Bandar Acheh,

Tip Persedian Sebelum Pergi Bercuti Luar Negara

7:00 PG Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. AirAsia buat promo lagi? Memang rugi sangatlah kalau ada yang tak grab promo hari tu. Maha punyalah nak lepaskan gian lama tak pergi travel, almaklumlah lebih setahun berehat daripada pergi bercuti luar negara ni sebab sibuk sangat. Jadi promo kali ni Maha terus booking 2 tempat sekali tetapi mestilah dengan harga yang super murah. Kali ni Maha pilih untuk pergi Krabi dan Bandar Acheh. Return tiket Krabi dalam RM129 manakala tiket ke Bandar Acheh lagi murah, RM89 je untuk return tiket. Berbaloi kan? Sebab Bandar Acheh Maha tak pernah pergi lagi.

Perjalanan dari rumah nak ke KLIA Maha akan pilih untuk menggunakan KLIA Transit. KLIA transit ticket booking ni terdapat di kaunter dan di beberapa website agensi pelancongan seperti Traveloka. Selalunya harga tiket KLIA Transit ni tak jauh sangat beza antara kaunter dengan online. So, Maha just beli melalui kaunter je malas nak fikir sangat pasal tiket ni. Maha memang suka gunakan KLIA Transit ni kalau nak ke KLIA2, sebab Stesen Bandar Tasik Selatan tu dekat sangat dengan rumah. Daripada ambil grab, better guna je kemudahan yang ada ni. KLIA transit ni sangat-sangat lah selesa dan bersih. Lagipun perjalanan daripada BTS ke KLIA2 hanya akan tempuh 3 stesen sahaja. Jadi, untuk korang yang duduk area Cheras atau Salak Selatan tu Maha cadangkan korang guna KLIA Transit ni sebab ia lebih cepat dan waktu menunggu yang singkat.

Okay, now Maha nak share 3 simple tip bila nak pergi bercuti jauh ni. Ya mungkin korang rasa hah 3 je? Tetapi bagi Maha perkara-perkara ni adalah asas persediaan yang perlu korang buat sebelum travel ke mana-mana sekali pun.

1. Pastikan Kelengkapan Mencukupi


Cukup di sini merangkumi dari segala aspek. Kalau untuk pakaian pastikan bawa cukup mengikut hari yang korang bercuti. Contoh korang pergi 4H3M pastikan dalam beg korang sekurang-kurangnya ada 4 helai baju dan 2 helai seluar atau kain. Baju untuk tidur cukuplah sehelai. Ubat-ubatan juga penting bagi Maha. Cukup sekadar bawa ubat yang asas seperti Panadol, minyak angin, plaster dan salonpas. Lagi satu kalau korang memang ada sakit yang perlukan ubat khas, pastikan bawa ubat yang korang perlukan tu. The last one untuk percutian di pulau atau pantai korang tak boleh tinggal ialah sunscreen. Sebab Maha nak pergi Krabi dan ia sebuah pulau, jadi sunscreen ni agak penting ya.

2. Data


Pastikan kemana sahaja korang pergi bercuti, korang mesti ada data. Supaya senang kalau nak call Malaysia menggunakan Whatsapps atau mana-mana aplikasi online yang lain. Di antara roaming atau beli simkad, Maha lebih suka roaming, sebab kalau roaming guna plan DiGi sangat murah 3 hari hanya RM25 untuk 4GB dan 60 minit call. Lagipun harga simkad pun tak jauh beza daripada tu. Tetapi kalau korang pergi dalam group, beli jelah satu simkad sana sebab selalunya simkad dia unlimited data. Lepas tu boleh share hotspot. 

3. Penginapan


Bagi yang beragama Islam, Maha nasihatkan agar carilah penginapan yang berdekatan dengan tempat makanan Halal. Supaya kita tidak rasa susah nak cari makanan halal macam kat Krabi. Tapi situ banyak juga tempat makanan yang Halal. Ini bagi mengelakkan korang asyik makan makanan segera sahaja.

