Bakery,

Barcook Bakery Bukan Sahaja Ada Roti Malah Lebih Daripada Itu

7:00 PG Mahamahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha memang bab kalau nak buat pastry atau roti ni memang tidak menjadi lah kalau bakar tu keras membatu. Bukan sebab apa nak menguli tu tak pandai langsung pastu nak pastinya timing yang tepat untuk masukkan setiap bahan. Jadi nak senang Maha memang pergi beli sahaja kat kedai dah pasti sedap dan juga kena dengan selera.

Kedai bakeri yang Maha selalu pergi kalau untuk dapatkan stock roti mestilah di Barcook Bakery. Kedai ini ada 3 cawangan kat KL ini iaitu di The Garden Midvalley, The Sphere Bangsar South dan terbaru di IOI Mall Puchong. Menarik kat sini roti mereka dihasilkan sendiri setiap hari dan dibakar di restoran tu untuk mengekalkan kesegaran dan juga kualitinya.




Dalam banyak-banyak roti yang paling Maha gemar kat sini adalah roti Salted Egg. Ada dua jenis ni nama pun tak ingat hehehe tapi terbaik gilerrr sedap. Boleh rasa telur masin yang cair dan juga ada yang mustard. Roti sangat lembut bila makan begitu sahaja atau boleh celup dalam minuman macam yang Maha suka buat hehehehe.
Salted Egg

Raisin Cream

Roti lain yang juga diminati ramai kat sini seperti Raisin Cream yang menjadi signeture kat sini, juga ada Pumpkin Walnut, Mixberry Cheese, Mushroom Bun dan banyak lagi. Bukan yang lain tu tak sedap tapi yang ni menjadi pilihan dan top sale kat sini selalu kalau lambat akan habis cepat. Sebab mereka hanya buat segar dan bakar bila bekalan habis sahaja. 
Mixberry Cheese

Mushroom Bun

Pumpkin Walnut

Seperti yang Maha bagi tahu Barcook Bakery ini bukan sahaja ada jual roti tapi juga beberapa menu menarik yang diimprovisasikan. Tetapi menggunakan roti juga sebagai bahan utamanya. Macam yang ada kat sini iaitu promo menu seperti Mini Wholemeal Scarambled Egg, Mayo Tuna Croissant, Mushroom Croissant, Fried Chicken Burger dan Fish Fillet Burger. Semua ini menggunakan roti yang mereka hasilkan diubah menjadi satu yang baru dan lebih menarik untuk dinikmati bagi mereka yang dalam diet.
Mini Wholemeal Scrambled Egg (RM10.00)

Fish Fillet Burger (RM15.00)

Fried Chicken Burger (RM15.00) 

Mushroom Croissant (RM14.00)

Mayo Tuna Croissant (RM13.00)

Paling Maha suka mestilah Chicken Burger dan Mushroom Croissant. Saiz cukup lah untuk makan seorang walaupun yang mini tu mereka memang kasi dua tau. Set untuk promo ini akan datang bersama dengan Iced Lemon Tea dan juga French Fries. Jadi boleh kenyang lah kalau makan melimpah tu tengok sos dalamnya.
Tomato Vegetable Spaghetti (RM15.00)

 Carbonara Spaghetti (RM15.00)


Selain daripada menu ini ada juga dua lagi set spaghetti dalam set promo ini iaitu Tomato Vegetable Spaghetti dan Carbonara Spaghetti. Korang kena makan panas-panas memang sangat sedap dan dapat rasa krim dan juga kelembutan dalam menu ini. Boleh makan untuk tengahari mahupun makan malam juga kan. Set Spaghetti ini juga datang dengan Iced Lemon Tea jadi lengkap tak perlu order lain dalam satu harga.




