Barang Memasak,

Masa Untuk Beli-Belah Barang Masak Yang Segar Dan Murah di Segi Fresh Market

7:00 PG Mahamahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak tahu ini yang keberapa kali sebenarnya Maha beli-belah kat Segi Fresh Market sebab memang setiap bulan bila bekalan dapur habis sini lah lokasi yang selalu Maha pergi. Bagi Maha segala keperluan ada daripada barang basah, barang segar, mahupun yang perlu untuk dapur ada di sini.

Korang tahu je lah kan kalau hidup membujang ni memang kena memasak sendiri lah kalau nak berjimat dan juga dapat makan yang sedap-sedap. Jadi barang dapur Maha kena pastikan semuanya mencukupi agar masak tu jadi lebih senang. Kebetulan hari minggu lalu memang teringin sangat nak makan Kerang dan juga Udang jadi Segi Fresh lah yang lokasi yang Maha tuju.


Di sini untuk barang segarnya dijamin setiap hari adalah bekalan baru sebab tu Maha suka datang awal pagi kat sini. Pasaraya Segi Fresh ini buka awal dari pukul 8.00 pagi dan tutup pukul 10.00 malam. Jadi masa untuk pergi beli-belah tu lebih awal dan tidak perlu bersesak-sesak. Kalau pagi-pagi ni semua bekalan terutama makanan laut seperti udang, kerang, sotong dan pelbagai jenis ikan masih molek.





Kalau macam daging dan juga ayam pun kat sini sentiasa ada bekalan yang mencukupi. Paling Maha suka adalah mereka menyediakan perkhidmatan untuk memotong atau menyiang ikan bagi orang yang malas macam Maha ni. So itu sangat memudahkan kerja didapur hanya bawa balik ikan tu basuh bagi bersih tak perlu nak fikir nak siang.







Hari tu Maha beli lebih kurang dalam setengah kilo Kerang sebab memang teringin sangat nak makan kerang. Lepas tu Udang juga Maha beli lebih kurang dalam setengah kilo. Lagi beli Sotong yang bersaiz besar tu ada dalam lima ekor juga bersama dengan sedikit isi ayam. Semua sekali barang basah ni harga tak sampai pun dalam RM50 memang sangat jimat dan menuntungkan.

*Tips memilih kerang yang segar pastikan cengkerang kerang terbuka sedikit dan tidak tertutup rapat.






Lagi Maha hari tu cari juga beberapa barang untuk memasak seperti Serai, Lengkuas, Halia, Cili Padi, Cili Merah dan juga sayur sayuran. Kat sini korang boleh dapat semua bahan rempah masakan tempatan dengan mudah dan harga berpatutan. Kalau hari raya hari tu masa nak buat open house pun Maha cari kat Segi Fresh semua ada bawah satu bumbung sangat senang.






Selain daripada barang basah untuk memasak Maha juga suka pergi bahagian buah-buahan. Itu adalah ruangan wajib singgah bila kat pasaraya. Nak tengok buah apa yang ada tengah promosi waktu tu. Hari tu pergi kat Segi Fresh mereka ada jual buah Salak murah gilerr. Kali ini pun rezeki Maha sebab ada jualan murah buah Laici dan juga Anggur. Korang tengok harga tu sangat tak masuk akal jadi tak lepas peluang lah beli.

Buah lain yang Maha beli hari tu kat sini adalah Jagung Manis, Epal Hijau, Jambu Batu dan Mangga yang sangat besar gedabak. Semua ni harga pun tak sampai RM50 untuk semua ni. Jadi kalau campur barang dapur dan juga buah-buahan ni tak lebih daripada RM100 Maha beli kat sini. Tu tak masuk lagi barang-barang lain ada juga lah dah alang-alang dah kat pasaraya. 





Bagi Maha sini bukan sahaja sesuai untuk keperluan rumah sahaja tapi juga sangat bagus untuk yang suka beli secara borong. Contohnya peniaga kecil-kecilan atau juga yang ada buat business makanan dan katering sini sangat menjimatkan bila beli dalam kuantiti yang banyak sekali. Sebab setiap Masa akan ada promosi harga murah tengok lah time Maha datang hari tu banyak harga yang tak masuk akal murah gilerr.





Seronok sebenarnya beli kat Segi Fresh Market ni sangat menjimatkan dan juga tak perlu bawa cash banyak sebab harga dijamin murah dan berganda-ganda korang boleh beli. Tak ada cash guna debit card pun boleh kat sini. Tapi ingat kena bawa shopping beg sendiri lagi jimat tak perlu nak bayar bag plastik. Kita kena jaga alam sekitar juga dalam masa membeli belah ni betul tak. Jadi korang tepuk dada tanya nafsu mana nak beli lebih jimat dan banyak. Selamat membeli semua.

Info lanjut tentang promosi harga dan lokasi pasaraya layari :







21 ulasan:

  1. Banyak pilihan . Kalau peribadi , bab Ayam di pasar raya sebegini, rasa was2 nak beli. takut cara penyembelihan ayam tersebut. hehe.

