Min'z Sambal Hitam Pahang Dah Masuk PotBoy Groceries Lagi Mudah

7:00 PG Maha Mahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha memang sangat suka Sambal Hitam Pahang ni memang kalau makan sambal ni dengan nasi putih dan telur goreng pun dah cukup sebenarnya. Tapi sebenarnya banyak cara boleh nikmati tradisi sambal yang berasal dari Pahang ni. Selalu kalau nak makan sambal hitam ni Maha akan balik kampung dan minta mak tolong buatkan.


Tapi sekarang tidak lagi kerana Sambal Hitam Pahang dah boleh beli secara online kat PotBoy Groceries. PotBoy ini adalah merupakan peruncit dalam talian yang berpengkalan di Lembah Klang dan menyediakan keperluan barangan runcit dengan penghantaran percuma kepada pelanggan-pelanggan tanpa had pembelian. Korang beli satu item kat PotBoy pun mereka akan hantar terus percuma sahaja bestkan.



Maha baru tahu kot itu pun hari tu Kak Min selaku pengasas kepada Min'z Sambal Hitam Pahang menjemput Maha untuk majlis memperkenalkan produk mereka yang boleh dibeli terus di PotBoy. Waktu tu jugalah berkesempatan untuk mengenali tempat perusahaan mereka yang terletak kat Setia Alam tapi korang tak perlu pergi sana beli online jer lagi mudah. 




Masa Maha ada kat sana rupanya pihak PotBoy mengadakan 'Facebook Live' memperkenalkan produk sambal hitam ni dengan cara yang lebih efektif. Masa tulah Kak Min menunjukkan bakat memasak beliau yang memang expert sebab tu sambal hitam beliau sedap. Kak Min ni asal orang Raub Pahang jadi memang beliau menggunakan resipi original dari keluarga beliau dan sebab itu ia asli.

Kak Min pengasas kepada Min'z Sambal Hitam Pahang

Hari tu Kak Min mengajar kami bagaimana cara nak nikmati sambal hitam keluarannya selain daripada makan dengan nasi kosong. Rupanya sambal ni boleh masak dan juga buat menu-menu sedap seperti Sandwich Sambal Hitam Cheese, Bubur Nasi Sambal Hitam, Oglio Olio Sambal Hitam Ikan Talang, Kangkung Goreng Sambal Hitam dan Pulut Berinti Sambal Hitam.

Hasil Belimbing Buluh yang telah direbus

Oglio Olio Sambal Hitam Ikan Talang

Kalau Maha selalu masak sambal hitam ni dalam nasi goreng sangat mengancam tau. Kalau korang nak resipi search kat blog Maha, boleh ikut sangat senang. Guna sambal hitam ni korang boleh rasa tekstur ikan bilis atau ikan talang dan juga kepedasan yang asli. Min'z Sambal Hitam Pahang ni dihasilkan daripada buah Belimbing Buluh yang telah direbus kata Kak Min. Jadi sebab tu rasanya sangat original dan kemudian dimasak dengan cara tradisional yang memakan masa sangat lama.

Kelebihan Min'z Sambal Hitam Pahang


- Produk sambal hitam yang sedia dimakan. Korang cuma perlu membuka penutup botol dan sedia dihidangkan. Ini sangat menjimatkan masa bagi golongan ibu yang sibuk tiada masa untuk memasak.

- Produk yang tahan lama tanpa bahan pengawet dan 'homemade'. Sangat sesuai untuk golongan pelajar yang tinggal di asrama atau luar negara. Sangat mudah untuk dijadikan hidangan bersahur ketika bulan puasa.

- Produk ini juga boleh dijadikan perencah masakan khas untuk memudahkan korang yang kurang kemahiran memasak.

- Sambal hitam ini bukan sahaja sesuai dimakan bersama nasi tetapi dengan pelbagai pilihan makanan mengikut kesesuai dan citarasa korang.

Setakat ini Min'z Sambal Hitam Pahang mengeluarkan 3 variasi produk dari sambal hitam mereka. 


1) Sambal Hitam Pahang Ikan Bilis Kering
Sambal hitam pahang yang bertekstur seakan serunding.
Harga : RM15.00 sebotol


2) Sambal Hitam Pahang Ikan Bilis Basah
Sambal hitam pahang versi original seperti masakan ibu di rumah.
Harga : RM15.00 sebotol


3) Sambal Hitam Pahang Ikan Talang
Sambal hitam pahang yang telah diinovasikan menggunakan isi ikan talang jeruk yang berkualiti tinggi.
Harga : RM20.00 sebotol

Semua ni korang boleh dapatkan terus kat laman facebook atau instagram Kak Min. Tapi lagi senang kalau korang order terus jer kat laman web www.potboy.com.my penghantaran percuma sahaja. Lepas ni Maha akan dapatkan stock setiap minggu lah untuk bekal takut tengah malam habis dah tak selera nak makan. 





