Food Review,

Merasai Keaslian Masakan Dari India Utara Di Restoran Jewel In The Crown

Sabtu, Januari 18, 2020 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jarang-jarang sebenarnya Maha dapat menikmati hidangan masakan asli dari negara India. Bukan sebab tak suka tapi kerana kat Malaysia pun ada banyak restoran masakan India. Tapi kali ini bukan biashe-biashe punya makanan tau. Di bawakan khas asli daripada Utara India kerana tukang masak di restoran ini pun dari sana.

Restoran yang Maha maksudkan adalah Jewel In The Crown nama pun dah grand. Restoran ini terletak di tingkat 1, Menara MBF, Jalan Sultan Ismail. Tak tahu pula kat situ ada restoran yang menarik macam ini. Ingat kat situ banyak pejabat-pejabat jer. Hari tu Maha pergi bersama kawan-kawan blogger yang lain sebab hari minggu jadi gather lah sekali-sekala tiberrr..




Mula-mula menjejakkan kaki dalam restoran ini memang rasa seperti berada di negara India. Ini kerana dekorasi dan juga hiasa yang ada dalam restoran ini membawa kita dalam suasana asal. Di mewahkan lagi dengan lampu candelier kat tengah-tengah restoran ini rasa macam berada di dalam istana. Disatu sudut lain pula dipenuhi dengan wallpaper sebuah bagunan klasik yang beratus tahun melempiaskan pandangan 3D yang nyata. Itulah pot paling menarik nak bergambar kalau datang sini boleh buat photo booth kat situ hehehe.


Maha nak cerita pula pasal makanan kat sini. Di sini mereka ada sediakan makan berkonsepkan bufet atau juga ala-carter. Masa kami datang tu dihidangkan dengan menu ala-carter bermula daripada pembuka selera. Orang India memang wajib kot dalam setiap hidangan mereka mesti ada bawang dan juga rempah ratus yang banyak. Macam pembuka selera ini iaitu Chicken Tikka, Fish Tikka dan Panner Tikka. Tikka atau orang India sebut 'Teeka' bermaksud sekeping daging atau ayam atau ikan yang dipotong kecil.
Chicken Tikka

Panner Tikka

Fish Tikka 

Setiap gigitan tu korang dapat rasa semua rempah yang serap dengan sempurna dan juga lembut sangat. Macam ayam atau 'Panner' iaitu keju hancur bila masuk dalam mulut apabila dikunyah sangat sempurna. Masakan India ni ada sedikit pengaruh dari Timur Tengah kerana kedudukan geografi yang berhampiran kot. Sebab itu ada menu kebab yang korang kena cuba di sini seperti Mutton Sheekh Kebab dan juga Hera Bhara Kebab.
Hera Bhara Kebab

Maha kalau dapat makan daging memang menjadi kegemaran lah tak kira masak apa pun kan hehehe. Lepas tu barulah kami dihidangkan dengan menu utama yang ada nasi, kuah dan sayur-sayuran. Antara yang telah dijamukan kepada kami hari tu iaitu Chicken Biryani yang dimakan bersama dengan Chicken With Curry Leaves, Fish With Coconut Gravy, Mutton Rogan Gosh dan Mixed Vegetable.
Chicken Biryani


Korang boleh tengok masakan India juga mesti tak lari dengan kari. Tapi setiap kari tu rasa berlainan mungkin ada herba yang berbeza walaupun base sama. Tu kena menuntut lagi lah sebab kebanyakkan kari mereka tidak menggunakan santan macam kita. Mereka menggunakan krim atau juga yogurt. Memang kena sangat bila dah makan nasi briyani tu dengan kuah-kuah yang ada.
Chicken With Curry Leaves

Fish With Coconut Gravy

Mutton Rogan Gosh

Tak sah kunjungan korang ke sini jika tidak mencuba makanan paling popular dari India iaitu Garlic Naan. Di makan pula bersama dengan Dal Tadka yang dihidangkan dalam baldi kecik ni wakakaka comel gilerrr. Bagi Maha roti Naan ini sangat superb boleh makan berkeping-keping sebab rasa bawang putih bersama dengan daun ketumbar. Roti mereka sangat garing dan rangup kena makan panas-panas cicah dengan Dal tadi terangkat.
Garlic Naan

Dal Tadka

Roti tu Maha boleh habiskan seorang jer. Tapi sebab dah kenyang sangat hari tu terlalu banyak hidangan nasib dapat juga menghabiskan semua juadah yang dihidangkan. Last sekali kena cuba mereka punya pencuci mulut yang iaitu Gulab Jamun. Ia bukan pencuci mulut yang manis sangat just nice juga rasa seperti macam puding roti tapi ia adalah keju dari pepejal susu. Belajar sikit lah pasal masakan India ini.
Gulab Jamun


Selain daripada makan-makan kat restoran ini mereka juga mengalukan mana-mana sahaja badan koporat, individu, NGO atau kerajaan untuk menganjutkan sebarang program di sini seperti majlis koporat, majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, persidangan, reunion dan macam-macam lagi. Ini kerana ruang restoran ini sangat luas yang mampu untuk memuatkan sehingga 250 orang. Pulak tu siap ada pentas utama disediakan diruang depan restoran ini. Kemudahan-kemudahan lain juga disediakan seperti surau, tandas dan juga parking. 



Kalau korang buat majlis boleh pilih untuk buat secara bufet atau makan hidang semua meraka boleh sediakan. Bagi Maha ini satu pengalaman makan di sebuah restoran yang betul-betul Indian. Rasa nak cuba makanan kat sini boleh lah datang kerana ia buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Boleh datang untuk makan tengahari atau makan malam, apa salahnya sekali sekala mencuba makanan asli India asyik makan kat mamak jer. Nanti dah cuba korang boleh tinggal komen kat sini ok. Selamat menjamu selera semua. 

Tempahan dan juga pertanyaan lanjut boleh layari :
Tel : 03 2181 4900 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





8 ulasan:

  1. The whole aesthetic of the restaurant is pleasing! From the food display to the interior design 😻 surely the food tastes good too!

    BalasPadam
  2. Kenapakah MM tak ajak Rawlins makan sekali? Nampak menyelerakan dan mengiurkan la juadah dia. Dah la deko dia nampak mewah

    BalasPadam
  3. Garlic naan tu nmpak mcm sedap sangat hehe.. Dia ada rasa pedas2 ke? Memang susah nak cari restoran asli india

    BalasPadam
  4. Selain makanan nya nampak sangat sedap.. saya tertarik dengan hiasan rekabentuk di sana.. untung dpt makan dari tukang masak original dari sana..

    BalasPadam
  5. Lama tak mkn indian foods.. last sekali thun 2018 kot.. suka indian foods sebab spicy dan kena dgn tekak sgt.. tgk chicken tikka tu dah terliur

    BalasPadam
  6. Uiksss sedapnya wakkk..tgk awak makan makanan india ni sampai kte igt awak pun india td tau haha..gurau je wak! Btw kte mmg suka indian food tg ori ni tau

    BalasPadam
  7. Nampak mcm have2 lah tempat dia Maha. Teringin tahu range harga makanan kat situ. 3.5/5 tu maksudnya harga dia mcm mna ? Mahal k or standard ?

    BalasPadam
  8. yuk di baca artikel berikut ini , sapa tau membantu
    PAKET DATA GRATIS

    BalasPadam