Jelajah Sambutan 135 Tahun Muzium Perak Merupakan Muzium Tertua Di Malaysia

7:00 PG Maha Mahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung minggu lepas Maha telah pergi ke negeri Perak bagi meraikan sambutan 135 tahun Muzium Perak. Maha nak kongsikan pengalaman perjalanan kat sana selama 2 hari memang best dan mengujakan. Yer lah selalu pergi trip untuk travel jer atau bercuti je tapi kali ni pergi mengumpul ilmu yang tak pernah nak tahu pasal sejarah negeri Perak. Almaklumlah orang zaman millennium ini mana nak tahu semua sejarah peradaban negara.


Maha dan kawan-kawan bertolak dari Kuala Lumpur ke sana untuk menuju satu kawasan yang tak pernah terfikir nak menjejakkan kaki sebab tak tahu apa yang menarik ada di sana. Destinasi pertama kami adalah Matang berada di sebuah mukim di daerah Larut. Perkataan Matang merupakan singkatan kata bagi perkataan 'Permatang' yang membawa maksud 'Benteng'. 

Muzium Matang


Rupanya kat sini ada sebuah muzium yang mempunyai banyak sejarahnya tersendiri. Muzium Matang adalah lokasi pertama yang kami singgah dalam jelajah ini. Muzium Matang merupakan sebuah muzium in-situ yang mempamerkan kronologi sejarah yang berlaku di dalam bangunan yang pernah menjadi kediaman Ngah Ibrahim dan pusat pentadbiran Larut.




Pertama kali melihat Muzium ini dari luar memang sangat unik bagi Maha kerana ada reka bentuk British. Tak adalah besar sangat muzium ini tapi ada dua tingkat yang memuatkan pelbagai barang sejarah yang terjadi sekitar Larut termasuk kisah Perang Larut dan juga kaitan dengan kes pembunuhan Residen British pertama Perak J.W.W Birch



Masuk sahaja dalam muzium ini korang akan dihidangkan dengan seekor replika gajah yang bernama Si Larut. Gajah milik Che Long Jaafar ini lah menemukan biji timah di kawasan tersebut yang membawa kepada perkembangan ekonomi di daerah Larut. Rumah yang menjadi muzium ini adalah merupakan gudang penyimpanan hasil biji timah yang banyak pada masa itu. Kat dalam muzium ini lah korang dapat tengok peralatan pelombongan biji timah yang pernah digunakan dahulu kala.





Selepas itu korang juga dapat mengetahui tentang sejarah peperangan Larut yang berlaku sekitar tahun 1861. Juga sedikit kisah sedih tentang kehidupan Ngah Ibrahim dan pembesar kerajaan yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles selepas dituduh dalam kes pembunuhan residen Perak pertama pada masa itu.  Maha ni pun tak tahu semua sejarah ini tapi setelah pergi melawat muzium ini banyak pekara menarik dalam tu yang banyak melambangkan kemajuan dan juga kakayaan orang lama kita dulu.





Setelah puas berada kat muzium tu dengan buat beberapa aktiviti menarik kat sini kami terus bergerak untuk check in kat hotel. SSL Trades Hotel yang terletak kat Taiping sebab hari esoknya kami akan ada aktiviti di Muzium Perak. Jadi check in kat sini memang best dapat rehatkan diri setelah separuh hari dalam perjalanan yang agak memenatkan. Malam pula kami ada aktiviti lagi menarik iaitu pergi ker Night Safari.





Zoo Taiping dan Night Safari


Tepat jam 8.00 malam kami bergerak untuk makan malam dan selepas itu kami akan ker Night Safari. Kat Taiping ni popular dengan Night Safari iaitu zoo yang dibuka pada waktu malam untuk melihat aktiviti haiwan yang aktif diwaktu malam. Night Safari ini dibuka setiap hari dari pukul 8.00 malam sehingga pukul 12.00 malam.



