Ampang,

Misi Mencari Kurma Di Berkat Madinah Sempena Bulan Ramadan Yang Bakal Tiba

7:00 PG Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bila kita mula tengok banyak mall dan pasaraya mula letakkan kotak-kotak kurma dekat pintu masuk atau kaunter bayaran itu tandanya apa. Tandanya bulan Ramadan dah tak lama bakal menjelma. Jadi kena siap sedialah sibuk si bapak pergi kedai beli kurma untuk berbuka puasa atau untuk sahur, hehehe betul tak. 

Kurma atau ada setengah negara panggil Tamar adalah sejenis tumbuhan Palma. Kebanyakan pokok kurma ini tumbuh di gugusan negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Kurma yang paling terkenal ialah dari Madinah. Sebab tu kalau orang mengerjakan Umrah atau Haji akan balik bawa pulang Kurma Ajwa atau lebih popular dikenali sebagai Kurma Nabi

Korang tahu atau tidak sebenarnya kandungan protein di dalam kurma ada lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus kandungan serat iaitu 2.0 hingga 4.0 peratus. Manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus dalam bentuk glukosa.  Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Ini bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh adalah lebih cepat serta-merta.


Jadi adakah kita nak makan kurma yang baik perlu tunggu waktu musim haji sahaja kan. Sekarang ini tak susah lagi kerana dah ada bekalan kurma terus dari Madinah ke Malaysia. Korang nak cari kurma hanya pergi sahaja ke Pasaraya Berkat Madinah. Pasaraya ini ada banyak cawangan seperti di Ampang dan Kajang. 




Maha sendiri hari tu pergi sini cari kurma terbaik. Kenapa Maha pilih kurma di Berkat Madinah ni?

- Di sini hanya kurma segar dijual mengikut musim sahaja
- Di sini terdapat lebih daripada 100 jenis kurma 
- Harga dijual secara borong
- Terdapat kurma premium yang tiada di tempat lain
- Kurma di sini 100% diimport dari Madinah

Korang boleh tengok lah sendiri ada macam-macam jenis dan nama kurma yang kadang-kadang korang sendiri tak pernah dengar. Setiap kurma ini juga ada harga berbeza mengikut gred. Sebab itu Maha suka kat sini sebab kita boleh lihat sendiri kurma tu depan mata. Malah bukan sahaja boleh lihat tapi juga boleh rasa kurma mana yang kita suka dan kena dengan selera kita. Kalau macam Maha suka kepada kurma yang lebih lembut dan lembik sikit senang nak kunyah.


Kat sini Maha senaraikan nama kurma yang mana Maha sempat tengok hari tu semasa buat pembelian. Mestinya yang paling popular adalah Kurma Ajwa, tapi ingat kurma ini juga ada beberapa jenis seperti Ajwa Almadinah VIP, Ajwa Almadinah Premium dan Ajwa Almadinah biasa. Semua ni korang boleh tengok dan rasa dulu sebelum membuat pembelian secara timbang.
Ajwa Almadinah VIP - 1KG RM109.00

Ajwa Almadinah Premium - 1KG RM100

Ajwa Almadinah - 1KG RM69.00

Lagi ada kurma lain yang juga mendapat sambutan ramai seperti Kurma Lulu, Kurma Dabas, Kurma Anbara Saudi, Kurma Jerico Medjool (Jumbo), Kurma Safawi AA, Kurma Saudi Medjool 'Large', Kurma Sukkary Saudi, Kurma Natural Tunisian, Kurma Mariami AA, Kurma Mabroom Almadinah VIP, Kurma Mariami Jumbo dan Kurma Mariami A.
Kurma Lulu - 1KG RM20.00

