Deepavali,

Lulu Hypermarket & Department Store Sudah 2 Tahun Di Malaysia Meraikan Promosi Deepavali

Isnin, Oktober 22, 2018 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahniah kepada Lulu Hypermarket & Department Store yang kini sudah 2 tahun beroperasi di Malaysia sebagai sebuah pasaraya pilihan ramai. Maha adalah salah seorang pembeli setia untuk pasaraya ini sejak mula beli tahun lepas sehingga ke sekarang dan mesti datang sini untuk membeli semua keperluan barang rumah daripada barang dapur hingga kepada keperluan peribadi.



Potongan Sehingga 70% Sempena Deepavali


Kalau korang datang sekarang pasaraya Lulu ini mereka tengah buat promosi untuk sambutan perayaan Deepavali yang akan tiba tidak lama lagi. Bermula 19 Oktober hingga 6 November 2018 terdapat tawaran hebat pada semua barang keperluan perayaan seperti pakaian, kasut, beg wanita, Churidars dan Sarees sehingga 70% diskaun. Kalau korang naik tingkat 2 di bahagian Lulu CELEBRATE memang banyak sangat pilihan pakaian untuk perayaan cahaya ini. Cantik-cantik dan terkini dengan harga sangat murah.






Ini tidak termasuk jualan murah pada item promosi dari produk harian, barangan runcit, produk kesihatan / kecantikan, rumah tangga & kelengkapan rumah serta IT / Mobile dan barang elektrik. Ia akan membantu pelanggan setia seperti Maha ini untuk berjimat banyak. Sebab tu setiap kali promosi macam ni korang memang kena sentiasa peka dengan perkembangan mereka, nak tahu kena follow Facebook mereka memang selalu ada update di sana.






Juga korang akan rambang mata kerana terdapat promosi terpilih dengan potongan sehingga 50% diskaun dari kategori lain termasuk bahagian barangan segar, kedai roti, makanan runcit, keperluan peribadi, isi rumah, perabot rumah, elektrik, mainan, bagasi dan alat tulis. Sudah tentu, ini adalah cara yang sempurna untuk meraikan kedatangan Deepavali yang disambut seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan bangsa.





Sebab tu juga kalau Maha datang sini tidak pernah sikitlah troli yang bawa tu memang akan penuh dengan barang untuk beli. Dekat Lulu Hypermarket ini segala kemudahan lain ada seperti surau, food court yang besar dan juga parking yang banyak. Jadi tidak ada masalah kalau datang untuk beli belah bersama keluarga. Dengar kata tahun depan Lulu akan buka lebih banyak cawangan di Shamelin, Setia City Mall dan Bangi Gateway. Jadi lepas ni lebih meriah nak shopping banyak-banyak di Lulu. Rasa tidak sabar nak tunggu pembukaan baru ini.

Upacara Penyampaian Hadiah Peraduan Shop & Win 2nd Anniversary


Selain daripada promosi-promosi yang banyak ni semperna dengan sambutan tahun ke 2 Lulu Hypermarket di Malaysia mereka juga telah menganjurkan peraduan Shop & Win 2nd Anniversary. Peraduan yang telah dianjurkan sejak 4 May tahun ini telah berakhir pada 31 Ogos lalu memperolehi penyertaan lebih daripada 200,000 kupon cabutan daripada pelanggan setia. Cara penyertaan mudah jer mereka perlu bebelanja di Lulu Hypermarket RM50 dalam satu resit dan layak untuk menyertainya.

Mr Asif Moidu Ahamed Pengarah Serantau Lulu Hypermarket & Department Store

Datin Hajjah Foziah Gous Pengasas FGWalet

Maha juga salah seorang yang telah hantar penyertaan tapi belum ada rezeki mungkin next peraduan. Hadih yang ditawarkan juga hebat-hebat iaitu hadiah utama 2 buah kereta Myvi, manakala 4 buah motorsikal Yamaha Lagenda 115z dan juga 10 buah telefon pintar Huawei P10. Baru-baru ini mereka telah menganjurkan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang telah dipilih pada 14 July dan 8 September baru-baru ini. 



Pada 20 Oktober hari Sabtu lepas semua pemenang diraikan dalam majlis yang meriah dihadapan ruang lega pasaraya Lulu ini. Maha sempat hadir untuk memeriahkan majlis dan meraikan semua pemenang. Tahniah kepada semua pemenang kalau korang nak tahu senarai pemenang boleh ker laman web mereka. Majlis penyampaian hadiah dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional Malaysia dan juga kehadiaran pelakon yang hebat iaitu Datin Hajjah Foziah Gous yang merupakan pengasas produk FGWalet yang boleh dibeli di Lulu tau.



Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang tunggu tahun depan kalau ada lagi kita masuk pula. Nak masuk kena rajin beli-belah dekat Lulu ini baru boleh ada peluang. Mungkin tahun depan hadiah lagi hebat dan juga akan ada banyak cawangan lebih mudah untuk kita shopping. Lulu Hypermarket & Department Store memang sentiasa ada buat promosi kena selalu datang memang sangat murah korang akan terkejut punya. Selamat membeli belah semua. 

Maklumat lanjut dan juga promosi lain layari







1 ulasan: