Food Review,

Lebih 10 Makanan Halal Dan Menyelerakan Di Resorts World Genting

7:00 PG Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dulu masa nak pergi Genting Highland banyak kena fikir bukan sahaja dari segi belanja tapi juga makanan yang nak dinikmati kat sana. Ramai orang kadang-kadang datang sana tak makan pun sebab bukan tak ada bajet tapi rasa was-was terutama yang muslim. Nak tak nak kena pilih fast food sahaja yang ada.

Cuma sekarang ini semua tu tak perlu nak bimbang lagi kerana tahu akan kepentingan kepada pasaran makanan Halal di Malaysia dan juga memikirkan tentang pengunjung muslim ke sini. Maka Resorts World Genting menyediakan pilihan tempat makan yang dijamin Halal 100% dan mempunyai sijil dari Jakim. Maha sendiri dah pergi sana dan mencuba makan yang ada iaitu di Jom Makan Street dan juga Medan Selera. 

Jom Makan Street Food


Sini bagaikan syurga makan kerana bila korang sampai sahaja kat sini dapat pilih lebih daripada 10 jenis makanan yang enak-enak. Kesemua makanan yang disediakan di Jom Makan Street Food ini dibawakan daripada beberapa makanan jalanan yang terbaik di seluruh Malaysia. Maha dapat rasa tak semua tapi beberapa menu yang menarik dan memenuhi selera tempatan kita.





Kat sini ada empat gerai jugalah yang di bahagikan kepada Gerai Nasi Ayam Claypot, Gerai Mee Kari, Gerai Nasi Lemak dan juga Sri Paandi Curry House. Makanan yang popular kat sini korang wajib cuba dan tak ada kat tempat lain adalah Nasi Ayam Periuk Tanah dimana nasi ayam menggunakan beras wangi dengan sos karamel didalamnya. Cara nak makan pun kena tahu dimana korang kena gaul kesemua nasi dan lauk serta sos tu sehingga sekata dan baru makan dan dapat nikmati kesedapannya.  
Nasi Ayam Periuk Tanah

Kuey Teow Goreng

 Mee Kari

Lain banyak lagi yang sedap juga Maha suka adalah Nasi Lemak dan juga Nasi Lemak Kunyit yang warna kuning ni. Rasa lemaknya dan juga sambal yang tidak begitu pedas serta boleh tambah lauk untuk Ayam Goreng Berempah atau juga Ayam Goreng Biasa. 
Nasi Lemak Ayam Goreng

 Nasi Lemak Kunyit Ayam Goreng Berempah

Nasi Goreng Kampung

Kalau korang nak kurang makan nasi boleh cuba mereka punya Roti Canai bersama kuah kari dan dhal. Juga ada Roti Nan Berkeju dengan Ayam Tanduri yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia kalau kat restoran mamakkan. 
Roti Canai 

Roti Nan Berkeju dengan Ayam Tanduri 

Nasi Daun Pisang

Juga kat sini korang kena cuba mereka punya satay yang disediakan oleh chef profesional. Satay Ayam atau juga Satay Kambing makan bersama sos kacang sangat best. Makan dalam keadaan panas sebab kat puncak tu memang sejuk jadi kena cari yang panas dan segarkan. 
Satay Kambing dan Satay Ayam




Jom Makan Street Food ini terletak di aras empat pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting dan ia dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari. Di sini konsep makan tiada cash tau korang kena topup Resort World Card yang ada di mesin dengan minima RM10. Kemudian guna kad tu untuk buat bayaran makanan yang korang telah pilih tersebut. Kalau kad ada balance korang boleh tukar semula kepada cash tau sangat mudah.

Medan Selera 


Satu lagi tempat yang menyajikan makanan dijamin Halal 100% di sini adalah Medan Selera. Ia menghidangkan beberapa pilihan rasa sajian Melayu yang popular. Masakan dari Pantai Timur, Utara dan Selatan. 



Sini pun Maha suka pergi makan kerana ada banyak makanan yang memenuhi selera Maha lah. Kat sini dibahagi kepada beberapa kategori makanan. Kategori Nasi & Rempah menyediakan pilihan makanan berasaskan nasi seperti Nasi Kerabu, Nasi Ayam Berempah dan banyak lagi. 
Nasi Kerabu

Nasi Kandar Ayam Goreng Berempah 

Nasi Lemak Daging Kicap Berempah 


Manakala bahagian Mi pula menyajikan pelbagai hidangan mi dan bihun termasuk Mee Rojak, Mee Bandung dan juga Bakso yang popular dari Indonesia. Dibawah kategori Laksa pula, ia menyediakan beberapa hidangan popular dari beberapa buah negeri di semenanjung termasuk Laksa Nyonya, Laksa Johor, Laksa Kelantan dan Asam Laksa.

