Promosi Ramadan, Bazar Raya Dan Peraduan Ulang Tahun ke 2 LuLu Hypermarket

7:00 PG Maha Mahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mana korang selalu beli belah keperluan untuk bulan Ramadan ini atau untuk persiapan Hari Raya nanti. Maha pilih satu jer lokasi yang ada semua sekali keperluan ini lengkap dan paling best murah tau. Ada promosi potongan sehingga 70% sempena bulan Ramadan ini.


Kat mana lagi kalau bukan LuLu Hypermarket yang popular tahun lepas kerana telah pecah Malaysia Book Of Record dengan menyediakan kek buah terpanjang di Malaysia. Tahun ni pun Maha masih shopping kat sini lagi sebab promosi dah barangan yang ditawarkan memang banyak. Maha paling suka adalah pergi bahagian barang basah atau barang dapur.

Promosi Ramadan Sehingga 31 Mei 2018


Kat sini Maha paling suka adalah beli belah barang keperluang dapur kerana Maha ni seorang yang suka memasak kat rumah jadi memang selalu beli. Paling best kat sini korang boleh dapat macam-macam seperti sayur segar, makanan laut dan juga daging serta ayam untuk memasak. Maha kalau datang akan beli semua ni temasuk juga buah-buahan memang best rasa syurga sangat kat sini.







Kalau korang teringin nak dapatkan makanan kekacang atau manisan dari negara Timur Tengah kat sini semua ada. Macam coklat dan juga kurma serta manisan popular seperti Kudhri, Mejdoul dan macam-macam lagi yang terbaik daripada negara tersebut. Ini selalunya kalau orang pergi Haji atau Umrah bawa balik. Jadi sekarang tak perlu tunggu musim lagi boleh dapat setiap masa dan waktu dengan harga terbaik. 






Paling penting semua produk yang dijual kat sini dijamin halal dan dibawa selamat untuk semua bangsa dan agama menikmatinya. Contoh macam cheese kat sini ada pelbagai jenis cheese dan juga makanan jeruk yang tak pernah kita jumpa. Barang-barang keperluan peribadi juga banyak jual kat sini memang boleh shopping semua perkara dibawah satu bumbung. 






Kalau Maha datang shopping sini satu troli tu memang penuh semua dengan barang-barang. Sebab kadang-kadang kita beli bajet harga tapi bila kira kat kaunter masih ada lagi promosi potongan jadi lagi murah dari yang kita bajer. Sebab tu Maha tiap-tiap tahun akan shopping kat sini sampai penuhlah satu troli tu tak menang tangan nak bawa.

Bazar Raya Promosi Sehingga 20 Jun 2018


Ini lagi best masa Maha pergi hari tu nampak signboard yang ada tulis promosi untuk Bazar Raya potongan sehingga 50%. Barang-barang seperti barang elektrik, elektronik, kasut, peralatan rumah, kelengkapan rumah dan juga bagasi. Ini kalau korang datang kat pasaraya Lulu ni ada di level 3 tak silap Maha.




Korang boleh dapat semua jenama produk elektrik dan elektronik yang cukup popular seperti Samsung, LG Sony, Panasonic dan banyak lagi. Sempena dengan Piala Dunia yang akan datang bulan Jun 2018 nanti mereka ada promosi pembelian TV dengan harga yang sangat murah. TV bersaiz besar korang boleh tonton bola sepuasnya. Ada juga beli satu TV 49" dapat percuma mini fridge lagi tau.




Bulan Raya tak lama lagi juga mereka ada sediakan promosi jenama pakaian yang cukup popular dari negara Timur Tengah. Potongan sehingga 30% untuk pakaian terpilih seperti jenama John Louis, Tag Basic, Sunnex, Twills, Oxemberg, Louis Phillipe, Cortigiani dan banyak lagi. Pakaian ini bukan sahaja ada untuk orang perempuan malah orang lelaki juga ada banyak serta pakaian untuk kanak-kanak pelbagai jenama. 








Kalau orang perempuan mereka mesti suka pergi bahagian LuLu Celebrate kat sini menyediakan pelbagai pakaian tradisional dengan rekaan moden. Kain sari yang boleh dijadikan pakaian untuk raya seperti baju kurung atau juga baju kebaya. Kain sari mereka ada pelbagai patern dan juga warna yang sangat cantik dan menarik. Jadi baju raya korang tahun ini lebih meriah dan juga lain daripada yang lain. 





Persiapan rumah juga perlu untuk Raya nantikan kat LuLu Hypermarket ada jual macam-macam perhiasan dan kelengkapan rumah. Macam karpet, pinggan mangkuk, langsir dan macam-macam lagi. Harga pun murah tau tak perlu nak pergi bayak tempat dah.


Peraduan Ulang Tahun ke2 Belanja & Menang Sehingga 31 Ogos 2018


Bagi meraikan ulang tahun ke-2 pasaraya LuLu di Malaysia, pihak pengurusan menyediakan 2 Perodua Myvi serta banyak hadiah yang lebih menarik seperti motosikal Yamaha Lagenda 115Z, telefon pintar dan baucar LuLu. Apa yang perlu korang perlu lakukan ialah belanja sehingga RM50 & ke atas dalam satu resit tunggal dari LuLu Hypermarket & Store Department semasa tempoh promosi.


Kemudian dapatkan kupon cabutan bertuah dikaunter. Isikan butiran korang dan masukkan ke dalam kotak undian bertuah yang disediakan di luar pasarya ini. Pemilihan pemenang, akan diadakan sebanyak dua sesi iaitu pada 14 Julai dan 8 September 2018. Korang boleh merujuk kepada poster untuk butiran mengenai terma & syarat.


Jadi dah untuk shopping untuk puasa dan juga persiapan raya lepas tu boleh peluang lak nak menang hadiah kerana shopping banyak kat sini. Maha sangat suka shopping sini korang tak nak ker bawa lah family datang LuLu Hypermarket yang terletak di Capital Square Jalan Munshi Abdullah. Kalau susah cari jer Jakel KL sebelah tu jer LuLu Hypermarket ini. 



Parking banyak disediakan kat bahagian bawah pasaraya jadi tak perlu risau kalau datang bawa kenderaan sebab nak shopping banyak. Memang sini sangat selesalah nak beli belah lepas tu kalau nak berbuka korang boleh pergi lat level 4 ada Food Court yang banyak pilihan makanan. Jadi apa lagi semua adalah lengkap dan melengkapi keperluan harian anda. Selamat membeli belah dan selamat berpuasa semua.

Maklumat lanjut dan juga promosi lain layari







Anda juga suka post ini...

18 ulasan:

  1. Lulu Hypermarket such a big hypermarket in Malaysia. From Groceries to Fashion. Make me what to go shopping this week. The electrical items so cheap after discount. Is time to replace the old electric items.

    BalasPadam
  2. Kak nina suka pi shopping kat Lulu Hypermarket ni. Harga dia memang murah dari Pasaraya besar lain.
    Kalau kak nina datang shopping sini satu troli tu memang penuh semua dengan barang-barang sama macam Maha gak.. hehee

    BalasPadam
  3. Call me orang hutan or whatever, I have never heard of Lulu Hypermarket before. Hahaha! Wow, so big and impressive, with so many products available, too. Let me check their locations and make a visit.

    BalasPadam
  4. 1st time pergi Lulu Hypermarket 2 minggu lepas sebab nak cari barang. Tapi tak teringat nak jalan-jalan dekan bahagian groceries tu. Murah lah cheese dia. Pizza tu... Alahai... Menggoda betul lah.

    BalasPadam
  5. Besarnya Hypermarket Lulu ni. Saya ingatkan kecik je. Rupanya ramalanku tidak benar belaka. Hehe. Makanan arab yang macam sarang burung tu apa ke namanya?. Mati2 ingat sarang burung.

    BalasPadam
  6. letop gambar uols. tapi sebenarnya tempat ni memang jadi pilihan setiap tahun sebab sangat murah dan berpatutan highkly recommend!!

    BalasPadam
  7. Akak dah 2 kali pi sini tapi beberpa tahun lepas la..2016 kalau tak salah..hehehe..masa tu mak kena Bypass kat IJN, lama giler tak pi sini la..mesti best giler ni..sari tu semua cantik- cantik..SA kalau pi sini nak pi kat bahagian bahan basah dan kering je..sebab terlalu banyak pilihan sampai rambang mata

    BalasPadam
  8. Dah lama tak ke lulu. Sebab kalau ke lulu mesti ke Jakel. Hahaha. Nanti nak plan ke sana. Kadang2 harga dia murah. Ayam murah. Barang dapur murah. Hehe. Nak beli kain sari untuk buat baju kurung raya ni. Hehe

    BalasPadam
  9. Alaaaaaaa, kenapa Puncak Alam takde Lulu Hypermarket ni... barang yang dijual tu semua segar-segar dan banyak. Tapi dalam masa yang sama, bagus jugak dorang ni sebab buat pertandingan beli sambil menang orang kata. Sapelah yang bertuah tu kan :D

    BalasPadam
  10. Bestnya kalau berdekatan dengan rumah ada Lulu Hypermarket ni, senang nak membeli belah macam-macam keperluan ada dekat situ, malangnya tak ada.. sedihlahhh kalau tak boleh join contest tu sob sob sob nages

    BalasPadam
  11. Hari tu sempatlah singgah ke lulu market lpas ramai yg heboh barang kt situ lebih murah berbanding pasaraya lain. Puas hati tp jauh dari rumah. Uwaaaaaa

    BalasPadam
  12. After reading your post I feel like visiting Lulu hypermarket, seems like a really nice place, got such a big variety of items to shop, those who are doing raya shopping cepat grab this chance.

    BalasPadam
  13. Wah menariknya kesemua barangan Yang ada di Lulu Hypermarket ni. Semua barangan di sini tersusun rapi Dan teratur. Nampak bersih dan kemas. Ada kesempatan memang nak singgah lh sini.

    BalasPadam
  14. Oh best nyer! boleh shopping kat lulu hypermarket semua nya ada kat sana. I like the cute periuk nasi boleh masak and bawa ke office.

    BalasPadam
  15. Bestkan shopping kat lulu. Macam2 ada. Lagi2 nak musim raya ni semuanya boleh didapatkan di sini. Harga semua mampu milik

    BalasPadam
  16. lulu supermarket ni uzu tau dari korang lah promote last year. tahun ni pun promote juga eh. Memang sonok je tgk mcm kat sini lagi murah , uzu selalu beli kan NSK . tu je lah yang paling dekat pun.. Lebih kurang sama juga tapi lulu ni lebih byk barangan dia, lebih byk diskaun dan ada contest pulak tu kan heheh. Bila ntah nak dapat p sana:.

    BalasPadam
  17. I thought it could be any small hypermarket as getting the band. Really couldn't imagine it is actually so big and all much variety over there. Wanna checkout this place

    BalasPadam
  18. antara model mannequin tu Kak Lily ke? *gelak guling-guling* baguslah Lulu Hypermarket ni. Macam-macam ada. Happy 2nd Anniversarry Lulu Hypermarket!

    BalasPadam