BEKO,

Resepi Pencuci Mulut Pavlova Lebih Gebu-gebas Dengan Menggunakan BEKO Hand Mixer

7:00 PG Mahamahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebenarnya Maha ni peminat makan dessert dan juga kuih-muih tak kisahlah yang tradisional atau yang modern. Tapi bab nak membuat kuih tu yang malas tahu makan jer wakakaka. Lama juga tak membuat resipi kat blog ni rindu nak memasak lak. Apa kata kali ni kita buat satu pencuci mulut modern yang mudah dan sangat cepat. 



Kebetulan lak kat rumah ni dah ada satu pekakas baru iaitu BEKO Hand Mixer. Tak pernah dengarkan jenama ni, Maha sendiri pun baru jer tahu. BEKO ni adalah jenama yang sangat popular daripada Eropah dan kita tahu produk elektrik dari sana memang berkualiti. Sebenarnya Maha tertarik dengan produk ni sebab bentuknya cantik dan menarik, kalau nak banding dengan yang plastik tu ia mudah berwarna kuning dan cepat pecah. Tapi yang ni lebih tahan lasak menggunakan bahan  yang baguslah boleh rasa bila korang pegang sendiri.



Firstime cuba angkat mixer ni ingat berat tapi tidak yer ia ringan dan boleh dikendalikan dengan hanya sebelah tangan sahaja. Paling best tempat pemegangnya yang lembut dan tidak menyakitkan tangan. Tahu je lah kalau pakai mixer ni nak pukul tempoh yang lama tambah kalau buat kuih tradisional tu memang kena pegang lama-lama jari-jemari akan mudah kebas, tapi ini sangat selesa.  



Tengok pulak ia ada 5 tahap kelajuan yang boleh ditetapkan dan nampak butang TURBO kat tengah tu kalau sekali-sekala nak guna untuk putaran yang kejap-kejap boleh tekan butang turbo tu. Produk ni kalau korang beli bukan sahaja dapat pemukul keluli tahan karat tapi dapat juga cangkuk doh untuk mengadun jadi kerja memasak lebih mudah dan cepat. Kat depan tu ada eject button untuk mudah korang nak keluarkan pemutar tu nak cuci nanti. 


So senjata dah ada apa lagi jom kita masuk dapur hehehe. Kali ni Maha nak membuat pencuci mulut barat yang sangat popular ramai orang tahu buatnya. Maha nak buat Pavlova selalu tengok orang buat dan jual kat kedai jer kan kali ni Maha nak cuba sendiri buat dengan menggunakan pengadun baru ni nak test power.


Bahan-bahan nak buat Pavlova sangat simple :

4 biji Telur (ambil putih sahaja)
1 1/4 cawan Gula Putih
1 sudu teh Asin Vanila 
1 sudu teh Jus Lemon
2 sudu teh Tepung Jagung

Bahan hiasan

1 cawan Butter Cream Ready-made 
Buah Strawberry dan Blueberry 

Sebelum buat bahan adunannya korang kena panaskan oven dulu 150°C ok. Cara nak membuat Pavlova ni sangat mudah dan cepat korang kena tonton video ni dengan teliti. 


Ada pantang larang kalau nak buat Pavlova ni menjadi korang kena pastikan telur yang digunakan tu adalah berkualiti dan masih baru. Juga semua peralatan yang nak digunakan bersih daripada sebarang cecair atau bendasing. Senang cerita korang lap dulu semua pekakas yang nak digunakan sehingga kering dan bersih termasuk mixer tu dan juga mangkuk yang nak digunakan. Kalau ada walau setitik air dalam tu nanti korang nya meringue tu langsung tak menjadi.



Korang tengok betapa mudah nak buatkan Pavlova ni. Maha menggunakan mixer ni rasa sekejap jer dah jadi meringue tu. Pulak tu tak perlu nak penat-penat pukul ngan tangan. Paling best ia tak menghasilkan bunyi yang kuat. Jadi lepas ni boleh lah buat banyak lagi resipi sebab dah ada mixer ni. Nak buat kuih raya pun senang sebab dah tak lama nak puasa dan lepas tu dah nak raya betul tak. Jadi sesuai sangat kena standby peralatan macam ni.



Jadi kalau sapa-sapa nak cuba resipi ni boleh try kat rumah ok. Nanti dah jadi korang kongsi dengan Maha mana tahu kita boleh tukar-tukar pendapat dan pengalamankan. Maha pun baru nak belajar buat dessert macam ni pasti ada kekurangannya hehehehe. Asyik buat makanan kampung jer sekali sekala buat yang barat baru rasa tercabar juga wakakaka. Jangan ada yang nak tempah pulak yer Maha buat untuk makan sendiri jer tau. Jemput makan dan selamat mencuba pada korang semua ok.    







