Chines New Year,

Sambut Tahun Baru Cina Raikan Dengan FORTUNE FEST Di Tony Roma's

Rabu, Januari 08, 2020 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Welcome Back itu yang paling sesuai untuk dilafazkan bila setiap tahun kita di Malaysia akan menunggu masa untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Itu lah bestnya jadi rakyat Malaysia kerana semua perayaan kita raikan dengan aman dan makmur. 

Kalau tahun baru ini memang akan meriah dengan makanan yang sedap-sedap belaka. Tapi masalahnya nak makan kat mana pulak untuk tahun baru ini. Jangan gusar kerana kat Tony Roma's membawa kembali menu perayaan FORTUNE FEST. Tak sah meraikan tahun baru tanpa Yee Sang kat Malaysia ini, begitu juga di Tony Roma's. Kali ini mereka memperkenalkan dua variasi Ong Lai Salad atau Yee Sang.
Fortune Salad with Grilled Salmon and Crispy Salmon Skin (RM58.88 nett)

Dua Yee Sang diberi nama Ong Lai Salad with Crispy Salmon Skin dan juga Fortune Salad with Grilled Salmon and Crispy Salmon Skin. Kali ini mereka mengutamakan makanan sihat bersama dengan ikan Salmon dan juga kulit ikan Salmon. Dalam Yee Sang ini mengandungi ramuan khas seperti radish segar, zucchini, nanas, lobak merah, kubis merah, kapsul merah, walnut, fried won tan strips, crumbs dan Salmon Skin yang rangup. 
Ong Lai Salad with Crispy Salmon Skin (RM38.88 nett)

Yang membezakan dua set ini adalah satu tu hanya ada kulit Salmon rangup sahaja dan satu lagi ada kulit Salmon rangup bersama isi Salmon panggang. Dalam setiap gigitan, kita akan dapat merasai kesegaran salad dan kulit salmon yang rangup sempurna bergabung dalam mulut. Tapi sebelum makan tu kita kena gaul Yee Sang ni menurut adat orang Cina makin tinggi kita menggaul Yee Sang ini makin cepat hasrat dan hajat kita tercapai.
Fortune Dip (RM28.88 nett)

Tak kan makan Yee Sang sahaja kan, kat Tony Roma's juga menyediakan menu yang wajib di sini tapi diolah menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Di antara yang korang kena cuba kat sini macam Maha makan ni iaitu Fortune Dip, Trio Happiness, Reunion Meal dan Short Ribs with Honey Plum Sauce
Short Ribs with Honey Plum Sauce (RM98.99 nett)

Kalau korang tanya yang mana Maha paling suka mestilah Short Ribs with Honey Plum Sauce iaitu tulang rusuk pendek yang berair meleleh di dalam bumbu yang manis dan masam. Kalau korang potong daging tu sangat lembut dan masuk dalam mulut hancur senang untuk dikunyah. Hidangan ini juga disajikan dengan Kentang Mashed, Sayuran Panggang dan Toast Perancis.
Trio Happiness (RM68.88 nett)

Pada yang suka ayam korang kena cuba Trio Happiness iaitu kepak ayam yang digoreng rangup dan juga disalut dengan tiga rasa sos istimewa. Satu tu rasa Red Hot Buffalo Wings, yang kedua rasa Salted Egg Chicken Wings dan yang ketiga rasa Flaming Spicy Chicken Wings. Nampak macam pedas tapi tak pun sesuai untuk semua peringkat usia.
Reunion Meal (RM138.88 nett)

Reunion Meal pun menarik juga untuk korang try dalam promo kali ini. Ia menggabungkan tiga kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa pada satu pinggan yang sesuai untuk perkongsian. Korang akan dapat merasai daging berjus Flame Grilled Lamb Ribs, separuh daging BBQ Ayam dan separuh pedas yang pedas serta Signature Kickin’ Shrimp. Boleh makan untuk dalam empat orang memang sesuai sangat. 

Akhir sekali masa untuk mencuci perut yang penuh dan kenyang dengan mana-mana tiga pilihan minuman menyegarkan iaitu Cranberry Colada, Golden Angpow dan Nanas Ong Lai. Harga RM20.88 masing-masing, manis dan masam minuman pelengkap dan keseimbangan antara satu sama lain, dan hanya sesuai untuk sebarang majlis.


Fortune Fest ini akan berada disemua cawangan Tony Roma's seluruh Malaysia bermula dari 2 Jan 2020 hingga 1 Mac 2020 bagi meraikan bulan Tahun Baru Cina ini. Jadi korang boleh ambil masa untuk datang dan nikmati semua hidangan yang Maha dah sebutkan tadi. Baru meriah tahun baru kali ini makan bersama orang tersayang di Tony Roma's. Selamat menjamu selera semua.

Maklumat lanjut promosi dan juga juadah enak di Tony Roma's boleh layari :
Laman web : www.tonyromas.com.my






13 ulasan:

  1. fuh.. memang menyelerakan semuanya tu bro..

    BalasPadam
  2. Waa nampak sedap betul semua menu2 yang ada untuk Tahun Baru Cina nii 😁

    BalasPadam
  3. Alaaaaa baru makan haritu .... nak kena tunggu nect bajet. Tp mesti rasa lain kan sbb byk style chinese Pulak ni

    BalasPadam
  4. nampak sedap semuanya tu..rasa salmon crispy wah mesti sedap. mengancam tgk short ribs tu,..yummy

    BalasPadam
  5. Untunglah sana-sini orang ajak Yee Sang ye. Baru sis tahu Ong Lai Salad tu merujuk kepada Yee Sang. Ada pulak kulit ikan Salmon memang bila makan akan "fortune" ni. Jom repeat, sis nak juga menggaul Yee Sang setinggi hasrat!

    BalasPadam
  6. Kat Tony Roma pun boleh Loh Sang jugak? Menarik betul ni! Boleh try ni.

    BalasPadam
  7. Menariknya menu dia. Tapi sekali tengok kalau dapat makan reunion meal tu pun sedap juga. Even simple tp nampak menarik gila

    BalasPadam
  8. tak sabar nak tunggu tahun baru cina dapat banyak buah mandarin free hahaha tona romas ni nampak macam menarik ye boleh ajak kawan chinese nanti hehe

    BalasPadam
  9. Trio Happiness tu nampak macam best je. Ada 3 perisa lah kan kiranya. Menarik. Yee Sang dia pun not bad.

    BalasPadam
  10. Sedapnya menu2 dia.. Belanja akak maha... Aduhhh ribs tuuuuu.. Kempunan Ya Allahhh...

    BalasPadam
  11. Tak tau tony romas pun ada menu2 ni. Nampak sedap2 belaka. Harga pun berpatutan! :)

    BalasPadam
  12. Kalaulah tony romas ni ada kat johor sini sedapnya leh makan ong lai salmon skin tu.. Teringin nak merasa. Sedap2 x semua? Tgk menyeakan.

    BalasPadam
  13. Sedapnya. Tony romas ni selalu je ada promo untuk musim perayaan. Tengok la lepas raya cina ni ke kalau ada rezeki nak makan kat tony romas.

    BalasPadam