Maha sangat teruja sebab ini pertama kali nak masuk Zoo Taiping dan melihat aktiviti haiwan pada waktu malam kerana selalu orang melawat zoo siang jer kan. Zoo ini menempatkan beribu haiwan dan mamalia yang jarang kita lihat kat negara kita. Maha paling suka berada kat zoo ini adalah melihat teletah haiwan yang aktif mencari makan waktu malam. Korang juga berpeluang untuk lihat pegawai zoo memberi makan kepada haiwan ini yang dibuka kepada umum bermula dari pukul 8.45 malam higga 10.00 malam.




Paling menarik perhatian Maha kat sini adalah Badak Air yang sangat besar dan menggerunkan. Pastu dapat lak tengok secara dekat mereka memberi makan kepada haiwan ini. Saat paling comel kerana melihat anak badar air yang lahir di zoo ini dan membesar dengan sihat. Lepas tu juga kat zoo ini kita dapat lihat kelibat anak Kuda Belang yang juga lahir kat zoo ini. Cuma Kuda Belang ni susah nak dekat sebab mereka begitu aktif.



Korang juga berpeluang nak memberi makan kepada Zirafah yang ada kat zoo ini. Kat sini ada dua ekor Zirafah jantan dan betina yang memang jinak boleh kita pegang. Ia satu pengalaman yang tak dapat kat tempat lain sebab selalu kita tengok haiwan dari jarak jauh atau dalam sangkar sahajakan tapi kat sini kita boleh pegang dan bergambar dengan haiwan-haiwan tersebut.



Zoo Taiping ini bukan sahaja tempat mempamerkan haiwan untuk ditonton tetapi mereka juga menerapkan pendidikan kepada pengunjungnya. Dimana mereka juga menekankan kepada bagaimana untuk melindungi haiwan yang semakin pupus akibat daripada ekonomi memperdadangkan anggota dan kulit haiwan ni dalam pasaran haram. Selain itu juga mereka ada menyediakan pusat konsovasi haiwan-haiwan di sini untuk memastikan ia terus hidup dan mempunyai baka yang boleh ditatap oleh anak cucu kita nanti.



Jadi datang sini sangat menginsafkan Maha bahawa kehidupan haiwan ini sudah terancam oleh kerakusan manusia sendiri. Kalau korang ada masa untuk bercuti kat sini boleh datang bawa anak-anak semperna dengan musim cuti sekolah. Harga tiket untuk masuk Night Safari ini hanya RM10.00 untuk kanak-kanak dari usia 3 hingga 12 tahun dan RM20.00 untuk dewasa. Terima kasih kepada Zoo Taiping dan Night Safari kerana menerima kedatangan kami dan memberi banyak ilmu kepada kami tentang haiwan yang unik dan menarik.




Lepas habis aktiviti kat zoo kami balik hotel dan rest untuk aktiviti utama keesokan hari nya iaitu Majlis Perasmian Sambutan 135 Tahun Muzium Perak. Masa untuk mengadap Timbalan Yang Di-Pertuan Agung satu majlis yang bersejarah kat daerah Taiping khasnya.

Majlis Perasmian Sambutan 135 Tahun Muzium Perak


Hari kedua pula bersambung dengan bangun awal pagi untuk sarapan dan perlu berada kat Muzium Perak pukul 9.30 pagi sebelum acara bermula. Ini juga adalah pengalaman pertama Maha untuk jejak kaki ke Muzium Perak iaitu merupakan muzium tertua dan pertama di bina di Malaysia sejak tahun 1883




Acara kat muzium ini bermula dengan majlis perasmian sambutan ulang tahun muzium itu sendiri oleh Timbalan Yang Di-Petuan Agung, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim. 


Dalam titah Tuanku dimana baginda ada menyentuh tentang:

"Fungsi asal muzium untuk memelihara dan menjaga khazanah warisan negara, kini semakin ketara beralih peranan untuk memenuhi fungsi-fungsi penyelidikan, pendidikan, pemasaran, teknologi dan inovasi. Muzium tidak harus dikagumi kerana artifak, ciri estetika atau aura misterinya, tetapi muzium hendaklah, dalam mempamerkan bahan dan mempersembahkan urutan peristiwa, berupaya membangkitkan nostalgia silam dan mencuit memori, serta memiliki daya menghembuskan roh keinsafan - membarai semangat kesedaran, melalui ekshibit yang mempamerkan pelbagai tragedi, terutama tragedi yang banyak mengorbankan nyawa dan memusnahkan kehidupan.'




Ini terbukti dengan terbinanya muzium dan tugu peringatan Hiroshima dan Nagasaki bagi memperingati kisah sejarah pengeboman yang berlaku pada dua daerah tersebut oleh tentera Amerika. Di negara China pula Dewan Memorial Nanjing dibina bertujuan memperingatkan rakyat negara China dan warga dunia akan serangan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jepun. Manakala The National September 11 Memorial and Museum, di New York dibina untuk memperingati peristiwa pahit yang meruntuhkan World Trade Centre pada pagi 11 September 2001, mengakibatkan 2,977 nyawa terkorban.

Muzium Perak


Jadi itu sangat penting kepada penubuhan dan juga penjagaan muzium yang dapat membentuk Negara Bangsa. Sebab itu peranan muzium sangat penting kepada sesebuah negara untuk terus maju seiring dengan teknologi tanpa menyisihkan sejarah mereka. Sedikit lah sejarah Muzium Perak yang Maha sempat baca semasa melawat muzium ini. Bangunan muzium ini di bina oleh Sir Hugh Low Residen British Ketiga di negeri Perak pada masa itu. Kenapa muzium ini di bina di Taiping kerana pada masa itu Taiping adalah ibu negeri kepada Perak. 



Asas kepada pembinaan Muzium Perak oleh pihak British adalah untuk menyelidik dan mengumpul bahan sejarah, adat resam, budaya dan alam semula jadi tempatan bagi memahami cara hidup dan budaya masyarakat setempat. Sejak itu muzium ini mengalami beberapa penambahan ruang dan struktur tapi masih mengekalkan reka bentuk asal pada bangunan utama muzium ini.  



Semasa Maha melawat muzium ini dapat melihat pelbagai barangan pra sejarah tentang negeri Perak. Tahukah korang muzium ini kaya dengan bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobologi yang sesetengahnya berusia lebih dari 100 tahun. Kat sini kalau korang masuk akan nampak tengkorak kepala gajah yang memang sinonim dengan negeri Perak. Kalau masuk dalam lagi akan nampak pelbagai tengkoran haiwan lain yang begitu jarang kita dapat lihat.



Dalam muzium ini ada empat galeri utama iaitu Galeri A adalah geleri utama bangunan ini. Kemudian Geleri B yang mempamerkan tentang haiwan dan alam semulajadi. Kat sini lah korang dapat lihat tengkorak haiwan dan juga pelbagai jenis haiwan yang unik. Seterusnya ada Geleri C yang mempamerkan kebuyaan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Serta Geleri D iaitu geleri yang mempamerkan koleksi tinggalan orang asli dan juga koleksi tembikar. 




Maha sempat lah masuk semua geleri dan memang terpegun dan juga rasa baru tahu banyak tentang sejarah dan juga ketamadunan di negeri Perak. Sempena dengan sambutan 135 tahun Muzium Perak ini pelbagai aktiviti menarik di rancang di sini untuk mendekatkan rakyat dengan muzium. Pameran 135 Tahun Muzium Perak akan berlangsung sehingga 31 Mac 2019 jadi masih berpeluang korang untuk ke sana dan nikmati pelbagai aktiviti yang dirancang. 


Selepas habis semua aktiviti ini maka berangkatlah kami semua pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pelbagai pengalaman dan ilmu didada tentang sejarah yang tidak pernah nak diambil tahu sebelum ini. Bagus juga ada aktiviti macam  ni selalu dapat Maha belajar banyak perkara menarik. Terima kasih nak ucap kepada Jabatan Muzium Malaysia dan juga Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia kerana membawa Maha dan kawan-kawan lain untuk aktiviti menarik ini. Ingat semua Muzium Kita Tamadun Kita






  



Anda juga suka post ini...

