Buah-Buahan,

Sunquick Select Hasilkan Minuman Mocktail Dan Makanan Fantastik

7:00 PG Mahamahu 14 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa yang selalu mengikuti Facebook dan juga Instagram Mahamahu korang mesti perasan yang Maha ada post tentang produk keluaran terbaru dari Sunquick. Maha siap mencipta satu resipi khas yang diberi nama Sunquick Select Pink Guava & Strawberry Bingsu. Korang kena cuba resipi Maha tu ada share kat Instagram Mahamahu. Juga Maha telah anjurkan satu peraduan dan tahniah kepada pemenang rugi siapa yang tak join. 

Selalu kita tahu Sunquick ini perisa orange kerana hampir setiap rumah mesti ada perisa ini. Tambah pula bila tiba hari perayaan kebanyakan rumah mesti hidangkan minum perisa ini. Maha sendiri pun kat rumah mesti ada satu botol Sunquick senang untuk disediakan bila ada tetamu datang sahaja bancuh dengan air dah boleh terus minum. Sebab itu jenama ini menjadi begitu popular dan dekat dihati rakyat Malaysia. Namun kini Sunquick telah mengeluarkan perisa baru yang menggabungkan dua perisa Beri dalam satu rasa. 

Kalau korang masih ingat perisa apa yang terbaru Sunquick Select :-
- Sunquick Select PINK GUAVA & STRAWBERRY 
Sunquick Select  BLACKCURRANT 
Sunquick Select  MIXED BERRIES

Keistimewaan perisa baru Sunquick Select ini adalah ia menggunakan rasa buah sebenar dan juga tinggi dengan Vitamin C. Paling bagus ia tiada sebarang pewarna tambahan, pemanis tambahan dan juga perasa tambahan. Jadi ia memang pure rasa yang asli bila korang tuang sikit sahaja dengan nisbah 1: 9 iaitu nisbah 1 jus Sunquick Select dan juga 9 air kosong. Jadi korang boleh dapat banyak cawan dan lebih jimat. 




Pulak tu baru-baru ini bertempat di The Ruma Hotel & Residence pihak Sunquick telah mengadakan satu majlis makan malam bagi meraikan barisan pemenang peraduan yang dianjurkan boleh blogger dan KOL. Juga turut hadir pada malam itu adalah selebriti tanah air dan juga pihak media. Pada malam tu semua tetamu diraikan dengan koleksi terbaru Sunquick Select dimana ia digunakan dalam makanan utama dan juga minuman mocktail. 
Mixologist Raz Ng


Mocktail malam itu dihasilkan khusus oleh Mixologist wanita yang tidak asing lagi iaitu Raz Ng. Hanya menggunakan tiga perisa Sunquick Select yang Maha cerita tadi. Beliau menghidangkan kami dengan minuman yang diberi nama Pink Rush Mocktail. Dalam minuman ini menggunakan Sunquick Select Pink Guava & Strawberry Syrup, Orange Juice, Lemon Juice, Aquafaba dan Basil Springs. Sikit jer bahan sekali rasa terangkat giler.
Pink Rush Mocktail

Kemudian minuman kedua pada malam tu diberi nama XoX Mocktail yang menggunakan bahan seperti Sunquick Select Blackcurrant Syrup, Cinnamon Stick, Star Anise, Cloves dan juga Slice of Oranges. Minuman ini Maha paling suka memang sedap dan boleh lah cuba buat kat rumah Raya nanti hehehe sedap giler. Manakala minuman ketiga yang dihidangkan kepada kami pada malam tu adalah Berries First Crush Mocktail yang menggunakan Sunquick Select Mixed Berries syrup, Cranberry Juice, Lemon Juice, Ginger Puree dan juga Mint Springs
XoX Mocktail

Berries First Crush Mocktail

Selain daripada minuman kami juga dihidangkan dengan makanan hebat juga menggunakan produk Sunquick Select. Pertama sekali kami dihidangkan dengan Chicken Parfait, Strawberry-guava Reduction Sorrel, Savoury Crumble. Nama panjang tapi tengok sikit jer hidang dalam pinggan ni. Tapi ia lebih kepada pembuka selera dan sedap juga bila korang makan semua sekali serentak.
Chicken Parfait, Strawberry-guava Reduction Sorrel, Savoury Crumble

Lagi makanan lain yang dihidangkan kepada semua tetamu adalah Local Clams, Pickled Mussel, Prawn Seafood Dumpling, Fannel, Tomato Saffron Spiced Broth. Lagi ada Lemon Sorbet, kemudian Roasted Duck Breast, Black Currant, Choy Sum, Natural Reduction, dan juga pencuci mulut malam tu adalah Mixed Berries Panna Cotta, Coconut Sorbet, Raspberry and Mint. Semua hidangan utama ini disediakan oleh Chef Executive Chef Tyson
Local Clams, Pickled Mussel, Prawn Seafood Dumpling, Fannel, Tomato Saffron Spiced Broth

