Gunung Bromo,

Bromo Bukan Sekadar Gunung Tapi Banyak Lagi Tempat Menarik Untuk Dilawati

7:00 PG Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama betul Maha tak update pasal percutian luar daripada Malaysia ni. Last rasa pergi Pulau Lingga tu je lah paling jauh wakakaka. Memang nak sangat pergi kalau ada mana-mana trip nak ajak jalan-jalan yang penting luar dari Malaysia lah baru syok. Alhamdulillah betul kata orang rezeki tak salah alamat. Sebut jer pasal percutian baru beberapa minggu lepas dalam bulan ni juga Maha dapat jemputan rombongan dari Dinas Pariwisata KEPRI untuk pergi ker Bromo

Yerrr memang mengidam sangat nak pergi bromo ni dah lama sebab tengok semua orang pergi best jer. Dapat pergi tengok Gunung Bromo tu depan mata pun rasa teruja dan seronok sangat dah.Kalau nak ke Bromo laluan masuk yang paling senang adalah melalui Surabaya. Maha dan kawan-kawan blogger serta travel agent yang lain telah sampai kat Surabaya 1 hari awal dari jadual. Jadi sehari sebelum bertolak ker Bromo kami bermalam dulu di hotel tengah bandar Surabaya. Pertama kali jejak kaki kat bandar yang boleh dikatakan padat juga tapi tetap masih bersih dan kemas terjaga. 

Kota Surabaya


Mungkin ramai orang dah tahu viral tentang Dato Bandar Surabaya seorang yang tegas dalam tugas dan juga memastikan semua penjawat awam di sana menjalan tugas dengan sepenuhnya. Ok lah Maha cerita sikit ke mana kami pergi semasa berada di Bandar Surabaya. Kami bermalam di Cleo Business Hotel. Situ sangat murah dan juga selesa untuk bermalam dan juga ia berada betul-betul dekat tengah bandar dan depan dengan Tanjungan Plaza. Jadi senang nak cari makan dan juga nak dapat kemudahan seperti Grab atau juga Gojek kat sini.





Kat Surabaya ni tempat wajib korang kena pergi adalah Patung Suro dan Boyo. Kalau tak bergambar kat situ maksudnya korang masih belum sampai ke bandar kedua terbesar selepas Jakarta. Patung tu adalah simbolik kepada nama Surabaya. Sejarah korang boleh baca Google dalam internet ada banyak Maha tak cerita kat sini. Selain itu juga korang kena pergi tempat tinggalan sejarah mereka yang juga menjadi perhatian orang setempat dan pelancong adalah Jembatan Merah. Ia ada kena mengena dengan perjuangan berdarah masyarakat Surabaya untuk mempertahankan tanah mereka. 




Itu sikit lah beberapa tempat yang Maha sempat pergi jalan sementara ada kat Surabaya tu. Banyak lagi orang cerita tapi kita ni pergi ikut trip jadi kena lah ikut jadual mereka. 1 Malam sahaja kat Surabaya dan hari esoknya kami mula berangkat ker Pasuruan. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam menaiki van. Sebab kami nak bermalam di Royal Tretes View Hotel yang mana satu hotel sangat cantik di lereng bukit pemandangan indah sangat.

Rumah Kaliandra


Pasal hotel nanti Maha ceritakan dekat posting yang satu lagi yang kali ini Maha nak share tempat menarik di sekitar Pasuruan yang sempat pergi selain daripada Bromo. Kalau korang datang mengikut Pasuruan di daerah tersebut banyak tempat pelancongan menarik. Kami sempat singgah di Rumah Kaliandra. Ini adalah satu rumah yang dibina oleh orang kaya di sana dengan rekabentuk Kolonial Belanda. Rumah ini sangat besar dan cantik terletak di lereng pergunungan Gunung Arjuno




Masuk dalam rumah ni seperti masuk rumah Belanda lama dan juga segala aksesori dan perabot masih dikekalkan dalam rumah ini. Ia juga dijadikan tempat penginapan pada pelancong yang nak bermalam di situ. Lebih kurang macam resort ada menyediakan tempat untuk spa, istirehat dan juga ada dusun yang mana dalam tu ada beberapa haiwan ternakan pemilik rumah ini seperti Rusa dan juga beberapa ekor Burung Merak. Kawasan sangat tenang dan juga begitu indah dikelilingi hutan hijau yang masih terpelihara. 