Maha nak ucapkan terima kasih kepada Kak Min kerana sudi jemput Maha untuk memeriahkan acara Facebook live bersama PotBoy Groceries. Korang pun kena dapatkan sambal hitam ini memang terbaik. Ok lah nak rest sambil makan sambal hitam. Selamat menjamu selera semua ok.

Promosi dan pembelian :







Anda juga suka post ini...

20 ulasan:

  1. Memang sedap. LeYa pun dah menikmatinya...

    BalasPadam
  2. Orang kata nak buat sambal hitam pahang ni susah. Susah tang nak masak belimbing tu. Kalau dah ada orang jual siap macam ni, dah senang tak payah masak sendiri

    BalasPadam
  3. Tak pernah lagi merasa sedap atau tidak sambal ni, pernah juga belek belek, tapi harga dia boleh tahan mahal kan. Maklumlah susah nak masak sambal ni

    BalasPadam
  4. terliur tengok gambar sambal hitam pahang ni. saya suka sangat dengan sambal. apa2 je lah jenis sambal smua sedap. makan kalau tak da sambal tu, rasa macam tak lengkap makan.

    BalasPadam
  5. wow looks so yummy to try, gonna check out their website. Glad you share this as I don't know this brand until I see your post . :D

    BalasPadam
  6. Alahaiii... Sedapnya. Asyik baca je pasal Min'z sambal hitam pahang ni. Tapi tak pernah try lagi. Sambal hitam lain pernah lah try ☺

    BalasPadam
  7. Makin majulah bisnes tu kan. kalau tak, takkanlah boleh ada bajet untuk buat pemasaran. Tak buat pemasaran bisnes mati

    BalasPadam
  8. wow! terbaik la cik min.
    baru tadi blogwalking blog cik min. bangga kejap!
    kena support la bisnes kawan-kawan kan, maha.
    in shaa Allah nanti aida dptkan lah sambal itam ni.
    feveret jugak. just jrg beli :) kat melaka ni ada sambal belacan ajer :) hi hi hi

    BalasPadam
  9. Semakin maju minz sambal hitam ni tapi msh blom dapat merasa lagi.

    BalasPadam
  10. Sis pun dah try peoduk Min'z sambal hitam pahang ni tapi yang ikan talang..perghh sedappp..makan betambah tambah kalau gan sambal ni.

    BalasPadam
  11. Wah tahniah kak min. Huda pun dah cuba sambal hitam kak min. Untung la Maha ,kak min jemput..

    BalasPadam
  12. Serius sedap sgt sambal minz ni.. nak kena repeat balik.. congratulation minz dah menapak satu level lagi..swmoga semakin maju

    BalasPadam
  13. Rasa berbangga dengan pencapaian kak min. Semoga kak min terus maju dan dimurahkan rezeki dlm bisnes sambal hitam pahangnya. Sambal hitam dia mmg dbom !! Sedap sgt

    BalasPadam
  14. Ohoo, bagus berniaga ni. kalau makin banyak untung makin banyak rezeki boleh keluar zakat dan dapat amal kebaikan

    BalasPadam
  15. Aglio Olio tu nampak sedap je. Yummy.. Harga sebotol pun berpatutan. Kalau travel, bagus juga ada sambal hitam ni. Lebih2 lagi kalau travel kat tempat susah nak cari makanan Halal, kita masak sendiri dengar sambal hitam ni.

    BalasPadam
  16. Mmg nmpk sedap dambal hitam
    Minz. Tak sangka boleh jadi rencah. Ingat nak try sekali makan dengan nasi panas-panas

    BalasPadam
  17. AM penah rasa MinZ Sambal hitam nie.. memang sedap sgt!! Harga berbaloi gitu n senang bawa travel.. terutamanya nak blk kg.. makan dgn nasi putih panas2 + ulaman + minz sambal hitam confirm bertambah nasinya.. hancur diet.. hahaha

    BalasPadam
  18. banyak jugak cara nak masak ngan sambal ni eyhh... n i never heared about Pot Boy.. must check it out!

    BalasPadam
  19. Terliur pula nampak sambal tu.. nyum..nyumm nak try ushar kat sini la kot2 ada

    BalasPadam
  20. Sedapnya sambal hitam. Tak pernah makan. Selalu dengar orang dok cerita je. Terliur pulak dibuatnya. Rasa macam nak order terus

    BalasPadam