Australia,

Pesta Makanan Dan Minuman Tasty Australia 2019 Kini Di Isetan KLCC

7:00 PG Mahamahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini yang pernah pergi Australia? Mesti ramaikan tapi Maha jujur tak pernah sampai ke sana lagi dan memang ada cita-cita nak pergi negara Kangaroo tu satu masa nanti. Tapi sekarang ni Maha nak nikmati dulu semua produk makanan dan minuman keluaran Australia di Malaysia.

Mana nak dapat semua ni korang kena pergi ke Isetan KLCC kerana tengah berlangsungnya Tasty Australia 2019 dari 30 Ogos hingga 11 September 2019 yang dibawakan oleh The Model Cook ke Malaysia. Maha dah pergi sana hari tu kerana ada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Mr Koji Oyama, Pengarah / Pengarah Urusan Isetan Malaysia dan juga Mr Michael Growder, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.  


Mr Michael Growder, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia

Korang tahukan yang Australia ni memang cukup terkenal dengan produk makanan yang sihat dan juga berkualiti tinggi. Dalam pameran tu ada lebih daripada 25 jenama dan juga 80 jenis produk yang dijual dibawa daripada daerah Autralia Selatan dan Australia Barat. Tasty Australia kali ini mengutamakan kemampanan dan kebijaksanaan memilih makanan tanpa GMO dan juga gaya hidup yang sihat melalui pemakanan.






Kalau korang datang sendiri kat sini dan tengok memang banyak jenama mereka yang begitu popular seperti madu asli mentah dari Hutan Selatan. Mereka adalah pengeluar dan pembekal madu Jarrah terbesar di dunia, yang dituai dari sarang lebah di hutan Jarrah kuno Australia Barat. Hutan ini tidak dapat ditemui di mana-mana di dunia, memberikan Madu Farm Fewster dengan rasa yang unik dan original tanpa bahan kimia atau racun perosak.








Juga ada produk Popcorn yang sedap menggunakan jagung premium Australia, popcorn keseluruhan ini mempunyai lebih banyak serat dan protein daripada banyak makanan ringan lain, menjadikannya makanan ringan yang sihat untuk anak-anak dan orang dewasa untuk menikmati sebagai makanan seimbang. Ia bebas gluten dan bebas secara GMO dan dihasilkan dalam kemudahan tanpa kacang.





Kat sini korang kena cuba dan beli Nestar & Miss Sweetie Vegan Chocolates. Coklat ini menggunakan bahan-bahan terbaik dan berfungsi dengan coklat tulen di kuali tembaga padu 100 tahun yang terkenal di Nestar. mereka menggunakan kaedah tradisional dan masak perlahan yang membuatkan rasa coklat lebih nikmat dan enak.




Australia juga adalah pengeluar Truffle terkenal dunia dimana 100% dibuat di Australia Barat menggunakan bahan-bahan segar. Ia mengandungi 100% Tuber melanosporum - Périgord Black Truffle yang terkenal yang berasal dari ladangnya di rantau Manjimup yang terletak di Barat Selatan Australia yang sejuk.








Tu baru sikit sahaja produk makanan yang ada sini banyak lagi macam kepingan epal Bravo yang sedia dimakan dengan flavonoid tinggi yang baik untuk kesihatan jantung, minyak trufel ikonik dari Australia Barat, quino yang ditanam 100% di Australia, buah-buahan straps dehidrasi semulajadi dan pelbagai makanan dalam bekas yang menarik dan mudah untuk dibawa.

Salted Beef Sandwich

Beef Burger

 Kakadu Truffled  Potato Croquettes





Memang Maha datang sini dapat kenal banyak produk mereka yang tidak pernah tahu dan juga rasa. Korang juga boleh makan masakan yang disediakan di sini. Macam hari tu Maha sempat cuba Salted Beef Sandwich yang menggunakan bahan daging Halal dan juga segar dari Australia. Juga ada Beef Burger, Kakadu Truffled  Potato Croquettes dan banyak lagi disediakan oleh chef profesional.




Kalau yang kaki kambing tu boleh cuba macam Whole Roasted Australian Lamb Leg dan tutup makan dengan Koala Brownies. Memang boleh makan kat situ jer atau juga bungkus bawa balik cara masakan meraka lain lebih sihat dan lazat. Harga juga kat sini adalah yang ditawarkan lebih murah dengan yang biasa ada kat pasaran.