Okay akhir sekali Maha just nak share, kalau pergi ke airport Maha lebih suka untuk menggunakan KLIA Transit. Tetapi waktu balik pula Maha prefer guna airport taxi yang ditawarkan di Traveloka. Airport taxi ni juga boleh di jadikan transport to KLIA2 kalau korang okay. Kenapa balik Maha prefer guna airport taxi? Kenapa tak ambil grab car je? First thing yang korang kena tahu, airport taxi yang ditawarkan di Traveloka boleh ditempah dengan lebih awal dan harganya sangat berbaloi. Lagipun waktu balik beg pasti dah makin beranak pinak, jadi Maha lebih selesa menggunakan kereta yang boleh hantar sampai depan rumah. Tak payah fikir lagi nak angkat beg dekat stesen BTS tu nanti.

Diharapkan beberapa tip yang simple daripada Maha ni bergunalah untuk korang semua. Krabi just a nice place untuk tenangkan fikiran, melihat keindahan ciptaan Tuhan ni. Laut yang terbentang luas dan pulau-pulau yang menghijau dan air laut kebiruan cukup meberikan ketenangan. Jauh lari dari kesibukan kota. Masa untuk bercuti ok.


*Gambar dari pexels.com






18 ulasan:

  1. tips yang baik - tqvm
    selalu terlebih baju bawa ke travel

    BalasPadam
  2. Travel tips will always come in handy. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  3. tips yang bagus maha. mek pun kalau cari penginapan nak yang wifi boleh diakses melalui bilik sahaja. and kena ada pool juga. hehehehe. kelengkapan of course. anak kecil memang kena extra kelengkapan.

    BalasPadam
  4. murah tu flight ticket ke krabi, aritu kami pernah ke krabi naik kereta, penat sebab perjalanan memang jauh dan lama habis masa dalam kereta. tapi pergi seminggu, so tak terasa penatnya

    BalasPadam
  5. nice tips untuk mereka first time nak travel pergi oversea. oh BBL memang prefer naik ERL kalu nak ke airport. senang cepat je sampai compare guna public transport lain.

    BalasPadam
  6. This are the 3 things I do too every time i’m Going to travel abroad. Cool post. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  7. terima kasih mahamahu kongsikan tips persediaan bercuti ke luar negara ini boleh digunakan nanti bila ada peluang untuk pergi nanti...

    BalasPadam
  8. Wah memang murah la harga tiket. Bertuah Maha. Semua pun simple tips tapi betul memang penting-penting sebab basic. Memang wajib buat bagi siapa yang nak travel. Thanks di atas tips amik teksi Traveloka time balik tu. Betul jugak time balik dah banyak beg. Kita nak yg selesa je & lebih murah. Kalau lagi murah drpd Grab, terbaiklah.

    BalasPadam
  9. Tq bro maha utk tips ni especially buat nur yg belum pernah travel over the sea. Hehehe. Boleh rujuk sini next time..

    BalasPadam
  10. Memang tips ni sgt berguna. Antara tips yg kena dibuat sebelum travel..actually byk lagi tapi biasalah..kdg2 ada je le yg terlupa..hehehe

    BalasPadam
  11. Lama gila x bercuti dekat luar negara.

    Paling latest pun, pergi balik hari je... itu pun ke singapore

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas tips yg menarik ni. Tak pernah lagi saya bercuti ke luar negara. In shaa Allah suatu hari nnti.

    BalasPadam
  13. Bestnya sekali sekala dapat bercuti ke negara orang. Dapat melihat budaya dan kecantikkan tempat mereka. Thanks for the tip. Memang amat berguna jika nak travel nanti.

    BalasPadam
  14. Tips yg menarik. Thanks sudi share.. Betul tu.. Banyak benda yg perlu kita perepare sebelum nak bercuti luar negara.. Kalau tak naya je tersangkut kt imegresen..... Hahaha..

    BalasPadam
  15. Data mmg penting kena guna bila kita travel nie.. Terima kasih atas perkongsian informasi ini yea maha.. Jelas n leh leh jd Reminder AM..

    BalasPadam
  16. Simple dan tak meleret-leret tipsnya. Thanks maha, memang berguna untuk pembaca. Bila entah next percutian, hehe

    BalasPadam
  17. Itu baru tips travel seorang diri. Kalau bawak anak2 kecil, haaa...triple kan preparation. huhu.

    BalasPadam
  18. Bestnya travel. Adik kita sekarang rajin travel. Tak sure booked dengan traveloka ke apa.
    Suka tengok pulau krabi. Cantik

    BalasPadam