Central i-City,

Street Thai Food di Chapayom @ Central i-City Shah Alam

7:00 PG Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini suka makan makanan jalanan kalau melancong ke Thailand. Ala macam Pulut Mangga, Somtam, Thai Tea, atau juga macam celup-celup yang menggunakan kuah Tomyam. Ramai yang suka mesti akan cari yang sedap dan pastinya yang Halal. Sekarang ni kat Malaysia ada banyak restoran menyajikan hidangan macam ni.

Salah satu yang Maha nak perkenalkan di sini adalah Chapayom. Restoran ni baru sahaja dibuka di Malaysia dan cawanga pertamanya ada di Central i-City Shah Alam. Kalau korang masuk mall tu cari kat aras LG K01. Tak besar sangat dan bukan lah macam restoran lebih kepada macam stall yang dibuka tapi ada tempat duduk yang selesa untuk korang makan dengan kawan atau keluarga bila beli-belah di sana.



Maha dan cuba makanan mereka mula ingat biasa sahaja tapi bila rasa ok nice. Paling Maha suka adalah Mango Somtam mereka. Selalu kalau Somtam ni kena ada rasa masam dan pedas yang cukup. Kat sini memang semua tu korang boleh rasa pulak tu udang kering yang digunakan dalam tu pun cukup serasi bersama dengan kemasaman dari mangga muda yang dipotong Julienne tu.
Mango Somtam


Thai Lok Lok

Selain tu juga Maha cuba mereka punya Thai Lok Lok ala yang macam celup-celup dalam kuah Tomyam tu. Korang boleh pilih bahan apa nak masuk dalam kuah Tomyam tu harga mengikut berapa banyak bahan yang korang pilih. Kuah Tomyam mereka pun sedap cukup rasa dan pedas. Bila dah pedas perkena pula mereka punya signature minuman iaitu Thai Tea. Kat sini ada pilihan yang banyak antaranya adalah Thai Milk Red Tea, Thai Milk Green Tea dan Thai Milk Rose Tea.
Thai Milk Green Tea

Thai Milk Rose Tea

Thai Milk Red Tea


Pencuci mulut pula wajib mesti kena ada Mango Sticky Rice dan juga satu lagi adalah Jackfruit Sticky Rice. Pulutnya warna warni dan kena makan dengan kuah santan baru dapat rasa keserasiannya. Kalau tidak ia rasa kosong sahaja tau dan kuah tu agak masin jadi bila gabung ia sepadan. Kemudian kena cuba aiskrim mereka iaitu Green Tea Ice Cream with Boba dan juga Thai Milk Tea Ice Cream with Boba
Jackfruit Sticky Rice


Mango Sticky Rice 

Green Tea Ice Cream with Boba

Thai Milk Tea Ice Cream with Boba

Stall ni beroperasi kat mall ni setiap hari daripada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi kalau dah jalan-jalan dan shopping kat sini boleh lah singgah untuk makan petang kat sini. Kalau makan ni tak adalah kenyang sangat cukup untuk alas perut agar tak lapar dan tidak terlalu penuh untuk sambung perjalanan beli-belah korang kat mall tu. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera ok.

Maklumat lanjut dan juga menu serta harga boleh layari :







2 ulasan:

  1. nampak mcm sedap.. wow.. ada hadiah emas lagi..

    BalasPadam
  2. ya Allah menggoda tol thai foods mmmg fev kot! that manggo sticky rice tu alamakk comelnyaa!! boelh try la klu ke ictyy psni!!

    BalasPadam