Mee Rojak

Bakso

Mee Bandung

Bahagian makanan Asia Barat pula akan menyediakan Shawarma Ayam, Paha Ayam Panggang dengan Nasi Mandy, Ayam Gril Shish Tawook, Roti Arab dan Sandwic ayam dengan kentang goreng yang diinspirasikan daripada hidangan negara-negara Timur Tengah. Kalau nak masakan barat ada juga yang merangkumi hidangan seperti Ayam Goreng, Popcorn Ayam, Ikan dan Kentang Goreng, Sotong dan Kentang Goreng.
Nasi Beriani Kari Kambing

Shawarma Ayam

Popcorn Ayam dan Kentang Goreng

Medan Selera ini berada di aras bawah pusat beli-belah SkyAvenue, Resorts World Genting dan ia pula beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Kat sini konsep boleh bayar menggunakan cash dimana korang akan order dan ambil makanan kemudian bawa ke kaunter untuk pembayaran sebelum makan.


Jadi tiada lagi rasa ragu-ragu nak makan kat atas Genting Highlands ni sebab dah ada kawasan yang betul-betul Halal. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com.








20 ulasan:

  1. Naik genting, lapar, x apa, boleh makan makanan sedap gini. lepastu turun genting, lapar semula. hahaha..

    BalasPadam
  2. wahhh sedapnya menu dia! Tak pernah lagi makan nasi kandar dengan ayam goreng berempah ni. Selalunya ayam goreng mamak je haha

    BalasPadam
  3. Aduhai.
    Maha & makanan. Always ohsem.
    Wah. Good to know ni. Sebab aida lom pernah naik GH. Sejak GH berwajah baru la. Trmpat makan utama kan. Ok la ni semua. Mcm2 pilihan.

    BalasPadam
  4. Wah Genting pun dah ada foodcourt.Cantik dan nampak selesa.Dan paling penting makanan nampak meletop dan sedap sangat.hahaha.Boleh try kesini nanti.hehehe

    BalasPadam
  5. wa so many variety of food up there now. Good for all the tourists. Many choices for them to choose when hungry hehe. I want that NAsi Kerabu

    BalasPadam
  6. Banyak pilihan makanan yang biasa rakyat malaysia suka ye. Tak la susah hati bab nak cari makanan kat sana. Terliur tengok semuanya especially nasik lemak. Complete set! Yang lain2 pun nampak menarik.. Terbaik Genting Resorts World.

    BalasPadam
  7. Maha jahat, maha jahat...!! HAhaaa
    Terliur kita tau...
    Banyak dah pilihan nak makan kat Genting sekarang ni. Bagus! Nasi kerabu tuuu buat kita tergodaa laaaa. Bila nak lanjer kita? Jommm

    BalasPadam
  8. Ya Allah kenapa la tersinggah blog ni pagi2 buta.. Kan dah lapar haha terliur kita tengok gambar2 makanan ni semua. Lama dah tak pergi Genting, dulu memang siap bawak bekal sebab risau kat sana tak ada makanan halal. Now bagus sangat dah ada tempat makan halal camni.

    BalasPadam
  9. Wow banyak tu makan mahamahu. Habis ke tak tu? Haritu kata nak diet haha.
    Byk jgk makanan halal dkt genting ni. Dulu igt nk cari mkn kfc je. Tapi makanan dkt atas ni mesti mahal sikit dari biasa kan? Yelaa atas bukit sejuk la katakan

    BalasPadam
  10. Ya Allah Maha, kat situ makanan dia memang sedap gila dan superb. Bila kat genting kan. sejuk.. kita pun asyik lapar je rasa nak makan semua

    BalasPadam
  11. Haaa, memang superb posting ni... very informative... kalau dulu, bila pergi Genting je, balik-balik makan Pizza Hut, KFC, McD dengan Marrybrown je... ni dah tau ni, yeszaaaa, bertambah pilihannya... alamak, diet... hehehehe... time holiday la nak cheat kannnn...

    BalasPadam
  12. Makanan tu semua memikat hati, rasa nak makan je semua. Kalau pergi sana confirm-lah tak payah nak diet segala ! haha

    BalasPadam
  13. I tau yang medan selera food court je sebb pernh ke situ..ehehe..lagi satu belum lagi..ah menarik..sennag kan sekrg nak makan dekat Genting..takde makan fast food je..hehee

    BalasPadam
  14. Dah lama tak naik genting tau. Dulu pergi xbyk pilihan makanan lagi. So betul kata maha fastfood jd pilihan.tapi bila baca entri ni macam tak sabar nak naik genting.

    BalasPadam
  15. Yeay, nnti maha boleh belanja makan dkt situ! Haaha. Saya ni setakat ni belum pernah ke genting lagi. Belum ada rezeki. In shaa Allah jika ada rezeki bolehlah ke tempat ni utk makan.

    BalasPadam
  16. Lama dh sis tak naik genting. Hr tu ada gak diorg ajak..tapi tu lah..ada program lain pulak pada hr yg sama

    BalasPadam
  17. Lama da xp genting, padahal belakang umh je..hehe..port makan baru ea?nnt boleh try la..nmpk sdp satay tue..

    BalasPadam
  18. Bestnya tengok Maha makan sana sini. Nampak menyelerakan sungguh. Tengok nie rasa nak datang ke Genting. Lama dah tak baik atas tu. Nanti nak singgah lah

    BalasPadam
  19. wahh enak2 nihhh makanannya

    Salam, Weslim Kusuma.

    BalasPadam
  20. I been here before! It has pretty decor, and yummy food. Best is can taste all different places good too.

    BalasPadam