Kurma Dabas - 1KG RM17.00

Kurma Anbara Saudi - 1KG RM55.00

Kurma Jerico Medjool (Jumbo) - 1KG RM68.00

Kurma Safawi AA - 1KG RM45.00

Kurma Saudi Medjool 'Large' - 1KG RM75.00

Tu semua nama yang Maha sempat tengok ada jual di sini. Tak tahu nak beli mana satu entahlah. Tapi kalau korang nak yang package cantik dan boleh dihadiakan kepada orang boleh beli yang siap bungkus dalam kotak yang sangat kemas. Kurma ini pun juga ada jenis dan nama mereka sendiri mengikut gred yang telah dikotakkan. 
Kurma Sukkary Saudi - 1KG RM19.00

Kurma Natural Tunisian - 1KG RM20.00

Kurma Mariami AA - 1KG RM45.00

Kurma Mabroom Almadinah VIP - 1KG RM64.00

Kurma Mariami Jumbo - 1KG RM61.20

Antara yang ada seperti Tunis Fruit Kurma Tangkai Al-Safa, Tamara Kurma Bertangkai, Kurma Hosna, Alnoor Kurma Ajwa Madinah, Omar Kurma Tangkai, Mehic Kurma Tangkai, Kurma Vita, Kurma Delish, Farisha Kurma Mazafati, Sinwan Kurma Bertangkai, Kurma Madu Saudagar Kurma, Hanan Kurma Mozafati dan banyak lagi lah. 






Dulu Maha hanya tahu kurma satu jenis jer tapi sebenarnya bila datang sini baru tahu ada banyak gilerr. Tengok pengunjung yang datang kat pasaraya ini juga mereka akan bertanya kepada pelayan kedai mana satu kurma yang terbaik. Almaklumlah kita bukan orang Arab yang tahu semua tu. Cuma dengar daripada orang bercerita jer jadi kita pun beli betul tak. 







Sebenarnya amalan memakan kurma ini bukanlah satu amalan bermusim. Maksud Maha bila tiba bulan Ramadan jer kita baru sibuk nak cari kurma dan makan kurma kerana ia sunnah. Tapi sebenarnya kajian daripada pakar kalau kita mengamalkan makan kurma setiap hari banyak penyakit kronik dapat dirawat. Itu fakta bukan rekaan tau sebab tu Nabi menekankan pemakanan kurma ini bukan sahaja sebagai sunnah malah keperluan hari.






Masa Maha ada kat pasaraya tu untuk beli kurma ada seorang pekerja mereka cakap orang arab ada pepatah tentang kurma. Katanya 'Kalau rumah tiada Kurma ibarat rumah tersebut tiada makanan'. Sampai macam tu sekali mereka jadikan kurma tu sebagai makanan harian. Mungkin kita juga boleh buat macam tu kan apa salah.




Mungkin kita boleh start bulan Ramadan yang akan datang ni kita makan kurma hari-hari dan bila dah habis bulan Ramadan pun kita makan kurma. Tapi pastikan korang beli kurma kat Berkat Madinah ni sebab ada banyak jenis kalau satu hari satu jenis dah berapa hari lebih dari 100 hari tu. Ni cuma pendapat Maha jer lah sebab Maha pun nak cuba amalkan pemakanan sunnah ni lepas tahu kat sini ada banyak jenis. 

Alamat Pasaraya Berkat Madinah 

Cawangan Ampang
17 & 18 L1, Jalan Ampang Putra 6, Taman Putra Suliman
68000 Ampang Selangor

Cawangan Kajang 
Ground Floor, Unit No. PA-S-17 in Pearl Avenue Shops
Jalan Pasir Emas, Taman Berjaya,
43000 Kajang, Selangor. 








19 ulasan:

  1. kalu maha up entri pasal kurma nie nampak nye tak lama lagi nak masuk bulan pose ni.. time sahur pun kalu malas nak makan, kunyah kurma 2 3 biji dah cukup lepas tu sambung tidur hahaha

    BalasPadam
  2. meriahnya..mcm2 jenis kurma ada kt sini..mkn kurma bila ramadhan je..tp kalo susu kurma slalu juga..tp kalo mkn kurma suka yg jenis lembik2..tk brp suka yg jenis keras

