AEON MALL Nilai,

Tiga Tarikan Medidik, Mencabar Dan Menyeramkan Di AEON MALL Nilai

Jumaat, Mac 22, 2019 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalunya kalau pergi shopping mall Maha nampak banyak ibu bapa runsing tidak tahu kemana nak bawa anak-anak mereka berhibur. Tak kan nak shopping baju dan handbag bersama dengan ibu kan mesti anak-anak nak berseronok dengan dunia mereka. Sebab itu selalu kita nampak ibu bapa akan biarkan anak mereka bekeliaran tak tentu arah dalam mall. 


Cuma satu mall yang baru buka ni ada daya tarikan bukan sahaja untuk kanak-kanak berhibur tapi mereka juga boleh dapat banyak ilmu dan juga pendidikan yang kadang-kadang tak diajar di sekolah. Mall yang Maha maksudkan tu adalah AEON MALL Nilai. Maha sendiri baru ini telah pergi sendiri untuk merasai pengalaman sebenar dalam tempat riadah yang dikenali sebagai The Adventurer's Web. Ia terletak di tingkat 2 mall ini dan mempunyai keluasan 2,440 meter persegi.
    



The Adventurer's Web ini adalah tempat yang dapat membawa lebih banyak pengalaman mencabar merangkumi sains futuristik dan teknologi, ke dunia kuno dan mungkin pengalaman menakutkan. Ia bertujuan untuk memupuk keseronokan, meningkatkan kemahiran berfikir, menggalakkan pembelajaran dan memberi ruang keluarga bersama orang tersayang untuk melakukan aktiviti berfaedah bersama. Tiga tarikan menarik yang ada dalam tu adalah Dinosaur Rangers, Monster House dan Mini Science Discovery Centre

Menjejaki Binatang Prasejarah Di Dinosaur Rangers


Kat sini Maha paling suka kerana kita dapat kenali binatang yang telah pupus beribu tahun dahulu dalam cara lebih dekat dan realiti. Korang akan dibawa kembali ke zaman prasejarah kerana mereka akan mengalami perjalanan kart interaktif, meneroka maze raptor, mencabar pengetahuan mereka tentang dinosaur dan tidak melupakan pertemuan dengan lebih daripada 10 dinosaur hidup





Ibu bapa kena masuk bersama anak-anak di semua bahagian yang ada dalam taman dinosaur ini kerana setiap segment membawa kepada cara yang berbeza. Paling Maha suka masuk sini adalah bahagian Education Hub. Kat sini kita akan kenali jenis dinosaur dan asal usul haiwan liar ini. Seronoknya ada dinosaur yang bergerak dan kita boleh bermain denganya seperti memberi makan dan membelainya. Tapi awas ada drama dalam segment ini dan kena berhati-hati sangat menggemparkan. 





Maha rasa kalau bawa kanak-kanak mereka paling suka kat sini sebab mereka dapat bermain dengan dinosaur serta mengenali lebih pelbagai jenis dinosaur yang paling jinak dan digeruni. Juga kat sini ada fosil rangka dinosaur yang boleh dipelajari oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa juga kadang-kadang tak tahu tentang fakta ini.  

Monster House Mencabar Rasa Takut Dunia Mistik


Ini satu lagi permainan yang ada kat sini iaitu Monster House. Ia lebih sesuai untuk golongan remaja dan dewasa mungkin kanak-kanak kurang sikit lah. Kat sini bukan macam rumah hantu biasa yang kita pernah masuk kat tempat lain. Ia lebih kepada pengenalan tentang hantu dan cerita mistik tempatan dan juga dari luar negara.




Konsep rumah ini bukan untuk menakutkan kepada pengunjung tapi nak menanam rasa berani serta memberi kekuatan kendiri untuk menghadapi apa yang kita takutkan dalam hidup. Hantu yang ada kat sini tidak akan mengganggu korang yang masuk tapi emosi kita sahaja yang dibawa dengan pelbagai jenis hantu dan suasana seram dan gelap dalam rumah ni. Awas pada yang ada penyakit jantung, darah tinggi, atau masalah mudah terkejut kena berhati-hati untuk masuk ke sini.








Misi kena selesaikan semua cabaran yang ada dalam rumah ni. Maha tak boleh nak cerita semua nanti korang dah tahu tak syok lah, tapi korang kena habiskan semuanya nak uji korang betul berani atau tidak. Jangan takut tapi kalau rasa tak berani korang jerit je kuat-kuat mesti akan rasa lega punya hehehehe. 

Pendidikan Teknologi Di Mini Science Discovery Centre


Tempat ketiga ini adalah buat mereka yang suka akan dunia sains dan teknologi iaitu Mini Science Discovery Centre. Ia berfungsi sebagai hab sains mini untuk kanak-kanak dan pelajar. Ia direka untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak tentang teknologi melalui aktiviti dan pameran seperti reverse bungee, lantai interaktif, pengaturcaraan robot dan banyak lagi aktiviti menarik lain yang ada di sini. 




Bagi Maha sini adalah sangat sesuai sangat untuk kanak-kanak sekolah nak masuk melihat dan mencuba segala teori teknologi dalam praktikal yang lebih memberi penjelasan tentang dunia sains. Kanak-kanak ni paling seronok adalah ruang segment robotik dimana mereka boleh mengendali dan juga menggerakkan robot. Boleh tengok robot menari dan juga pelbagai jenis robot yang ada kat sini banyak.




Cikgu sekolah mungkin boleh rancang untuk buat rombongan ker sini sempena dengan cuti sekolah yang akan tiba tak lama lagi ni. Ini kerana kat sini segala pemelajaran sambil bermain. The Adventurer's Web ini akan mula dibuka kepada umum 23 Mac 2019 ni. Pada hari pembukaan nanti sebanyak 200 tiket percuma akan diberikan dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Sempena dengan pembukaan ini harga tiket hanya RM25 daripada harga asal RM49. Juga kepada pemegang kad ahli AEON pula akan dapat diskaun sehingga 30% untuk masuk kesemua mainan di sini. So tunggu apa lagi boleh datang bila dah buka nanti dan bawa anak-anak serta seisi keluarga bermain dan berseronok di sini. Selamat berhibur semua ok.

Sebarang maklumat dan pertanyaan korang boleh hubungi :- 

AEON Mall Nilai, 
No. 2, Persiaran Pusat Bandar 
Putra Point, Putra Nilai 
71800 Nilai, N9 

Telefon
Monster House : +6011 1643 6050 
Dinosaur Rangers : +6012 657 4912 
Mini Science & Technology Discovery Centre : +6017 672 6385 

   

    




6 ulasan:

  1. Menarik... Anak-anak akan lebih seronok bermain dan belajar di sini. Jadi, boleh mengurangkan mereka dari bermain gadget... Bagus betul ada aktiviti menarik macam ni..

    BalasPadam
  2. This place was super fun! I'm gonna bring my kids over next week to enjoy the holidays.

    BalasPadam
  3. wahh..seronoknysa tempat ni..haritu pegi belum ada lagi..nanti nak pegi la bawak anak2

    BalasPadam
  4. Bestnyaaa hari tu lalu tak masuk pun. Rumah seram tu mmg tak nak masuk seram benor tgok. Dino and science nanti nak menerjah.

    BalasPadam
  5. Oo.. Kat Aeon nilai. Yang baru buka tu ekk..
    Erm.. Kalau masih duduk di Gemas ni rasanya boleh juga terjah sana.
    Tapi dah duduk mersing ni jauhh laaa pulak..
    Teringin nak pergi sana bawak anak anak tengok dinasour.

    BalasPadam