Banyak lagi pastri yang ada jual kat sini seperti kek untuk perkahwinan atau harijadi. Semua mereka hasilkan di kedai ini. Sebab itu Maha suka datang makan sini boleh beli untuk makan di restoran kerana mereka ada sediakan meja dan kerusi dengan suasana yang selesa dan nyaman. Serta juga nak bungkus bawa balik pun boleh. Tapi selalu roti elok makan time panas-panas lagi beru sedap betul tak.


Kalau makan mesti nak kena ada minuman sini pun mereka ada sediakan beberapa jenis minuman seperti kopi, teh atau juga chocolate. Kedai roti ni buka setiap hari seperti bukanya mall dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. So siapa yang office dekat-dekat untung lah boleh singgah grab roti yang menarik kat sini. 

Sebarang promosi lain dan info lanjut boleh layari :







16 ulasan:

  1. Eh! Agak biadap ye gambar2 ni buat i terliur di pagi hari. Nak gi jugak la kat sini sebab i mmg sejenis gila makan roti n pastry hahaha

    BalasPadam
  2. memang bestlah tempat ni.. kalau saya dan wife ni.. pasti kami test juga semua makanannya.. saya tertarik juga dengan air minumannya.. macam sedap pekat..

    BalasPadam
  3. Looks yum! Thanks for sharing this post! Will visit this with my friends for Christmas gathering!

    BalasPadam
  4. Wahh macam biasalah. Gambar2 makanan abang Maha selalu buat kita lapar balik tau. Haha. Tengok harga dia pun berbaloi juga tu. Boleh lah nanti nak cuba ke sini juga. 😃

    BalasPadam
  5. Banyak makanan ya.. Larat habiskan ka? haha. Semoga ia memberi keasyikan kepada mereka yang minati makanan seperti ini. hehe

    BalasPadam
  6. Fuhhh ...mengancam betul roti tu dah la my favorite . Semua nampak menarik dan harga pun berbaloi ! Terus rasa lapar pepetang ni...waduhhhh

    BalasPadam
  7. Wah sedapnya roti! First time dengar nama bakery ni. OKay, nanti nak terjah and lepak2 kt bakery ni lah. thanks share ya maha :)

    BalasPadam
  8. Heyyy semua dekat dengan umah kita. Banyak2 tu habis ke? Tak tau nak roger kita kan. Sekarang bnyk betul perisa salted egg. Apa lah rasanya tu ek? Harus kita cuba nanti.

    BalasPadam
  9. Macam-macam jenis roti ada dekat sini..Nampak lembut je semua dan sedap..petang-petang layan ni sedap ni..ehehe..perisa salted egg pun ada..ada kek juga..kene pergi ni

    BalasPadam
  10. Bestnya kalau ada orang ajak makan sekali kat sini. Minum petang ke kan. Dah la lama tak jumpa dia, semenjak dia meletups nie.

    BalasPadam
  11. Adoi. Tengok roti pagi-pagi ni jadi lapar pulak. Qiss pernah makan spaghetti dia memang sedap. Selalunya Qiss pergi outlet ioi mall puchong je. Kek belum cuba lagi. Nanti nak cuba lah.

    BalasPadam
  12. Eh taktau pulak barcook ni halal rupanya. Best best semua nampak tempting habisss. Teringin nak try, ni dah tau menu etc nanti bila pegi blh la masuk hehe

    BalasPadam
  13. SUsah nak makan roti time panas-panas kecuali kalau buat sendiri. Tapi tu la, kite ni sejenis tak reti buat roti. Kalau beli tu pandai la. Hope kat Barcook ni dapat la makan roti panas-panas ^_^

    BalasPadam
  14. Sedapnya makanan kat sini. Bila nak bw aku makan kat sininmaha. Aku kan pen tag namamu yg tegar hahahahhahahahah

    BalasPadam
  15. Makkk aihh. Roti dia macam-macam. Bestnye roti-roti dia. Perut kelaparan malam ni

    BalasPadam
  16. saya suka pastri camni. memang rindu la kalau time2 buat diet kan, x leh makan benda2 ni. sekali sekala bolehlah nanti saya pi

    BalasPadam