Cendol,

Professor Cendol Kini Dah Sampai Temerloh Boleh Lah Melantak Puas-puas

7:00 PG Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerrrr kat sini dah ada banyak tempat makan dan santai-santai yang tumbuh terbaru pulak balik kampung hari tu ada nampak Professor Cendol. Siapa tak kenal dengan kedai cendol ini yang popular sangat dengan cendol RM2 dan juga tambah percuma tu.

Sekarang dah ada satu cawangan kat Temerloh betul-betul terletak tepi jalan lama Temerloh - Kuantan berhadapan dengan Masjid Nurul Iman Kg Gau Baru. Jadi ini menjadi port lepak Maha lah lepas ini. Hari tu dah minum Coconut Shake dan juga Cendol Cheese kali ni kita cuba lak Professor Cendol ni.


Kalau dah nama cendol mestilah kat sini popular dengan pelbagai jenis minuman berasaskan cendol seperti Cendol Biasa yang hanya RM2 dan tambah percuma tu, kemudian ada juga Cendol Jagung, Cendol Pulut dan Cendol Kacang Merah. Hari tu balik kampung Maha lepak sini dan cuba Cendul Pulut dan Cendol Campur. Kalau korang rasa tak puas nak makan bawa jer mangkuk cendol yang korang dah order tadi ke kaunter dan mereka akan bagi tambah cendol percuma jer tau tapi cendol biasa jer lah.


Selain dari cendol ada juga banyak menu makanan lain yang ramai orang kata sedap kat sini. Maha try lah cuba juga Bihun Sup dan juga Rojak Passembor. Korang boleh tengok yer kat Bihun sup merek penuh tak kedekut punya dan juga rojak yang banyak puas makan seorang kalau sesetengah orang tak boleh habis tapi Maha habis jer wakakaka.


Lain-lain menu tak sempat cuba sebab perut dah kenyang masa tu hehehe. Sekarang ni balik kampung dah ada port yang menarik juga untuk lepak. Sebenarnya banyak lagi tempat makan best sepanjang jalan lama tu. So dah ada jalan lama kenapa nak guna jalan highway kan wakakaka. Jadi lepas ni sapa nak datang Temerloh kena try tempat-tempat yang Maha dah share tu.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4.5/5





0 Pandangan: