Amazing Thailand,

Kempen Makan Thai Lawat Thailand 2019 Bersama Mr Tuk Tuk Dan Tourism Authority of Thailand

Isnin, Mac 25, 2019 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ni Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Malaysia (TAT) berkerjasama dengan Restoran Mr Tuk Tuk Malaysia untuk kempen mempromosi negara Gajah Putih itu. Korang semua memang suka makanan Thailand jadi dengan kempen ini masa yang paling sesuai untuk menikmati semua hidangan yang popular. Korang mesti suka Pulut Manga juga minuman seperti Thai Iced Tea macam Maha lah.


Kempen ini telah bermula 20 Mac lalu hingga 30 April 2019 ini melibatkan kesemua lapan cawangan Mr Tuk Tuk di Malaysia. Restoran ini akan memperkenalkan beberapa sajian makanan dan minuman baharu sepanjang kempen ini. Makanan jalanan Thailand sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan restoran ini mengalu-alukan pengunjungnya dengan makanan Halal Thai yang sedap dan berkualiti. 



Di sini sajian telah terbukti keenakkannya dan rasa yang autentik, dan sememangnya terdapat banyak restoran halal seumpama ini di Thailand. Di antara makanan yang popular bakal diperkenalkan seperti Thai Seafood Otak-Otak, Fried Tofu with Basil Leaves, Thai Fresh Oyster with Lime Sauce, Thai Prawn Salad with Lemongrass, pencuci mulut Thai Pumpkin Custard dan minuman Thai Ice Lemongrass tea with crispy waterchestnut pearls.





Sepanjang kempen ini juga korang yang mengunjung restoran ini dengan membelanjakan lebih RM50 dalam satu resit di mana-mana cawangan restoran ini akan berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang disediakan. Korang rasa nak menang tak  hadiah-hadiah hebat antaranya lawatan PERCUMA ke Bangkok untuk dua orang termasuk penginapan hotel tiga hari dua malam, barang seperti lima buah beg bagasi, sepuluh beg tangan dan empat baucer makan di Mr Tuk Tuk.



Baru-baru ini telah diadakan majlis pelancaran kempen ini bertempat di restoran Mr Tuk Tuk The Starling Mall. Turut hadir merasmikan program ini adalah Encik Ahman Mad-Adam iaitu Pengarah TAT, Kuala Lumpur. Melalui moto Amazing Thailand, yang menumpukan kepada lima sektor utama pelancongan bagi membantu pelancong-pelancong antarabangsa merasai pengalaman mengenai negara itu daripada perspektif baharu. Sektor tersebut termasuk Gastronomi, Seni dan Kraf, Budaya Thai, Alam Semulajadi dan Gaya Hidup Thai.



Kalau rasa nak makan semua makanan ini dan juga sama-sama menyertai kempen ini korang boleh pergi semua cawangan Mr Tuk Tuk. Maha sendiri pun pertama kali sampai kat sini dan memang dapat merasai hidangan sebenar seperti makan di Thailand. Selamat menjamu selera semua ok.

Info lanjut promosi dan makanan layari :








0 Pandangan: