Bufet Ramadan,
Sunway Putra Hotel Mempersembahkan 'Santapan Ramadan Serantau 2026'
Ramadan ini, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menjemput korang untuk menikmati kepelbagaian rasa Asia Tenggara menerusi Santapan Ramadan Serantau 2026. Sebuah bufet iftar istimewa yang menghimpunkan hidangan ikonik dari seluruh Rantau ASEAN di bawah satu bumbung.
Direka sebagai satu perayaan kulinari merentas sempadan, bufet ini menampilkan resipi warisan dan sajian kegemaran jalanan dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Singapura, Filipina, Myanmar, Brunei, Laos dan Timor Leste. Ia disediakan dengan teknik tradisional serta rempah ratus asli bagi mengekalkan keaslian rasa.
Korang boleh memulakan iftar dengan pilihan salad dan pembuka selera serantau seperti Kerabu Ayam Vietnam, Kerabu Daun Teh Burma, Som Tam Thai, Kilawin Filipina, Umai Udang serta Kerabu Kerang Hijau Pedas Asam Limau Bali, yang menawarkan rasa segar, m asam, pedas dan aromatik.
Antara tarikan utama bufet ini ialah barisan hidangan ikonik ASEAN seperti:
1. Kerabu Daun Teh Burma – salad tradisional Myanmar menggunakan daun teh yang diperam bersama kacang rangup, kacang tanah, bawang putih dan bijan
2. Nasi Briyani Bersama Kambing Panggang – nasi basmati berempah cara Malaysia, dimasak perlahan dan dihidangkan bersama kambing panggang lembut, raita serta pelengkap tradisional.
3. Lok Lak Daging Lembu Lada Hitam Kemboja – daging lembu lembut digoreng dengan sos lada hitam beraroma
4. Ketam Bercili Singapura Dengan Mantau – ketam cili manis pedas ikonik Singapura Bersama mantau goreng lembut
5. Ayam Katok Brunei – ayam goreng rangup disajikan dengan sambal pedas
6. Bebek Bertutu – itik berempah cara Bali yang dimasak perlahan
7. Sotong Pedas ala Thai Basil – sotong goreng bersama daun selasih Thai
8. Ph ở Daging Lembu Vietnam - sup mi beras klasik Vietnam dengan kuah tulang daging lembu yang direneh lama, dihidangkan bersama hirisan daging lembu lembut dan herba segar.
9. Ikan Bakar -Bakar Timor Leste – pelbagai jenis ikan diperap sos cili asam jawa Bersama sambal tradisional.
10. Laos Nam Wan – pencuci mulut tradisional Laos dengan mutiara sagu, jeli kelapa dan nangka dalam sirap santan
11. Maja Blanca (Puding Kelapa Filipina) – puding santan bertekstur lembut, dihiasi jagung manis atau kelapa bakar
Peminat makanan laut turut dapat menikmati dengan pilihan premium seperti Udang Kara Selipar masak Lemak Cili Api, Udang Harimau, pelbagai kerang segar, serta Kepala Ikan Salmon masak Kari Mamak Istimewa dari stesen ‘Chef’s Special Kawah'.
Bagi penggemar rasa tempatan yang padu, Sudut Rebus Asam Pedas dan Sup Tulang Berempah menyajikan kuah yang dimasak lama dengan rempah ratus mengimbau keenakan masakan rumah sepanjang Ramadan.
Hidangan pencuci mulut meneruskan tema ASEAN dengan sajian seperti Kek Lapis Indonesia, Kek Madu Vietnam, Puding Labu Kemboja, Maja Blanca, Red Ruby Thai, kuih-muih Melayu tradisional, serta sudut Ais Kacang & Cendol. Buah-buahan tropika segar, bubur manis dan biskut raya melengkapkan pengalaman manis yang menyelerakan.
Santapan Ramadan Serantau 2026 dirangka khas bagi meraikan semangat kebersamaan serta hubungan budaya Asia Tenggara, menjadikannya pilihan ideal untuk iftar keluarga, majlis korporat dan pertemuan bersama insan tersayang.
Tempoh Bufet: Jumaat, 20 Februari 2026 – Jumaat, 20 Mac 2026
Tempoh Tempahan Awal: 5 Februari – 25 Februari 2026
Harga Khas Tempahan Awal (Tempat Terhad): RM144.00 nett seorang dewasa
(Penebusan hanya dibenarkan pada minggu terpilih: 20 Februari – 1 Mac 2026 dan 16 Mac – 20 Mac 2026 sahaja)
Harga Biasa Bufet: RM169.00 nett seorang dewasa
(Tempoh makan: 2 – 15 Mac 2026)
Memperkenalkan Pakej Penginapan “Iftar & Indulgence Retreat”
Bagi melengkapkan pengalaman berbuka, Sunway Putra Hotel turut memperkenalkan pakej penginapan Ramadan eksklusif Iftar & Indulgence Retreat, khas untuk tetamu yang inginkan rehat dan keselesaan sepanjang bulan mulia.
Pakej 2 hari 1 malam ini termasuk:
• Penginapan satu malam bersama sahur untuk dua orang dewasa
• Bufet Ramadan Santapan Ramadan Serantau untuk dua orang dewasa
• Naik taraf percuma dari Bilik Superior ke Bilik Deluxe*
• Kanak-kanak yang menginap bersama menikmati harga jamuan mengikut kadar di Kopi Haus
Harga bermula dari RM608+ satu bilik semalam
Tempoh Tempahan: Bermula sekarang hingga 20 Mac 2026
Tempoh Penginapan: 20 Februari – 20 Mac 2026
Maklumat lanjut atau tempahan, layari https://www.sunwayhotels.com/sunway-putra, hubungi +603 4040 9888, WhatsApp +6019 305 2372 atau e-mel kepada spkl.ch@sunwayhotels.com.













0 Pandangan: