Cyberjaya,

Pemandangan Indah Panorama Sekitar Cyberjaya Di Royale Palace Skyview

7:00 PG Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau orang buat acara seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, atau juga majlis pelancaran produk dan juga acara koporat mesti mencari dewan yang berada aras bawah. Itu boleh juga tapi cuma ia tidak memberikan panorama indah dari kawasan yang tinggi lah.

Tapi sekarang ini korang boleh buat semua majlis bermakna itu di sebuah dewan tingkat 10 dengan pemandangan menarik sekitar Cyberjaya. Kat mana tu? Ini lah tempatnya iaitu Royale Palace Skyview terletak di Skytech Tower 2 Cyberjaya. Korang boleh buat majlis dalam dewan atau juga outdoor kerana ia mempunyai kedua-dua ruangan tersebut.




Walaupun berapa pada kedudukan bangunan yang tinggi tapi tetap masih menarik cantik dan luas sehinggakan mampu memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu-satu masa. Korang tak perlu risau juga kerana kawasan ini ada banyak parking kenderaan yang disediakan daripada parking terbuka kepada kawasan parking bertingkat jadi masih mampu muat untuk semua tetamu yang datang menaiki kenderaan sendiri.



Dewan dilengkapi segala kemudahan yang ada seperti tandas, surau dan juga ruangan menunggu sangat sesuai untuk buat pelbagai acara. Dewan ini boleh berubah wajah mengikut citarasa anda yang mahukan ia menjadi seperti istana mewah atau taman penuh bunga-bunga. Kalau kat luar pula boleh buat tempat santai bersembang atau bersama kawan-kawan untuk tetamu yang suka pemadangan luas memukau. 




Royale Palace ditubuhkan pada tahun 2016 dan diuruskan oleh RSZ VENTURES SDN BHD. Kalau korang perasan ia ada satu lagi dewan di U6 Shah Alam dan kini menambahkan lagi ruangan bagi masyarakat di Cyberjaya, Putrajaya dan sekitarnya. Banyak lagi kemudahan yang boleh korang request yang mereka boleh sediakan di sini seperti :

1) Lighting System
2) Projector
3) Sound System For Band
4) Instant Photobooth
5) Oblong Table / Cake Table
6) Royal Palace Rostrum 
7) Red Carpet
8) Pentas Utama







Jadi sangat sesuai untuk sebarang majlis yang korang nak cari keselesaan dan juga kemewahan. Royale Palace Skyview kini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, 5 hari seminggu dari Selasa hingga Ahad. Namun tempat ini juga boleh disewa secara eksklusif pada waktu malam dan hujung minggu untuk sebarang aktiviti yang korang nak rancang. Mereka boleh sediakan khidmat rundingan sekiranya nak mengadakan majlis di sini dan membuka ruang untuk lawatan sebelum sesuatu acara di adakan.

Kalau nak maklumat lanjut boleh hubungi mereka di talian :
Tel : 019-3316728 (Rashman)
        016-4450538 (Pogy)
Alamat : Level 10, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone
               Jalan Teknorat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya Selangor








16 ulasan:

  1. lawa kann? Kte suka view kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann awak suka buat TikTok kat sini kan hehehehe kita suka juga tempat ni nice view..

      Padam
  2. cantiknya tempat ni.. nampak ekslusif bila event kat tempat bertingkek-tingkek ni.. hahah.. yg penting ada tempat cantik2 untuk bergambar kan..

    BalasPadam
  3. maha oh maha. tak boleh lupa tarian tiktok maha :) ha ha ha ha...
    tang garden tu nice. my feveret spot la kalau ke sana.
    ootd. borak.
    pengantin pun boleh bergambar dgn best di tempat ni. cantik. ekslusif in and out.

    BalasPadam
  4. cantik dewan Royale Palace ni. Memang best kalau jadi jemputan dekat sini boleh bergambar sakan sementara tunggu turn jumpa pengantin

    BalasPadam
  5. Wow nampak mewah dan ekslusif sangat! Memang sesuai untuk mereka yang tercari-cari lokasi untuk majlis bahagia. Nak tangkap gambar pun seronok untuk diabadikan sebagai kenangan

    BalasPadam
  6. Cantik betul la dekorasi dewan ni Maha. Boleh tengok permandangan dari atas pula tu. Ada fountain lagi kat luar. Tetamu mesti mengabadikan gambar kat dewan ni.

    BalasPadam
  7. Yeah! Looks like a good place for wedding. The food looks good too. Thank you for sharing your review.

    BalasPadam
  8. Indeed a wonderful place. Food looks good too. May be I should recommend my friend who just got proposed! Thanks for sharing!

    BalasPadam
  9. Bila dah dalam bangunan ni memang paling merisaukan adalah kawasan parkir. Bila parkir luas, ianya satu kelebihan. Suka tengok deko dewan dan makanan yang mashaAllah... nampak sedap sangat !

    BalasPadam
  10. Memang cantik view kat sini. Sesuai sangat nak buat majlis kahwin dan majlis korporat yang lain.

    BalasPadam
  11. cantiknya tempat ni wak. nnti kalau buat majlis kat sinimesti wow kan.

    BalasPadam
  12. Cantik tmpt ni dgn view yg menarik. Nanti leh le rekomen kat anak buah yg nak khawin..nk tunggu anak tak tahu lah bila

    BalasPadam
  13. Wah. Menarik kan lokasi nie. Kalau MM buat majlis kat sini jangan lupa jemput ye

    BalasPadam
  14. Wahhh memang cantik betul kalau jdikan dewan nie sebagai lokasi majlis. Best siap ada anjung yg superb cantik

    BalasPadam
  15. Kalaulah ada pakejnya di Johor, boleh juga Sis survey untuk majlis anak Sis tak lama lagi hehehe..cantik tempatnya..

    BalasPadam