Cuti-Cuti Malaysia,

MinNature Malaysia Membawa Anda Mengembara Dunia Mini Lebih Dekat Dan Realiti

7:00 PG Mahamahu 15 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bagi Maha masih banyak lagi lokasi pelancongan dan juga bangunan prasejarah yang mungkin kita anggap ia biasa sahaja tapi bagi orang luar ia satu yang sangat berharga. Sehingga mereka sanggup melancong sejauh beribu batu untuk datang ke negara kita kerana banyaknya tempat sejarah yang menarik. Bukan tak cinta kepada sejarah tapi tak berkesempatan untuk melihat semua ini depan mata.

Tapi sekarang tiada alasan lagi untuk korang tidak kenali sejarah dan juga peninggalan lama yang begitu popular sehingga luar negara. MinNature Malaysia mempamirkan kekayaan warisan, sejarah dan pelbagai masyarakat dan budaya yang ada di Malaysia tercinta ini. Tapi ia dalam dunia miniatur yang mereka terjemah dari dunia sebenar. 

Wan Cheng Huat Pengasas MinNature Malaysia


Terpegun Maha bila pertama kali masuk ke dalam pameran MinNature ini yang telah dirasmikan pada tanggal 3 Mac 2020. Ia terletak di tingkar satu JUMPA @ Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Pameran ini telah diasakan oleh Wan Cheng Huat iaitu seorang yang mempunyai tangan kreatif dan juga semangat cinta akan negara dengan caranya tersendiri. Pameran ini dibahagikan kepada empat sektor utama yang mesti korang singgah disetiap sudutnya.

RASA MALAYSIA


Pertama sekali bila korang masuk melalui pintu utama korang akan diceritakan dengan koleksi pelbagai juadah dan makanan yang begitu popular di Malaysia. Korang tahu ke apa makanan yang menjadi identiti kepada pelbagai kaum yang ada di Malaysia ni. Kat sini korang dapat lihat Kacang Putih yang dibawa oleh penjaja India di Malaysia. Kemudian Dim Sum yang menjadi hidangan utama Cina Kantonis. Gerai Sate dan Kepak Ayam Bakar yang banyak diusakan oleh orang Melayu dan menjadi juadah kegemaran semua rakyat Malaysia.






Ada juga gerai kuih muih tradisional, gerai sarapan pagi yang banyak kita dapat lihat diserata Malaysia. Kat sini kita baru tahu sebab itu banyak pelancong luar menggelar Malaysia sebagai syurga makanan. Ada banyak lagi korang akan tengok hasil seni yang halus dan teliti dilakukan bagi memastikan setiap item terbentuk dan terletak pada tempat yang tepat dan betul.

MINI DI DALAM DINDING KACA


Bahagian kedua di sini pula membawa korang kepada konsep diorama-diorama di dalam akuarium atau dinding kaca. Diorama-diorama ini menggambarkan suasana-suasana berbeza; dari suasana kampung Melayu ke suasana bandar dan juga suaasana gua dan juga pengkalan jeti atas air. 






Maha sungguh kagum kerana semua ini direka mengikut ciri sebenar rakyat di Malaysia daripada warna, bentuk dan juga susun aturnya. Korang diberi peluang untuk tengok kadang-kadang ada budaya itu tidak lagi diamalkan di Malaysia. Seperti contoh tradisi Angkat Rumah. Orang dulu bila pindah tanah mereka akan bawa bukan sahaja barang dalam rumah tapi juga mengangkat rumah yang dibina atas tanah tersebut. Sebab itu rumah lama dulu dibina bertiang dan juga hanya dialaskan batu dibawahnya, menarik bukan.

RAKYAT MALAYSIA DALAM PAKAIAN TRADISI


Masa Maha datang hari tu bahagian ini masih belum siap lagi dan masih tidak dibuka lagi kepada tontonan pelawat. Kat sini mungkin nanti kita akan dapat lihat pelbagai pakaian tradisi Malaysia yang jarang dan mungkin pupus tidak lagi diamalkan oleh orang kita sekarang ini. Kita akan dapat lihat pakaian tradisi Melayu, Cina, India dan juga suku kaum di Sabah dan Sarawak. Nantikan part ini ok.

SENI BINA DAN BANGUNAN WARISAN MALAYSIA


Ini adalah bahagian paling besar dalam ruang pameran yang mengandungi lebih dariapda 100 bangunan. Inilah yang mempamerkan seni bina bangunan sejarah yang ada di Malaysia. Ada juga pembinaan bangunan moden yang juga menjadi ikonik kepada negara kita Malaysia. Bahagian pameran ini juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai mini yang bergerak dan juga virtual reality, augmented reality dan projection mapping yang menaikkan lagi keserian bangunan tersebut.




Kat sini korang boleh lihat bangunan lokasi sejarah negara kita iaitu Dataran Merdeka yang dibina sebijik seperti mana yang ada sekarang ini termasuk sekali bangunan disekelilingnya iaitu bangunan Sultan Abdul Samad. Selain itu juga ada banyak bangunan lain seperti Muzium Negara, Bangunan Central Market, Bangunan Masjid Jamek dan banyak lagi. Itu baru bahagian di Kuala Lumpur ada banyak lagi bulding lain dari serata negara yang dijadikan rekabentuk disini. 



Kalau korang rasa teruja untuk masuk ke MinNature Malaysia ini boleh datang kerana sekarang mereka tengah mengadakan 'Pre-Opening' promosi tiket yang bermula dari 29 Feb 2020 hingga 13 Mac 2020 ni. Harga tiket masuk promosi ini hanya RM15 untuk seorang dewasa dan RM10 seorang untuk kanak-kanak 4 hingga 12 tahun. Kalau yang bawah dari tu masuk adalah percuma. Kalau diikutkan harga asal masuk sini adalah RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Tapi peringatan untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang nak masuk sini ada beberapa peraturan yang telah ditetapkan. Selamat bercuti dan cuti sekolah akan tiba ni boleh bawa anak-anak ke sinikan.

Info lanjut boleh layari :
Tel: 6011-1009 9374 
Laman web: http://minnature.com 
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari pukul 10am to 10pm








15 ulasan:

  1. Cantiknya la hiasan mini sebegini. Dah la Sg Wang tu memang tumpuan pelancong maka sesuai la lokasinya di situ - mudah pelancong mengenali budaya kita kan

    BalasPadam
  2. Anak akak suka benda2 kecik ni. Kreatif sungguh dia ye?. Pameran ni menggamit memori dulu. Terutama kacang putih tu sebab pernah makan dengan kertas suratkhabar macam tu.

    BalasPadam
  3. Ya Allah cutenyaa...dua tiga kali Sis scroll nengok gambonya...cantik sangat, kreatif...tengok je dah tau simbolik apa kan...

    BalasPadam
  4. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    BalasPadam
  5. terima kasih atas info ni, comel pula tengok hasil tangan mereka ni, di samping dapat mempamerkan hasil seni, dapat juga mendidik masyarakat tentang agama dan budaya di malaysia

    BalasPadam
  6. Thanks for sharing! This makes me want to visit badly! My daughter sure loves it! She loves tiny stuff!

    BalasPadam
  7. Serious menarik !! Nak bawak la anak² datang sini masa cuti sekolah. Kita ambil peluang dan ruang nak suh dyorang kenal tentang seni..budaya dan banyak jugakla nak kena explain. Tak sabar nak dengar anak² bertanya itu ini..

    BalasPadam
  8. Auwww!!!!!!! So cool, lovely, and pretty. Also very educational. Good for kids field trip and a must for foreign tourist. Hehehe.

    BalasPadam
  9. Cantik2kan suka tengok..dan sgt kagum dengan hasil bina mini yg dihasilkan

    BalasPadam
  10. cantik nyer :)
    sgt suka aida peratikan setiap gambar Maha ni.
    unik. dibuat dgn sgt teliti. dari yg besar hingga yg tiny!
    terbaik ni.
    kalau tak pasal covid-19 ni, sure minggu depan da bwk anak2 tgk ni.
    lain dari yg lain, diorang mesti syok punyer lah.

    BalasPadam
  11. mesti kena mempunyai kesabaran yang tinggi nak buat hiasan mini tu.

    BalasPadam
  12. Ya allah so cute so pretty. Harga ticket pon murah je, kena pergi ni!

    BalasPadam
  13. Alahai so cute! Ni kalau bawak anak² kkta ni mau berejam depa dok belek² . Bagusnya inisiatif ni, menarik pelancong dan kenali budaya Malaysian secara tak langsung

    BalasPadam
  14. Wah comelnya! Dulu masa kecik memang minat benda2 mini ni. Bolehlah pergi nanti bwk family :)

    BalasPadam
  15. Kte memang teruja betul dengan hasil kerja diaorang ni. Halus je pastu memang cam sebijik sama dgn bentuk asal

    BalasPadam