CTOS,

Lindungi Daripada Penipuan Dan Pencurian Identiti Dalam Talian Dengan CTOS SecureID

7:00 PG Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sejak dua menjak ini negara kita selalu dibanjiri dengan laporan di media kes penipuan dalam talian atau lebih dikenali scam. Kadang-kadang kita dah rasa maklumat kita dah selamat dan juga dilindungi namun semua itu menakutkan. Ada satu kes yang Maha baca, orang kena tipu sehingga berpuluh ribu ringgit duit haasil simpanan bertahun-tahun sangat sedih mendengarnya.

Selain daripada kita buat laporan pada pihak berkuasa jika terkena dengan semua ini, kita juga perlu ada pelindungan peringkat awal agar kita dapat bertindak sebelum terjebak. Sebab itu CTOS telah melancarkan CTOS SecureID iaitu khidmat pelindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti. Perkhidmatan pemantauan dark web ini adalah yang terulung seumpamanya yang dilancarkan oleh sebuah agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara. 
Y.Bhg Dato' Dr. Haji Amiruddin Bin Abdul WahabKetua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia

Hebat tak Maha wakakaka, bukan hebat mana pun semua ini Maha tahu masa pergi ke majlis pelancaran CTOS SecureID ini. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Dr. Haji Amiruddin bin Abdul Wahab iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia. Juga turut hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah Mr. Dennis Martin iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS. Kalau korang tahu program ini dibangunkan oleh CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) iaitu agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia tau. 
Mr. Dennis MartinKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS

Kalau korang melanggan khidmat ini korang akan dapat maklumat awal jika berlaku sebarang perubahan profil kredit korang seperti permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, prubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web. Semua ciri ini korang akan dapat kalau melanggan CTOS SecureID ini. 


Selain itu juga CTOS ini juga menyediakan pelindungan takaful sehingga RM20,000 untuk kerugian kewangan akibat daripada transaksi palsu dan macam-macam lagi. Jadi bukan sahaja memberi notifikasi awal malah memberi bantuan takaful selepas sahaja malapertaka belaku yang kita tidak ketahui. Khidmat takaful ini diuruskan oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad jadi ia dijamin.

Macam mana korang nak dapat semua program CTOS SecureID ini. Mudah sahaja korang hanya perlu muat turun di App Store atau Google Play dan daftar kemudian korang hanya perlu melangggan serendah RM9.90 sebulan sahaja atau RM99.00 untuk setahun perkhidmatan ini. Korang dah boleh dapat semua kemudahan yang disediakan oleh CTOS ini.


Hisyam Hamid, Kapten CTOS

Bagi melancarkan dan juga memberi penerangan lebih lanjut kepada semua pengguna di Malaysia mereka juga turut memperkenalkan Kapten CTOS. Siapa lagi kalau bukan pelakon drama dan filem hebat iaitu Hisyam Hamid dilantik menjadi Kapten CTOS. Kalau korang perasan iklan komersial yang ada Hisyam tu lah tugas beliau memberi galakkan kepad orang awam tentang kepentingan program ini. 

Selaku pelanggan CTOS SecureID korang akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pecegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun. Ini penting untuk korang memudahkan membuat pinjaman tak kisah lah pinjaman peribadi atau perumahan daripada pihak bank tau. Lepas ini korang boleh relax dan tidak perlu bimbang akan masalah scam atau pencurian identiti ni. 

Korang nak dapat info lanjut tentang program ini boleh layari https://www.ctoscredit.com.my.








14 ulasan:

  1. Zaman sekarang nie memang kena berjaga dari pelbagai arah - even online sekalipun agar kita tak menyesal di kemudian hari kan. TQ share info ini - memang sangat relevan di masa kini

    BalasPadam
  2. Zaman sekarang, duit sikit orang nak curi apatah lagi duit berkepok-kepok. Nak kena subscribe lah aplikasi ni. Sekrang buat pembayaran secara wave pun rasa sangsi.

    BalasPadam
  3. Nampak ctos ni rindu nak keje hehhe dulu antara keje i ialah check ctos hahahahah..tp betul la bagus utk perlindungan duit kte

    BalasPadam
  4. ehemmm, boleh la maha jadi penolong Kapten CTOS lepas ni..hihihi

    bagus jugak diorang bagi perlindungan takaful tu, sebelum-sebelum ni macam tak pernah dengar lagi orang buat takaful khas untuk kes fraud macam ni...

    BalasPadam
  5. Penah kena dlu skali cek nama suami sangkut tp da clearkan dgn bank negara. Mmg kite takde buat loan pon. Bahaya taw. Kalau kite tahu cek senangla trace. Bayangkan kalau tak tahu?

    BalasPadam
  6. Sebelum. I CTOS cek hutang je.. Sekarng ditambah dengan CTOS SecureId bagus sangat.. Memang kene langgan.. Takut la sekarang macam-macam boleh jadi

    BalasPadam
  7. kenapa plak baju hisyam hamid tu ala-ala harry potter? :) ha ha ha ha...
    aida x pernah la cek ctos. sebab yakin takde hutang yg over the limit.
    semua under control, maha.
    but... nak kena cek gak ekk. mana la tau kan ada hidden masalah.

    BalasPadam
  8. Perlu kena ada ni..sekarang nak menipu pelbagai caa dan gaya...contoh je kes ni haaa..orang dah CTOS nama pun orang boleh perbodohkan atau boleh di tipukan..bahayakan..harap ramailah ami kesedaran mengenai perlindungan ni..

    BalasPadam
  9. Good sharing! Bagus ada CTOS ni, untuk security kita sendiri sebab kita ni kan sentiasa online!

    BalasPadam
  10. ok juga ni, skrg ramai sangat scammers kan, mudah sangat data kita diambil. baguslah ada apps ni

    BalasPadam
  11. Wahh.. Ada Hisyam Hamid la. Suka tengok dia berlakon dalam cerita TQ Captian. Now dah jadi Kapten CTOS pulak. Sesuai la sebab dia pun memang segak bergaya.

    BalasPadam
  12. Menarik kan pakej baru ni. Lebih berbaloi dan lebih manfaat

    BalasPadam
  13. Bagus sangat ada Ctos ni. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan jenayah internet. Lagipun price dia sebulan ok juga. RM9.99...tak juga terlalu mahal.

    BalasPadam
  14. Jap nak check out the apps juga, jangan main main nowadays memang banyak kes scam

    BalasPadam