    BalasPadam
  3. ni kalau bawak my mom ni mau berbakul dia borong nnt

    BalasPadam
  4. Perghhhh banyaknya kurma .ada 100 jenis semuanya. Saya suka kurma dabas tuh .Sedap .Kakau buat kurma milk shake sedap tu .Xpun susu kurma. Memang sedap

    BalasPadam
  5. Dah sempat serbu ke cawangan berkat madinah kajang minggu lepas. Serius kualiti kurma kt sini bukan biasa2 yer. Memang sedap dan terbaik berbeza sungguh dgn rasa yang korang beli kt pasaraya tu. Kite dah ready satu kotak untuk bekalan puasa nnti. hehehe

    BalasPadam
  6. tak sabarnya nak puasa. baru tahu ada kedai ni. bolehlah singgah nnti sbb dekat je rumah dgn cawangan kajang tu. terima kasih share :)

    BalasPadam
  7. Memang cantek2 kejadian kurma ni. Nampak segar pulak tu. Kena datang sini lah nak buat stok untuk bulan puasa nanti

    BalasPadam
  8. Rawlins pernah lalu depan cawangan Kajang tu. Memang nampak meriah pilihannya dan especially dah dekat puasa nie, memang ramai yang berpusu-pusu mencari kurma.

    BalasPadam
  9. Eh kurma ajwa dia macam murah la berbanding dengan seller yang emi selalu duk beli tu. Kalau tau emi beli sini je. Tp dah order dah pun untuk ramadhan tahun ni.

    BalasPadam
  10. Baru ckp dgn husband nak cari kurma. Tapi tak tahu lokasi org jual makanan sunnah yang best.. dah tahu la kat mana nak cari stock kurma lepas ni. Dekat ampang tu boleh la g cari.. fav kurma tu Ajwa.. harga pun agak berpatutan.. leh la pergi weekend ni

    BalasPadam
  11. Macam2 betul pilihan kurma di sini ya. First time nmpk kurma disumbat dgn kacang walnut lah, badam lah. Selalunya kosong je. Unik betul ! Nanti nk singgahlah ke Berkat Madinah. Nasib baik ada yg cawangan kajang. So dekat je

    BalasPadam
  12. Banyaknya pilihan! Kita memang selalu beli kurma sekali banyak. Biasa kita beli Mariami 6kg. Anak anak ramai kejap jer habis dan stok pun tak putus kat rumah ni.
    Nanti nak try pi sini lak borong kurma

    BalasPadam
  13. Ya Allah Maha, heaven gila masuk kedai kurma ni, penuh dengan kurma dan pelbagai jenis. Ni yang buat onie nak terjah sendiri kedai dia ni. Kebetulan puasa nak dekat. Rasa nak cari kurma yang terbaik la ginih.

    BalasPadam
  14. Wah sampai 100 jenis kurma. banyaknya mesti xtau mana nak pilih. kalau lia suka kurma ajwa tapi tahu mahal skit dari kurma lain .

    BalasPadam
  15. Banyaknya pilihan kurma yang boleh dimakan kan? Kalau bagi yang mereka nak pilih buah kurma untuk buka puasa ni, boleh lar datang ke sini.

    BalasPadam
  16. Bestnya byk jenis kurma yg kita bolih pilih..kak suka mkn kura yg xberapa manis dan lembut.

    BalasPadam
  17. Mariami adalah kurma pilihan TB sejak TB mengandungkan harraz lagi, memang itu je yang TB serasi.. yang lain terasa manisss.. yang Mariami ni macam ok je.. hehehe.. memang harraz pun dah suka kurma pulak sekarang.. hahaha.. kat mana berkat Madinah ni.. kalau dekat nak juga pi tengok tengok dulu

    BalasPadam
  18. alaa kita belum sempat beli kurma nak buat buka , nanti nak pergi sini jugaklah ....banyak pilihan dari jenis dan harga kan ikut jer mana yang berkenan ...beli kacang2 pun best

    BalasPadam
  19. This place really has so so many types of Kurma, perhaps they got the most. I have not been there yet but when i m in that area i will drop by.

    BalasPadam