Pada yang suka akan fotografi atau mengambil keindahan alam semulajadi yang berlatar belakang gunung dan juga reka bentuk rumah lama, sini sangat sesuai untuk korang datang. Boleh habiskan masa lama kat rumah ini sahaja. Pemilik rumah ini masih ada ia di warisi dari turun temurun keluarga mereka.

Taman Safari Indonesia II


Selepas tu pula tak jauh hanya dua kilometer dari rumah tu korang boleh pergi ker Taman Safari Indonesia II. Ini adalah antara taman safari terbesar bukan sahaja di Indonesia malah di Asia. Ia berada di Kecamatan Prigen, Kabupaten Pasuruan. Bestnya safari mereka ini betul-betul tengah hutan semulajadi tidak macam Zoo kat KL tengah bandar. Lagi bestnya safari ini korang bukan sahaja boleh melihat haiwan liar malah boleh bergambar dekat dengan haiwan-haiwan yang ada dalam safari Ini. 








Bayaran yang dikenakan untuk satu haiwan 100 ribu rupiah kalau tak silap Maha. Korang boleh bergambar dengan Harimau, Orang Hutan, Ular, anak Buaya, menaiki Gajah dan banyak lagi aktiviti bersama-sama dengan haiwan. Masa kami pergi hari tu taman Safari ini memang sangat ramai orang pelancong tempatan dan tidak kurang juga yang dari luar. Bila masuk ke dalam taman safari ini suasana yang sangat lain begitu terpelihara alam dan haiwan serta manusia saling berhubungan. 

Gunung Bromo


Sudah penat berjalan kat sekitar tu kami berangkat pula pergi ke kaki pergunungan Bromo untuk melihat gunug yang menjadi ikonik kepada Surabaya ini. Malam tu kami bermalam di Ancala Inn di kaki Gunung Bromo. Kalu korang sampai waktu petang sebelum malam boleh lihat pemandangan matahari terbenam di situ sangat cantik dan menggoda. Kawasan kat sini pun dah sejuk sangat tak kira waktu sebab di pergunungan.




Pasal penginapan ini kemudian Maha akan ceritakan cuma nak kongsia pengalaman menaiki gunung. Kalau korang nak melihat pemandangan matahari terbit di pergunungan Bromo korang kena bertolak dalam pukul 3.00 pagi waktu Indonesia menaiki jeep khas sahaja yang dibenarkan. Pagi tu kami gigih lah bangun pagi-pagi buta semata-mata tak nak lepaskan peluang untuk melihat pemandangan matahari terbit yang dikatakan paling cantik.  





Kat situ korang kena pilih nak melihat matahari daripada aras yang mana kerana terdapa empat lokasi yang selalu menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat matahari terbit. Pertama adalah Bukit Cinta, kedua Bukit King Kong, ketiga Bukit Prahu dan paling atas adalah Bukit Penanjakan. Target kami nak naik Penanjakan kerana situ view paling cantik tapi sebab tesekat dengan kesesakan jadi kami berhenti sahaja di Bukit Prahu. Situ pun ok juga cantik. Cuma jeep akan berhenti di tepi jalan dan korang kena mendaki sikit dalam 10 minit untuk naik ke atas point view yang sangat menawan.



Kepenatan korang sangat berbaloi bila masa dapat melihat sendiri keindahan alam ciptaan Tuhan yang tiada kat tempat lain. Memang terpukau ketika mata memandang suasana matahari terbit dan juga pemandangan Gunung Bromo yang seperti berada terapung di atas awan. Beberapa tips persediaan nak naik atas ni pastikan korang memakai pakaian yang sesuai iaitu baju tahan sejuk, sarung tangan, snow cap dan juga pakai kasut mudah untuk memanjat. Tak perlu bawa beg besar cukup kamera atau juga telefon untuk mengabadikan memori indah yang sangat susah nak dapat ini.

Lautan Pasir


Lebih kurang dalam 2 jam berada kat atas tu kami pun turun ke bawah dengan kadar segera kerana nak pergi bahagian Lautan Pasir iaitu bahagian kaki Gunung Bromo. Kat situ naik jeep sama yang datang tadi. Sini adalah kawasan menarik juga untuk bergambar dan juga membuat pelbagai aktiviti seperti berkuda untuk naik ke puncak Bromo. Malangnya kami kesuntukan masa untuk naik ke kawah Gunung Bromo jadi hanya bergambar sahaja kat kawasan pasir tu. 



Situ pun banyak tempat boleh bergambar pastikan korang ajak supir atau pemandu jeep tu untuk bawa tempat yang paling cantik bergambar dengan belatar belakangkan gunung. Kemudian ke kawasan Pasir Berbisik untuk bergambar dan juga kat kawasan Bukit Teletubbies. Korang akan habiskan masa lama juga kat bawah ini untuk bergambar kerana banyak tempat menarik dan juga sudut yang nak diabadikan biar puas. Bukan senang nak datang sini menempuh perjalanan yang jauh. 


Cuma terkilan sebab kami tak dapat naik ke kawasan kawah Gunung Bromo. Kami habiskan lawatan ke kawasan lautan pasir sahaja dan terus bertolak balik ke hotel. Sebab hari terakhir kami kat Bromo kena kejar flight penerbangan petang tu. Jadi korang kalau nak datang Bromo pastikan plan betul-betul dan kena habiskan satu hari kat kawasan pergunungan Bromo sahaja. Buat segala aktiviti yang ada sana baru puas. 



Tapi apa pun bagi Maha ini adalah pengalaman bercuti yang tak akan dilupakan. Dapat kenali tempat menarik dan cantik di negara orang dan juga dapat melihat keindahahan ciptaan Tuhan dan menghargai alam semulajadi. Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Dinas Pariwisata KEPRI, serta Dinas Pariwisata Pasuruan serta semua pihak yang menjemput kami dan memberi layanan istimewa kepada blogger dan juga agensi pelancongan dari Malaysia sepanjang berada di sana. 

Tunggu posting kedua Maha tentang tempat penginapan atau hotel yang boleh dinikmati di sini pula ok. Selamat bercuti semua pergilah melancong untuk menambah pengalaman. 




  


12 ulasan:

  1. Subhanallah..cantiknya pemandangan Bromo ni Maha...untung maha dapat pergi...akak hari tu sebab komitmen kerja..sebab tu tak join...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer Akak kita sendiri terepesona dengan keindahan alam kat sini memang terkejut tengo sangat cantik rasa macam nak datang lagi akak jom kita lah buat rombongan sini..

      Padam
  2. Wah! Dah sampai puncak Brono Maha! Kak pernah ke sana masa ikut inaugural flight MAS. Memang kena bangun jam 3 pagi naik jip ke Bromo. Cuaca ketika itu sejuk dan sesak juga rasa nafas bila naik jip ke paras tinggi... dan pemandangannya memang indah tapi bila baik kuda tu risau gak masa menurun haha...Terbaik.

    BalasPadam
  3. Wah!!!!!!! Seronok nyer saya baca travel log ini. Untung awak dpt melancong ke Surabaya and Bromo. I haven’t been to these two amazing places yet. Bromo look so beautiful and serine. Kita Surabaya pula nampak berseni. Suka tengok the old architecture buildings. Good post and photography.

    BalasPadam
  4. ya allah cantiknya view dekat Gunung Bromo ni! Bestnya Maha dapat pergi sana tengok keindahan Surabaya. Makin cantik surabaya sekarang ni. Boleh masuk dalam list ni!

    BalasPadam
  5. Indahnya ciptaan Allah. Subna Allah, Apa ciptaan Allah sebagai motivasi kepada hambaNYA agar sentiasa berfikir positif

    BalasPadam
  6. Wah bestnye dah jejak kat Bromo, cantik pemandangan terus plan nak travel ke situ.. Cantik-cantik gambar travel Maha.

    BalasPadam
  7. Cantik Bromo ni dengan banyak kawasan yang menarik! Terima kasih atas info ni! Travel guide yang best!

    BalasPadam
  8. CANTIKNYA! Eh tak payah pi korea dah! My goodness~
    I need a time out! This will be my next location!
    Thanks for the guidelines!

    BalasPadam
  9. Subhanallah... Cantik tak terkata... Pemandangan menarik dan penuh dengan keasliannya yang tersendiri... Memang tempat yang kena diletakkan dalam wishlist ni... Alahai, tetiba rasa nak cancel Bali November ni... Nak tukar destination pulak rasanya ni... Hehehehe...

    BalasPadam
  10. seronoknya dapat pergi ke indon. banyak tempat dia yang kita boleh lawati. tak merancang lagi nak ke indon. insyaallah kalau ada tiket murah ke sana, boleh terjah ke indon.

    BalasPadam
  11. Indonesia ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi.. tapi saya belum dapat pergi lagi ke sana.. seronoknya tengok orang lain jalan2 melancong.

    BalasPadam