Roasted Duck Breast, Black Currant, Choy Sum, Natural Reduction

Lemon Sorbet

Mixed Berries Panna Cotta, Coconut Sorbet, Raspberry and Mint

Walaupun nampak simple tapi kreativiti dan juga rasa yang digarab dalam mocktail dan juga makanan kami malam tu membuatkan semua tetamu kekenyangan. Puas makan walaupun sampai lewat malam. Malam tu juga kami dihiburkan dengan persembahan daripada Andrew Lee siapa tak kenal ahli silap mata yang popular pernah menyertai program Britain's Got Talent dan Asia Got Talent


Andrew Lee, Magician

Selain itu juga ada persembahan nyanyian daripada Fara Dolhadi dan juga pemainan violin Dennis Lau. Malam itu mereka mempersembahkan lagu program CSR Sunquick yang bertajuk Esok. Dah lah kenyang lepas tu pulak didendangkan dengan persembahan yang mendayu-dayu membuatkan rasa nak tidur jer lepas kekenyangan.  
Fara Dolhadi dan Dennis Lau

Soren Ravn, Naib Presiden Eksekutif Asia


Apa pun terima kasih Maha ucapkan kepada Sunquick kerana menjemput kami datang program seperti ini dan dihidangkan dengan makanan yang enak-enak. Juga tahniah Maha ucapkan kepada pemenang peraduan yang Maha buat iaitu Kak Nani atau IG beliau @Karyajiwa_bynsz. Memang seronok malam tu lah. Korang kalau nak dapatkan perisa baru Sunquick ni boleh dapatkan di pasaraya AEON dan juga AEON BiG

Info lajut produk Sunquick boleh layari :
Laman web : www.sunquick.com.my








14 ulasan:

  1. Pertamanya macam biasa, lawa gile gambo ko Maha oii..suka Sis..
    Keduanya sunqouick ni memang minuman perisa kegemaran Sis..tu ada 2 botol kat rumah tu..suka yang anggur tu..
    Ketiganya...tak tau pulak boleh di buat bahan masakan ek..yang tau sunquick oren tu masuk dalam nasi minyak bagi melembutklan nasi..tu jer, lain tak tau...

    BalasPadam
  2. Tak tau kenapa bila tgk sunquick teringat kek oren guna sunquick. Deboom kata nyaaa

    BalasPadam
  3. sunquick is all time feveret, kan, Maha.
    zaman aida kecik dulu, ni lah jus kesukaan ramai. until now wajib ada kat rumah mak.
    mak aida tak nak yg lain.
    dia nak sunquick oren gak. ni yg baru, boleh kot nanti bwk balik rumah mak.
    cuba perisa 2020.

    BalasPadam
  4. Wow...Sunquick dah ada perisa baru. Maha siap buat resepi pula tu.

    BalasPadam
  5. Tak sabar nak rasa perisa baru. Nanti nak cari la. BTW, thanks for sharing Maha 🙆

    BalasPadam
  6. Selama ini kak memang beli Sunquick pun petisa oren je. Blm pernah try perisa baru ni lagi... nak try juga la yg perisa guava strawberi tu... lain x minat..

    BalasPadam
  7. Kat umah sis ni pun ada je sunquik dlm kabinet dapur ni, minuman lain ada tapi sunquick still tak leh tinggal. Nanti nak cuba gak le perisa lelain

    BalasPadam
  8. Ingat dulu masa Raya je Mak mesti beli Sunquick. Sekarang lama dah tak minum. Tak sangka versatile boleh buat macam macam selain minum.

    BalasPadam
  9. Baru tau wujudnya sun quick select ni. Tak pernah tau. Kalau ada kat speedmart ni nak cuba la. Mana tau sedap.

    BalasPadam
  10. sanquick ni memang wajib ada kat rumah, senang kalu tetamu datang terus boleh bancuh hidang. baru seronok nak bersembang kan. time raya ni la minuman paling popular jirang hidang

    BalasPadam
  11. Kagum betul la orang yang boleh reka air lain guna Sunquick ni. Kalau saya memang letak air, gula, sunquick dengan ais. Dah cukup. Tak terfikir nak tambah bahan lain huhuh

    BalasPadam
  12. Memang rugi tak join. Sedap-sedap makanan dia. Ok lah mext time Qiss join. Jangan lupa pilih sebagai pemenang..hee hee. Mesti seronok masa event tu kan.

    BalasPadam
  13. Macam-macam sekarang sunquick boleh buat..perghh..kreatif sungguh..yang lamb tu denagn kuah blackcurrant ye..

    BalasPadam
  14. Tak tau pulak ada perisa baru! Dekat rumah memang ada perisa yg biasa je , perisa oren. Lepas ni bolehlah beli yg perisa baru tu :)

    BalasPadam