18 ulasan:

  1. muzim perak ni masa aku belajar je aku pi itu pun sebab ada assignment huahauha, dah cantik rupanya. boleh pi nanti kalau ada kelapangan. masuk percuma kan

    BalasPadam
  2. airah orang perak hihihi dah lama tak datang muzium tu.zoo dengan lain2 memang rajin la pergi.kena buat list lawatan tempat menarik dekat perak lepasni sebab rasa macam dah lama tak pergi since tinggal jauh ni

    BalasPadam
  3. Seronok ni kalau dapat pergi muzium perak, banyak tempat menarik dalam Malaysia yang kita boleh lawati sebenarnya kan baru la ada jati diri anak malaysia huhu

    BalasPadam
  4. Menarik tapi gambar abam xada pun

    BalasPadam
  5. Menarik ni. Syira dari zaman sekolah memang suka dengan muzium. Rasa ingin tahu tu banyak. Nanti nak pergi la. Btw zoo taiping memang best. Tahun ni dah pergi bawak anak.

    BalasPadam
  6. Cantik gak muzium ni ..anak dara akak suka la kalau part muzium ni...dia suka meneroka sejarah...compare mak dia..mmg pening kalau masuk muzium

    BalasPadam
  7. Tempat lahir saya. Whoaaaa!!! tempat field trip saya masa kecik. Muzium ni memang menarik walupun kecik. Zoo Taiping pun best jugak.

    BalasPadam
  8. Wahhhh seronoknya dapat melihat jelajah media ke tempat2 sebegini. Tidak sangka, sudah menjangkau 135 tahun umurnya. Semoga muzium ini terus kukuh utk generasi akan datang. Yelah, zaman sekarang, anak muda tak datang tempat2 macam nie. Walhal byk info2 menarik berada di muzium2. Rugi x pergi

    BalasPadam
  9. LeYa dari kecik memang parents akan bawak bercuti dan melawat Muzium. Tak silap muzium Perak tu dah pernah pergi.. Sebab teringat tengkorak gajah tuh...

    BalasPadam
  10. Pernah pi muzium kat Taiping tu je. Muziu Matang tu tak pernah pegi lagi. Nak kena masuk dalam list la cam ni. Taiping dah konfem2 mmg tempat fave bawak anak jalan2 sbb ada Zoo dan lake garden. Hehee

    BalasPadam
  11. Bestnya kalau ayu dapat peluang macam ni. Ayu memang minat pergi tempat2 macam ni.

    BalasPadam
  12. Tak pernah lagi pergi muzium dekat sini. Dulu ingat lgi belajar sejarah pasal peperangan larut semua tu. Bagus dibuka muzium seperti ini.Dapatla tau asal usul semua, yang kita dah lupa. Zoo tu nampak menarik..nak pergi juga tpi tunggu anak besar nanti

    BalasPadam
  13. Wah bestnya dapat pergi melawat muzium. Lia selalu turun ipoh pun tak sempat nak lawat muzium tu. Zoo taiping pun lama x pergi sedangkan dekat je dengan penang.

    BalasPadam
  14. Bestnya dapat explore negeri Perak, pernah sampai banyak kali, tapi banyak tempat menarik tak pergi lagi. Terima kasih info senang nak rujuk nanti

    BalasPadam
  15. Selalu pergi Perak tapi x pernah sampai di sini. Agak menarik sebab ada banyak sejarah tentang negeri Perak yang boleh kita belajar di sini

    BalasPadam
  16. wah!! bestnya maha dapat peluang melawat tempat bersejarah dan menarik di Perak ini. banyak juga tinggalan sejarah yang masih dijaga dan dipelihara disini yea..

    BalasPadam
  17. Welcome TO Perak. Ini lah kampung ruby. Banyak tau muzium best. Siap ada muzium bijih timah, kapal korek real besar pun ada. Masa buat assignment sekolah, Ruby cakap kat parent ruby kena buat kerja Kursus bijih timah. Terus mereka bawa balik kampung. Nnti anak2 ruby pun, Ruby nak bawa mereka ke muzium.

    BalasPadam
  18. Enjoykan maha jelajah 2 muzium yg penuh search.

    BalasPadam