22 ulasan:

  1. Nampk sedap giler. Resepi dia midah jer kan. Kalau beli mahal. Buat sendiri lagi untung dan berbaloi

    BalasPadam
  2. Bestnya kalau pandai baking! Bersemangat plak bila tengok video Maha ni! Hahahhaha. Dah la pavova tu favourite kita tau. Nanti la lepas kawin Nad start baking :p

    BalasPadam
  3. Sedapnya. Dah lama tak buat pavlova.

    BalasPadam
  4. Wah rajinnya maha buat pavlova. Emi selalu duk beli je. Tak pernah buat sendiri, haha. Tengok video maha buat pavlova ni terus rasa macam nak try buat jugak!

    BalasPadam
  5. Pavlova memang sedap kan. Tapi nak membakar nya renyah betul. Tak sanggup saya buat. Better lagi beli terus walaupun mahal. Hand mixer beko tu nampak simple je. Design pun lebih kurang minimalis kan

    BalasPadam
  6. wah memang gebu pavlova yang maha buat tu.pandai betul masak.hand mixer beko tu nmpk stylo and cute sgt..rs nak beli jgk la 1..

    BalasPadam
  7. alahai senang sangat nak buat.. bahan-bahan pun simple je. confirm sedap makan dengan buah strawberry tu. aum terliur kita tengok pavlova tu..craving nak makan benda manis ni

    BalasPadam
  8. Pandanya Maha buat Pavlova~ Kelas gitu. Tapi in serious note, Beko one of the brand yg i sdri akan recommend org used sbb mmg kualiti dia bagus jugak.

    BalasPadam
  9. weh first time buat ke apa ni? kenapa hebat sangat. omg. hahhaha btw nampak sedap sangat tu. Beko ni first time dengar but since Maha kata ok boleh la survey dekat market beli apa yang patut.

    BalasPadam
  10. Ler bahannya takde la banyak mana.. Mudah je nengoknya.. Tapi mesti kalau ade silap sikit tak menjadi. .Eh nak cuba buat la. .Ahhha. .Tapi kita takde pemukul tu

    BalasPadam
  11. bila tengok, nampak senang je yer nak buat pavlova nie. tapi nanti bila sendiri cuba buat, ya Allah macam tongkang pecah dapur tu dibuatnya. tapi nampak mudahlah guna beko hand mixer nie. nanti nak beli jugaklah. atau pinjam awak punya je =P

    BalasPadam
  12. Wah... Memang nampak mudah handle BEKO ni. Part pemegang lembut tu bagus! Kadang baking ni memang memenatkan, lenguh terutama yang hand mixer. Kena lak pukul whipping cream kuantiti yang banyak. Leh sado lengan. Hahaa... Nak try laaa seketul BEKO

    BalasPadam
  13. Eh terberkenan pulak hand mixer ni. Murni tahu jenama BEKO ni masa survey nak beli Dishwasher baruni. Tapi beli brand Electrolux..btw macam tak percaya pavlova tu Mahamahu yg buat..sedapnyer la wei..save resepi dulu lain tahun baru buat

    BalasPadam
  14. Macam best aja akak nengok Beko handmixer ni, kat mana belinya ni Maha?Beli online ke?
    OOh pantang lalrang buat merigue, tak leh ada walau setitis air ya, orait orait.
    Thanks for the tips Maha

    BalasPadam
  15. Nampak menarik produk tu..tapi sis dah ada satu kat rumah, cuma brand lain le. Pavlova tu cam menarik je..siap ada resepi, nampak gaya sis guna cuba buat gak ni

    BalasPadam
  16. wah Maha can baked! With BEKO Hand Mixer, it's even nicer kan. please bake for all of us next time okay. can't wait to taste your desserts haha

    BalasPadam
  17. ya amponn dah lama aku nam buat resepi pavlova ni..senang dan mudah kan..kalau beli kat luar mahal bukan main..buat sendiri jer sennag hehehe

    BalasPadam
  18. Pandainya Maha buat pavlova.. Nampak senang je.. AM pun nak try buat juga la.. Rujuk pd Youtube maha.. Mesti anak2 AM suka makan..

    BalasPadam
  19. Pandainya MAha ni masak and bake .. adoi.. jeles TB tau.. wah.. Beko ni jenama baru ke.. sebab 1st time dengar.. TB pun nak cari satu mixer macam ni.. dah lama tak membaking.. tak tau jadi kek ke batu ntah.. haha

    BalasPadam
  20. Oh my... I never know this is so simple. I like this beko handler. I'm still using this kind of handler for my baking. Small and convenient to bring it everywhere...

    BalasPadam
  21. Sedap tu nampak resepi dia pun mudah jer..nti nk tray jgk

    BalasPadam