K-Food Fair,

Jom Shopping Barangan Korea Di Gyeonggi Korean Food Fair MyTOWN Shopping Centre

7:00 PG Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang terlepas promosi produk Korea yang Maha kongsikan sebelum ini, sekarang ia telah kembali lagi. Gyeonggi Korean Food Fair kini berada di Ground Flour MyTOWN Shopping Centre bermula dari 6 Ogos hingga 18 Ogos 2019. Kali ni jangan ketinggalan lagi ok kerana masa masih panjang untuk korang beli produk dari Korea.

Cuma edisi kali ini lebih menarik kerana ia membawakan konsep makanan yang popular di sebuah daerah iaitu Gyeonggi. Ia adalah wilayah yang paling ramai penduduk di Korea Selatan. Nama Gyeonggi bermaksud 'Kawasan sekitar ibu kota'. Oleh itu Gyeonggi-Do boleh diterjemahkan sebagai 'Wilayah sekitar Seoul'. Kalau siapa pernah sampai ke sini tahu lah kat area ini cukup popular dengan street food mereka.



Sebab tu bahagian tengah karnival kali ini mempamerkan beberapa jenis makanan K-street seperti 'Odeng'. Tapi mereka menggunakan 'Eomuk' iaitu sejenis kek ikan yang direndam dalam suop special mereka. Kat sini ada tau korang boleh beli dan makan panas-panas seperti mana kat Korea. 




Selain itu juga kat sini ada menjual juga beberapa makanan seperti biasa Kimchi segar yang dihasilkan sendiri. Juga ada beberapa makanan yang digemari rakyat Malaysia yang pedas mahu pun yang manis. Terdapt juga yang di letak dalam peti sejuk seperti Rice Cake dan Kimchi untuk yang mampu tahan lama. Memang kita tahu makanan Korea ni lebih sihat dan juga bagus untuk penjagaan diri. 





Part yang paling Maha suka bila datang kat karnival makanan macam ni adalah untuk dapatkan produk yang harganya lebih murah kerana ada diskaun. Contoh macam Binggarae Milk dan juga Lotte Pepero. Banyak kedai lain menjual produk ni tapi kat sini harga promosi giler-giler susu pisang ni hanya RM21.99 untuk 6 kotak 200ml. Manakala untuk Pepero pula satu kotak saiz besar RM25.99 yang mengandungi 8 kotak kecil dalamnya.



Ramai yang suka Kimchi Ramen dan juga Shin Ramyun kat sini pun ada jual. Harga Shin Ramyun hanya RM14.99 untuk 5 pek 120gram. Manakala Kimchi Ramen dalam mangkuk tu hanya RM6.99 satu. Tapi kalau beli 2 dapat 1 percuma tau. Bagi yang suka Manjun atau kita kenal sebagai Seaweed kat sini ada banyak perisa Habanero, Sea Salt dan Wasabi. Harganya pula hanya RM30.00 untuk dua bungkus besar. 





Korang kena carai bahagian paling untung banyak kerana beli 2 dapat percuma 1. Terutama kat part minuman seperti Hangsung Tea harga satu RM29.99, manakala Hong Cho atau cuka buah harga satu botol RM23.99. Kalau kat karnival ni makanan yang ada pengesahan Halal akan dipamerkan logo Halal daripada mana jadi korang boleh lah tengok dengan jelas tak perlu ragu. 



Satu sudut yang disukai oleh kanak-kanak kerana kat situ ada jual produk makanan snak untuk budak-budak. Kat sini ada biskut, ada Coco Ball macam koko crunch, lepas tu ada Post Flake, minuman popular kanak-kanak iaitu Paldo Pororo siap ada mainan percuma dalam kotak tu, aiskrim dan banyak lagi. 




Last sekali satu bahagian yang disukai orang orang perempuan iaitu bahagian penjagaan diri untuk wanita. Kat sini ada jual pelbagai produk untuk wanita seperti Aloevera Body Cleanser, Essence Oil, Vitalizing Nutrition Hair Pack dan banyak lagi. Siap disediakan lagi cermin untuk orang perempuan mencuba produk mereka ni. Memang suka lah kalau dapat beli yang jenama terkenal kat Korea dengan harga murah. 



Selain daripada jualan makanan kat Gyeonggi Korean Food Fair ini juga ada banyak lagi aktiviti menarik sepanjang 13 hari berlangsung. Kalau korang beli barang kat sini lebih RM100 layak untuk sertai peraduan SPEND & WIN Lucky Draw, Hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi. Juga ada juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang akan diadakan pada 10 Ogos hari Sabtu. 