    Apa2 terima kasih share tempat yang menarik untuk membeli

    BalasPadam
  2. Heaven lah bila dpt soping semua di sini, Maha. Fresh. Sayur semua cantik2! Aida bleh spend more than a hour kalau gini la best nyer pasaraya ni :-)

    BalasPadam
  3. Best kalau dapat shopping barang2 basah kat sini....
    https://abamkoriee.com/family-time-kat-mykori-dessert-cafe-di-hujung-minggu/

    BalasPadam
  4. Memang ramai yg suka membeli barang barang masakan dan brg dapur di Segi Presh Market ni.

    Brg kalau kualiti di jaga dan harga murah, memang akan ramai membeli.

    BalasPadam
  5. Wah ramainya feedback pasal segi fresh ni. Murah murah betul harga barang. Barang basah pun nampak fresh. Nanti syira nak shopping juga

    BalasPadam
  6. Amboi.. ramai nya pergi Segi sebab barang-barangnya yang mudah dan segar. Macam Maha untunglah, pandai cari nak beli barang murah kat mana lepas tu pandai masak.

    BalasPadam
  7. Best pulak tengok Maha shopping barang basah kat situ. Nampak fresh. Pastu pilihan pun banyak. Kita tergoda pulak tengok Maha masak kerang tu. Sedapnyaa.

    BalasPadam
  8. amboi bukan main seronok shopping barang dapur kat segi fresh. suka juga datang sini sebab barang yang dijual murah, segar & banyak pilihan. sesuai untuk suri rumah tangga, peniaga, katering atau mereka yang nak buat kenduri kendara. boleh beli banyak barang harga berbaloi-baloi

    BalasPadam
  9. Awakkk, sedapnya kerang tu. Nak resepi boleh??? hehe.. Eh, ni Segi Fresh yang kat Subang tu ekk. Dekat dah ni ngan rumah, nanti boleh la mai shopping sini. Menarik tgk pilihan dan harga.. murah2 tuuu...

    BalasPadam
  10. Segar betul barang basah kat segifresh ni. Memang best shopping kalau barang basah segar macam ni. Kalau lah kat Ipoh ada segifresh ni.

    BalasPadam
  11. Syok yer tengok Maha beli kerang fresh, pastu dah siap masak nampak sedap sgt. Terus craving nak makan kerang. Thanks kongsi tips beli kerang tu. Best tgk semua barang2 kat Segi, nampak fresh dan harga murah

    BalasPadam
  12. Apabila Maha shopping barang basah dan masak, kalah perempuan hahahah. Thank you for the tips untuk pilih kerang, bagi la lagi tips nak pilih barang basah T_T Help a new wife yang baru nak belajar masak here hahaha. Maha buat sambal udang tu pun nampak sedap hahah.

    BalasPadam
  13. Rugi tak g shopping sana hari tu. Tapi memang klau bagi shopping barang dapur memang Liez suka sangat. Semacam terapi lah.. tengok sayur2 fresh je tu.. seafood pun nampak segar dan still fresh.

    BalasPadam
  14. Memang best beli barang basah kat segi. Macam2 jenis lauk ada. Kita suka cari ikan kat sini. Sebab harganya sangat murah dan berbaloi

    BalasPadam
  15. Alahai seronoknyaaaaa tengok haiwan fresh macam tu. Bila masak, rasa manis dia kan? Lama dah ni tak makan kerang. Tak jumpa kerang fresh kat sini. Tengok bro maha shopping barang dapur ni, kalah kami yg kaum wanita ni tau :D

    BalasPadam
  16. Sis pun dah suka beli belah kat Segi Fresh ni. Barang fresh dn harga pun murah. Puashati sangat bila macam2 dapat beli..bayar2..ehhh murahnya. Balik rumah terus masak dan perut pun senang hati..hehehe

    BalasPadam
  17. Tengok barang segar-segar, rasa macam patut pergi shopping dekat Segi balik. Dah lama betul tak shopping dekat segi.

    BalasPadam
  18. rumah saya dekat dengan segi jugak , memang biasa beli barang dapur kat situ jugak , makcik2 nak kenduri pun beli barang kat segi sebab katanya lebih murah berbanding tempat lain

    BalasPadam
  19. i have to say lelaki memang pandai sangat tangkap gambar ni. memikat hati betul. kita tiada fresh market sampai macam tu dekat sini , if ada tu kat tengah bandar sana. tak sure berbaloi ke tak nak pergi. but yes, fresh food is dying for. bau pun sedap je. makanan basah, protein.. fresh2 then masak sedap sangat

    BalasPadam
  20. Kalah perempuan ni bab shopping barang basah n masak, sy yg bujang ni pon ikot moood masknye..hahaha

    BalasPadam
  21. Bestnya Segi Fresh! Promosi yang hebat dengan barang-barang yang murah. Penghantaran ayam, daging, ikan dan makanan-makanan lain juga segar dengan lori makanan yang bersih. Gambar-gambar yang diambil memikat hati betul sebab nampaknya semua barangnya cantik!

    BalasPadam