Food Delivery,

Kalau Lapar Korang Suka Order Makanan Apa

7:00 PG Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau lapar korang suka oder makanan apa? Itu satu soalan yang memang sukar untuk dijawab apabila korang tengah lapar. Macam Maha kalau time tengah lapar apa sahaja makanan yang ada dekat Maha akan makan tak adalah nak memilih sangat. Yang penting mesti Halal dan selamat untuk dimakanlah. Sebab tu saiz macam ni makin mengembang wakakaka.
Gambar sekadar hiasan 

Soalan ini lagi bertambah rumit kalau time korang tengah sibuk nak siapkan kerja kat pejabat atau juga ada urusan penting. Sampai ada yang sanggup abaikan rutin makan kerana mengejarkan kesibukan itu. Dalam satu kajian yang dibuat melangkau waktu makan tak kisah pagi atau tengah hari akan memberi kesan kepada berat badan dan juga kesihatan.

Melangkaui waktu makan sebenarnya akan menyebabkan peningkatan pengeluaran insulin. Jika kita menghabiskan lebih dari 3 jam tanpa makan, kadar insulin meningkat. Oleh itu, rasa lapar akan lebih tinggi dan membuatkan korang makan lebih daripada kuantiti yang diperlukan dan disitu proses penghadaman lebih lambat. Nampak sangat bijak yer kat situ wakakaka.

Itu apa yang Maha dapat dalam pembacaan secara atas talian tentang makan. Sebab tu korang tak boleh skip makan ikut suka walaupun sesibuk mana sekali pun. Kalau tak ada masa untuk masak kat rumah atau korang tengah sibuk kat pejabat mesti kena makan. Sekarang dah ada solusi untuk makanan datang kepada korang dan tidak perlu pening keluar mencari makanan.

Contoh paling mudah adalah food delivery. Penghantaran makanan kepada anda dalam masa yang kita perlukan dan juga makanan yang kita nak. Sebab Maha ni memang suka menggunakan khidmat penghantaran makanan. Banyak sekarang syarikat penghantaran makanan yang ada hampir diseluruh Malaysia terutama yang duduk di kota-kota besar ini.

Sekarang ni Maha paling suka order makanan kat satu restoran yang menjadi kegemaran Maha. Korang pernah dengar tak pasal Siakap Keli. Jangan salah faham yer tiada kena mengena dengan portal SiakapKeli yang selalu keluar berita terkini tu. Apa yang Maha maksudkan adalah Restoran Sikap Keli Seafood. Ini adalah satu restoran makanan Ala Thai dan masakan Melayu yang terletak tak silap Maha kat area Puchong

Sebenarnya secara fizikal Maha tak pernah lagi makan di restoran ini. Tapi Maha selalu order online untuk penghantaran pelbagai jenis makanan yang enak dan cepat dari restoran ini. Kalau seorang Maha akan order makanan recommended kat sini iaitu Nasi Goreng Seafood mereka. Kalau korang yang nak makan makanan set boleh order dengan set nasi mengandungi nasi putih bersama dengan lauk pauk dan juga telur mata.

Minuman pula korang kena cuba mereka punya Jus Mangga Susu memang terbaik dan juga original yang kaw giler-giler. Kalau kat rumah dengan keluarga yang ramai boleh order lauk makanan laut seperti Ikan Siakap yang boleh dimasak dengan pelbagai cara iaitu Tiga Rasa, Stim, Kicap, Sambal, Masam Manis dan banyak lagilah. Kemudian untuk lengkapkan nutrisi makanan korang kena ada sayur jadi boleh pilih antara Kailan Ikan Masin, Kangkung Belacan, Bunga Kubis Goreng dan pelbagai lagi menu sayuran. 

Akhir sekali orang kita suka order Telur Dadar agar banyak lauk pauk senang. Restoran ni ada perkhidmatan penghantaran makanan untuk waktu tengah hari dan juga makan malam. Banyak lagi makanan yang ada kat dalam list menu Restoran Siakap Keli Seafood ini.

Semua ini Maha tahu semasa tengok melalui aplikasi FoodPanda. Mula-mula nak makan western tak selera jadi cari makan Melayu nampak restoran ini. Maha dan banyak kali order melalui aplikasi tu. Hanya dihujung jari sahaja makanan boleh pilih dan buat bayaran kemudian makanan akan sampai. Jadi tiada alasan untuk korang skip makan dan boleh kekal makan mengikut waktu. Korang masih tetap boleh buat kerja seperti biasa sementara tunggu makanan sampai.

Banyak lagi sebenarnya cara untuk makan dengan lebih senang tapi yang ini lah Maha selalu gunakan. Trend order makanan melalui penghantaran makanan dalam talian ini makin meningkat setiap tahun di negara yang sedang membangun seperti Malaysia ni. Itu yang membuatkan khidmat mereka bukan setakat hanya menghantar makan tetapi juga menyelamatkan waktu makana anda dari terus diabaikan. Tiada alasan untuk berlapar ok.








13 ulasan:

  1. I suka order ikan lele dan ayam penyet kat Foodpanda sap sap sui 15 minit dah sampai sebab kedai2 semua dekat. Hahaha. Since Maha punya area jauh tak dapat lah den nak merasa foodpanda nak hantor makanan di atas ittewww.

    BalasPadam
  2. ya allah! mengundang kecur air liur betul bila tiap kali baca post makanan kt blog ni.ahahahah

    BalasPadam
  3. sedapnya tengok air tuuu. tetiba teringat kat air mango shake. aduuuhhh. padu kalau kena time panas macam ni.

    BalasPadam
  4. wahh tak sangka ada restoran nama siakap keli eh..menu2 pun menarik

    BalasPadam
  5. selalu order yang ada nasik je, haha

    BalasPadam
  6. Wah. Ada dalam foodpanda ek. Boleh la Rawlins ajak kengkawan kat pejabat try gak kang. Dah la pepagi tengok nie, terus terasa lapar ye.

    BalasPadam
  7. thanks atas perkongsian. nnti kalau ke KL malas nak p makan kat kedai boleh oder jela foodpanda nikan. berbaloi-baloi ni.

    BalasPadam
  8. Tak pernah lagi guna apps food panda. Boleh laaa try lps ni. Btw, air mango susu tu lahai kenapa menggoda sgt eh? Lagi2 cuaca panas mcm ni. Menduga iman betul

    BalasPadam
  9. Mmg skali baca ingatkan ada kaitan dgn portal Siakap keli tu. Huhu. Untung laa foodpanda sampai area rumah. Kat sini hulu sikit takde panda nak mai deliver huhu

    BalasPadam
  10. pergh ade kedai siakap keli erk..senang ada dekat food panda..boleh order ni nanti..nyumnyum..besar juga ikan dia

    BalasPadam
  11. tak pernah lagi saya order melalui foodpanda. sebenarnya jarang jugak pakai delivery, selalu terus ke kedai atau masak sendiri (maggi je) haha

    BalasPadam
  12. i wanna eat... order wat also can.. so nice and convinience.. sometimes lazy to go out eat and lazy to cook.. just nice

    BalasPadam
  13. Hari tu order Food Panda. Delivery dah ok. cuma ayam yang ruby minta bahagian ribs dan air lemon tea salah disediakan oleh restoran. Second order ruby order minggu lepas, lambat plak. akan memang rajin tengok maps food panda nak tengok rider. rupanya dia buat double order. Aduiii stress. nasib baik la user takleh pilih rider. kalau tak, akak cancel dah dia. hahaha.

    BalasPadam