Buffet Ramadhan,

Sajian Melayu Asli Di TrEat Restaurant Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur

Isnin, April 15, 2019 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih banyak lagi bufet untuk menyambut Ramadhan yang tak berapa lama jer lagi dah Maha bagi korang pilihan nak yang murah, exclusive dan juga hidangan yang banyak mana korang nak pilih sahaja. Seperti mana kat satu lagi hotel kali ini Maha bawakan kepada korang Oakwood hotel & Residence Kuala Lumpur. Maha pernah pergi bermalam kat hotel ni korang boleh baca post sebelum ini. 


Ramadan yang akan datang hotel ini juga menyediakan bufet untuk berbuka puasa dengan tema Sajian Melayu Asli. Keistimewaan masakan Melayu di sini ia disediakan dari resipi keluarga yang telah diturunkan dari generasi ke generasi. Hidangan Melayu ini sangat kuat dari segi rasa, kepedasan dan aromatik yang tergabung dari bahan herba dan rempah-ratusnya.






Semua hidangan Melayu asli boleh didapati di sini seperti Gulai Kawah, Kari Kepala Ikan, Sup Gear Box, Ketam Goreng Bercili, Dalcha Kambing, Sotong Kicap Pedas dan pelbagai jenis Kerabu yang dihasilkan sendiri daripada chef profesional mereka. Kalau tanya Maha apa yang paling suka makan buka puasa kat sini korang kena cuba mereka punya seafood bakar memang terbaik ada sotong, ketam, udang dan ikan yang segar-segar. 









Terdapat juga sembilan jenis gerai yang dibangunkan mengelilingi kolam renang dengan buat demi masakan secara langsung seperti station Mee, Satay, Lemang & Rendang, pelbagai jenis gorengan, Ikan Bakar, Roti John, Burger, Buah-buahan segar, pelbagai jeni minuman menyejukkan dan juga station Cendol Durian yang sangat digemari ramai. Juga didalam restaurant mereka ada pelbagai jenis pencuci mulut daripada yang tradisi kepada yang modern dan menyelerakan.






Harga pembelian awal sebelum 3 Mei 2019 
RM68.00 nett untuk dewasa
RM34.00 nett untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas

Harga walk-in bufet 
RM75.00 nett untuk Dewasa
RM38.00 nett untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas








Para tetamu yang bermalam dihotel boleh menikmati pula bufet Buka Puasa ini dengan diskaun 20% dan beli secara kumpulan besar juga boleh dapat keistimewaan diskaun dengan pembelian untuk 8 orang akan dapat seorang percuma. Bufet di sini akan bermula dari 10 Mei hingga 2 Jun 2019 dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :- 
Tel : 03-2720 3827 (Direct Line) 
E-mail : fnb.event@oakwood.com
  






0 Pandangan: