagia Dengan NIPS Kurma Berbuka Puasa Nanti

7:00 PG Mahamahu 6 Comments

Slam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Tahun ini kita akan sambut bulan Ramadan dengan situasi yang agak mencabar. Bukan setakat mencabar untuk menahan lapar dan dahaga atau menahan nafsu tapi juga dalam mengawal pegerakkan untuk membendung penularan wabak Covid-19 ni. Itu yang kita perlukan kekuatan dan juga tenaga lebih.

Bila nak tenaga kita kena makan makanan yang sihat dan juga mempunyai khasiat seperti Buah Tamar atau orang kita panggil Kurma. Langsung bulan Ramadan ini buah kurma sangat sinonim bagi orang Islam. Kini Pelbagai cara dan juga bentuk bagi memastikan kita sentiasa dapat menikmati Kurma denga lebih relax dan enjoy. Sebab tu sekarang ni Jack 'n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma.

Maha sebenarnya adalah salah seorang peminat coklat NIPS ini kalau pergi pasaraya shopping barang dapur mesti akan beli NIPS ni satu pek sebab mereka ada letak kat tepi kaunter pembayaran. Jadi nampak terus ambil dan bayar jer sekali wakakaka. Sekarang nak sambut Ramadan ada pulak NIPS Kurma ni lagi best. 

NIPS Kurma ini diperbuat daripada coklat berperisa kurma lazat, disalut dengan kolongsong manis berwarna-warni. Bila gigit sahaja sati biji tu korang dapat menikmati gabungan rasa karamel manis dan kurma bersama coklat susu. Kalau selalu Maha akan beli yang NIPS Kacang tapi selepas ada Kurma ni maka ada banyak jenis lah produk NIPS kat pasaran seperti Kismis, Kacang dan Kismis, serta Cookies & Crème
Coklat memang begitu sesuai dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menyambut Hari Raya dan juga sewaktu bulan Ramadan. NIPS Kurma sesuai sekali dihidangkan sebagai penghujung pemanis setiap hidangan perayaan ataupun selepas berbuka puasa. Lepas ni ada cara baru nak nikmati Kurma dengan adanya NIPS Kurma ni. Budak-budak pun akan suka tidak lah rasa bosan makan kurma biasa sahajakan.

Ikutkan hari tu Maha nampak yang NIPS Kurma ini dah mula dijual kat pasaraya besar seperti Giant. Kalau korang shopping barang dapur boleh lah beli sekali NIPS Kurma ni dan rasai sendiri keunikan rasanya. Beli online boleh kot tak silap Maha ada jual kat TESCO online kalau tak silap lah. Nanti kita cari yer hehehe. Selamat berpuasa semua dan selamat berbuka. 







6 ulasan:

  1. Apa? Nips ada keluarkan Nips kurma? Menariknya, biasa makan kacang kann, ni kurma ek...nak try laa beli, kang nak keluar nak singgah jap mencari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betuk akak kita selalu makan yang kacang memang suka yang tu tapi daha da kurma ni nampak gaya kena cuba juga hehehehe..

      Padam
  2. laaa spesel nips ni ada kurma yer... dulu masa muder muder suka juga mkn cekelat ni.... dah tua2 ni kurang sgt dah .. tapi ada kurma mcm menarik pulak yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sampai sekarang makan cekelat ni hehehe kalau pergi mana-mana shopping mesti beli yang kacang punya..

      Padam
  3. Meriah nips pun.. buat rasa nak beli la neh.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak puasa dan raya ni sangat sesuai heheheheh...

      Padam