Selain daripada makanan juga terdapat cabutan bertuah dengan hadiah baucer bernilai RM500, hamper makanan dan hadiah cenderahati Australia dengan setiap pembelian. Korang juga akan gembira dengan harga ‘value buy’ untuk produk makanan dan minuman Australia tertentu, terutamanya semasa ‘extra special buy’ selama satu jam serta bertemu dengan para pelopor Australia.

So lepas ni siapa yang tak pernah jejak kaki kat Australia boleh nikmati makanan original Australia di Malaysia. Maha datang sini hari tu seronok sangat sebab rambang mata nak beli banyak produk yang menarik dan sihat. Isetan ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam jadi sempatlah balik kerja singgah kejapkan. Cuti hujung minggu yang panjang ni pun sempat lagi korang pergi dapatkan produk Australia ni. Selamat membeli-belah.

Info lanjut layari :
Facebook : https://www.facebook.com/The-Model-Cook-311068972269387/






18 ulasan:

  1. wow! so great.. i wanna go eat australia thingy.. isetan is a great place to shop for oversea foodies..

    BalasPadam
  2. Sempat lagi ni nak terjah.. banyak betul pilihan dan kesemuanya menarik. Harap harga pun berbaloi sebab kalau pegi sure nak memborong gak untuk anak²..hehhe

    BalasPadam
  3. Madu dia sedap ye. Rawlins suka!
    Kalau BBQ diaorang pun Rawlins suka - lazat2 je - so apakata MM beli daging and BBQ kat rumah? Haha

    BalasPadam
  4. fuhhhh nasib takde lobster australia, kalau tak dah bergegas dah ke sana sebab menu yang maha tunjuk semua sedap2. Tak tahu pulak australia famous dengan macadamia

    BalasPadam
  5. Sis pernah ke Australia..kalau disana mmg target seafood dia..seafood dia mmg fresh dn sedap gila. Kalau kat sana nk makan daging ayam ni pikiq byk kali tapi kalau dh bwk masuk sini sure le halal kan..bolehlah sis terjah dn merasa

    BalasPadam
  6. Macam tertarik nak try madu dia. Harga pun berbaloi dan berpatutan. Tak dapat pergi Australia pun takpela kita try dulu produk dia kan hihi

    BalasPadam
  7. Makanan semua sedap2 tapi apakan daya jauh betul bah mau pigi mentry tu makanan ... Knapa masuk blog ni aku terus lapar ?

    BalasPadam
  8. wah banyaknya produk makanan mereka kat situ ya. sempat lagi nak pergi terjah sebelum 11 september. sebelum dapat ke australia dah merasalah makanan diorang. yang berkualiti tu yang selalu orang cari

    BalasPadam
  9. Banyak juga ya produk australia dkt situ. Setakat ni belum lernha ke australia. Bolehlah ke sini dulu, dapat rasa barangan & produk dulu pun takpelah haha

    BalasPadam
  10. Ena pon tk penah makan. Hehe. Nak pegi lagi lah ntah bila kan. Tapi kalau dah boleh dapat rasa semuanya di Malaysia ok jugak lah kan dapat beri peluang kami merasa

    BalasPadam
  11. Sedap2 kan makanan kat sini. Terujanygk. Tapi produk Australia mmg popular dikalangan masyarakat malaysia terutama produk ternusu mereka

    BalasPadam
  12. banyak jugak pilihannya tu maha. paling tetarik part kacang kacang. haha. salted beef tu pun nampak sedap. kalau dekat dah boleh usha dah tengok this weekend.

    BalasPadam
  13. amazing!!! banyak betul produk Aussie dibawa masuk, senang lah nak cari madu yang sedap lepas ni.

    BalasPadam
  14. tu dia makanan australia ade dekat malaysia..fuh..boleh datang tengok ni..macam-macam tengok ada yang jarang jumpa

    BalasPadam
  15. Pelik jugak menu dekat Tasty Australia ni, tapi nampak macam menggiurkan je.. first time tengok burger color hitam.. last week baru je pergi klcc, kalau tau pasal Tasty Australia ni da lama menyinggah hihi

    BalasPadam
  16. Alamak. Salah time la masuk sini. Ternampak makanan yang pelbagai jenis tu. Hehehe
    Nampak sedap je semua. Best ni kalau dapat try.

    BalasPadam
  17. Suka singgah baca blog ni sebab mesti citer makan-makan. Sedap-sedap pulak makanan dari Australia ni. Rambang mata.

    BalasPadam
  18. ya Allah nampak daging2 steak tu sedapnya Maha. australia nie mmg terkenal dengan hidangan steak dorg. rasa teringin nak makan lagi. pernah rasa dulu dekat sebuah hotel nie. dappnya ! nanti bolehlah singgah ke pameran nie

    BalasPadam