Hadiah,

Tahniah Kepada Pemenang Hadiah Utama Kereta Proton X70 Dari LuLu Hypermarket

7:00 PG Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebab utama kenapa Maha suka shopping kat LuLu Hypermarket bukan sahaja kerana harganya yang murah tetapi juga boleh menang hadiah-hadiah hebat. Ini kerana LuLu yang telah menapak di Malaysia sejak 2016 telah menganjurkan peraduan dengan hadiah-hadiah hebat. Tahun ini adalah peraduan kali kedua anjuran mereka.

Kalau korang yang biasa pergi beli belah kat LuLu Hypermarket di Munshi Abdullah atau juga kat cawangan 1Shamelin Mall akan tahu tentang peraduan Dream & Drive Shop & Win yang telah bermula sejak 1 Mei hingga 1 September 2019 yang lalu. Korang yang membeli lebih dari RM50 barangan di kedua-dua cawangan LuLu dalam satu resti layak untuk menyertai peraduan ini. Untungkan shopping dan menang hadiah siapa nak kasi. 
Ucapan daripada Mr Asif, Regional director of LuLu

Supermodel dan Pengacara TV Amber Chia

Baru-baru ini bertarikh 28 September 2019 bertempat di LuLu Hypermarket 1Shamelin Mall telah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang bertuah. Mereka telah mengadakan dua kali cabutan untuk peraduan kali ini iaitu pada tarikh 5 Julai dan 6 September 2019. Hadiah yang ditawarkan tahun ini lebih hebat dan memang sangat besar. 



Mana tidaknya Hadiah Utama sahaja 2 buah Kereta Proton X70 dan juga 6 biji Apple iPhone 7Plus  serta 6 biji TV 49" UHD jenama Toshiba. Tak habis kat situ 100 orang pemenang lain pula memenangi hadiah baucer bernilai RM100 daripada LuLu Hypermarket. Majlis penyerahan hadiah yang diadakan pada hari tu sangat meriah kerana bukan sahaja pemenang dan ahli keluarga yang hadir tapi juga Supermodel dan Pengacara TV Amber Chia turut memeriahkan majlis.

Di sini Maha senaraikan nama pemenang bertuah kali ini memang nasib mereka untung sangat. 


Pemenang hadiah utama Kereta Proton X70 
1) Khairul Hilmi 
2) Roslee Bin Misman

Pemenang hadiah Apple iPhone 7Plus
1) Faizan Farooq Siddiqui
2) Rana
3) Ho Foong Lian
4) Nur Syazwani Afiqah Bt Mohd Nazri
5) Soh Bau Lai
6) Kelly Lim

Pemenang hadiah TV 49" jenama Toshiba
1) Nur Adawiyah Bt Mohd Nasir
2) Sipinapa
3) Saw Wan Ying
4) Surina Yeo
5) En Yahya
6) Anoj Joseph

Semua pemenang sangat gembira pada hari tu terselah diraut wajah mereka selepas disampaikan hadiah. Selain itu juga semua tetamu kehormat dan juga hadirin dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional berbilang bangsa di Malaysia. Juga ada persembahan Silap Mata yang sangat menghiburkan. Tahniah sekali lagi Maha ucapkan kepada semua pemenang. Insha Allah tahun depan mereka akan buat lagi dengan hadiah yang lebih hebat dengar cerita. Sama-sama kita tunggu ok. 


LuLu juga bakal mengembangkan lagi cawangan mereka di beberapa lokasi baru seperti Setia City Mall, Bangi Gateway Bachang Melaka dan juga Johor Bahru dalam awal dan petengahan tahun depan. Best lah lagi dekat nak shopping kat LuLu tuk dapatkan harga murah mereka. Selamat membeli-belah semua.

Promosi dan juga harga runtuh layari :







13 ulasan:

  1. Best nya the lucky winners won themselves an X70 Proton Car, Apple iPhone 7Plus & 49 "TV brand Toshiba. Totally generous of them & can't wait for the next coming contest - maybe I can try my luck too!

    BalasPadam
  2. Bestnya pemenang nie semua. Especially yang menang X70 tu. Harapnya Lulu buat contest lagi and Rawlins menang - amin.

    BalasPadam
  3. wowww!! serius laaa menang keretaaa!!! kalau nisa lah kan, tak menang kereta takpe.. asal dapat TV! hahah sebab sekarang memang tengah target nak beli TV punn hehehe

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada semua pemenang, semoga guna kenderaan itu untuk kebaikan hehe

    BalasPadam
  5. Wahhh akan dibuka di JB ye. Tak sabar nak terjah. Hadiah semua best2. Tahniah kepada mereka yang bertuah. Kereta tu memang best sangat2 👍. Sape tak teruja.

    BalasPadam
  6. Terbaiklah Lulu Hypermarkets. Alhamdulillah. Tahniah buat semua pemenang. Rezeki tu dapat kereta, phone, tv, voucher.

    BalasPadam
  7. Wah lulu hypermarket bg kereta! Tahniah kepada pemenang. Bestnye menang kereta.

    BalasPadam
  8. Bestnya dapat hadiah kereta! Tak perlu risau dah nak beli kereta. Hadiah2 lain pun lumayan. Tahniah ya kepada pemenang. Memang bertuah mereka2 ni.

    BalasPadam
  9. Untung le yg dpt keta tu..bertuah sungguh. Sis ada dengar live kat fb masa diorg buat cabutan tu..mana lah tau nama sis naik..tapi hampa..huhuhu

    BalasPadam
  10. Bestnye..shopping pun boleh menang kereta..tahniah pada semua pemenang..harap lulu hypermarket boleh buat contest lg untuk next branch..

    BalasPadam
  11. Lucky!! How I wish I can be one of the winners!

    BalasPadam
  12. Tahniah untuk semua pemenang... alhamdulillah ya... bertuah sungguh... ni first time sebenarnya saya dengan tentang Lulu Hypermarket ni... lain kali kalau ke area sana bolehlah singgah...

    BalasPadam
  13. Untung merekaygmng contest ni. Berbelanja barang rumah siapa sangka boleh menang kereta

    BalasPadam