Kalau kat pentas utama tu juga ada persembahan K-POP Dance, Mascot Appearance, Eating Competition, Cooking Demonstration dan banyak lagi. Korang boleh rujuk jadual yang Maha sertakan ini untuk ketahui aktivit sepanjang karnival ini. Jadi memang best lah datang tak bosan meriah. Ibu-ibu boleh beli barang si ayah boleh tengok persembahan dan anak-anak boleh masuk peraduan mewarna. Jadi datang lah bawa satu keluarga kat karnival ni mesti meriah punya ok.






19 ulasan:

  1. tak dapat pergi korea pun still boleh shopping barang korea kat malaysia hehe

    BalasPadam
  2. Macam nak pergi je food fair ni. Walaupun tak berapa nak minat Korea, bolehlah bwk kwan2 nnti sbb ramai yg minat Korea. Terima kasih share ya

    BalasPadam
  3. Pepero memang murah. Anak I suka makan biskut ini and Korean instant noodle. Will bring them here this weekend to grab some Korean food.

    BalasPadam
  4. Best nyer, Maha. Aida ni jakun skit dgn kOrean food.lom brape kenal. If dpt g expo ni,try sample,surely kurang jakun nyer kelak.
    Bagus ada food fest sebegini kan. Dpt beri pendedahan kpd Malaysian. Tak perlu ke korea :)

    BalasPadam
  5. Bab korean food ni, ruby belum pernah rasa lagi. Yang ramen tu anak sulong suka makan.

    Bagus event macam ni. Boleh cuci cuci mata sekali.

    Wahh. Produk untuk wanita ada sekali 👍😁

    BalasPadam
  6. tak reti nya nak ber korean food. teringin je nak cuba. kena jadi lebih berani. ajak kawan-kawan kaki kpop memang menjadi la. tapi bab skincare barang korean memang best gila.

    BalasPadam
  7. Ohh menarik nii, good to know thanks for sharing yea! Macam2 pilihan betul ada kat sana, nasib baik mereka buat agak panjang masa / tarikh tu ek sampai next week, hopefully sempat la terjah hehe.

    BalasPadam
  8. Banyak betul product Korea sekarang ya. Saya pon teringin nak pergi weekend ni. nak beli kimchi dan seaweed. Bawa anak expose tengok barang import dari korea

    BalasPadam
  9. Terbaik bro. Yang pasti pengemar makanan Korea akan menyerbu tempat sebegini. Pelbagai produk dari negara Korea mudah di dapati lepas ini. Agar kecewa Naim tak berasa lalu nak makan. haha

    BalasPadam
  10. Wah.... Korean lovers sure suka ni..!! Kena bagitau kengkawan yang hantu korea k-pop. Korean food fair sebegini bagus untuk macam nina yang belum reti perihal korean food. Boleh laaa rasa intai dulu mana yang sedap berkenan di hati. Aktiviti pun best menarik situ, nak ajak geng pegi laaaaa

    BalasPadam
  11. Kita nampak banyak korean food favorite kita. Ada kek ikan, kimchi, kek beras, banana uyu. Nak kena terjah ni sebab harga dia murah dah tu.

    BalasPadam
  12. Ingatkan dieorang ada barangan makanan je dekat sini. Tak sangka ada barang barang lain macam toiletries jugak. Harga pun nampak macam not bad

    BalasPadam
  13. Tuan Maha memang hebat pada niche blog beliau sendiri. Saya tak reti dengan semua ni tapi seronok membaca perkongsian semua rakan blogger yang hebat. nice sharing tuan Maha

    BalasPadam
  14. Dah laam tak makan makann korea..best ni..banyak pilihan dekat sini..nak je terjah..kene ajak laki kita la ni..pujuk sikit..hahaaha..duit pun kene ado ni..hahaa

    BalasPadam
  15. adududu mengancam tengok produk2 yang ada. walaupun saya taklah gilakan makanan korea tapi tetap nampak mengancam. haha. dahlah mytown ni dekat je. lepas tu minggu depan cuti sekolah. habislaaaaa

    BalasPadam
  16. Wahhh jalan-jalan food fair ni dah macam jalan-jalan kat Korea dah. Macam macam ada. Boleh beli buat stok ni.

    BalasPadam
  17. Best nie Maha ! Kita suka datang korean fair macam nie. Macam2 boleh beli pada harga promosi. Mudah, semua produk korea ada dijual. Xperlu cari satu persatu kedainya

    BalasPadam
  18. Bestnyaaa. Kita dah la suka sangat korean food!

    BalasPadam