Baba's,

Pemenang Akhir Versus 1001 Rasa Baba's Musim Ke 2 Milik Khadijah Mohd Noor Kamal

Jumaat, Ogos 17, 2018 Mahamahu 3 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makana Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Program realiti memasak Versus 1001 Rasa Baba's Musim ke 2 telah sampai kemuncak dimana 4 orang finalis daripada undian dalam laman Facebook BABASANDU berentap baru-baru ini. Maha beruntung kerana untuk musim kedua ini masih dijemput menjadi juri walaupun tak banyak eposid tapi best pengalaman.


Empat orang peserta akhir yang berentap adalah Khadijah Mohd Noor Kamal, Budiman Bistari, Nazura Zainal Abidin dan Muhammad Izwan Ramli. Kalau korang sempat tengok episod akhir ini memang sengit dan meriah dengan beberapa resepi hebat ditampilkan. Juga peserta ini di bimbing oleh  mentor yang merupakan chef profesional dan berpengalaman dalam dunia kulinari ini.

Budiman Bistari

Nazura Zainal Abidin

Manakala baru-baru ini juga telah diadakan majlis penutupan dan acara penyampaian hadiah. Majlis ini telah berlangsung dengan penuh meriah dan gemilang di Empire Hotel Subang pada 14 Ogos 2014. Turut hadir pada majlis ini adalah barisan 17 orang mentor yang menjadi pengajar kepada peserta juga dihiburkan dengan artis tempatan seperti Elvira dan Hazama

Muhammad Izwan Ramli

Khadijah Mohd Noor Kamal

Pada hari tersebut pemenang VERSUS 1001 RASA BABA'S musim ke 2, Khadijah Mohd Noor Kamal yang menang pada pusingan akhir berjaya menerima wang tunai RM10,000 bersama-sama dengan ketuhar gelombang mikro dari Fargo. Manakala Budiman Bistari membawa pulang hadiah tempat kedua wang tunai bernilai RM3,000. Dua lagi finalis lain Nazura Zainal Abidin dan Muhammad Izwan Ramli juga menang hadiah masing-masing menerima wang tunai RM500.


Rakan kongsi syarikat BABA'S iaitu AirAsia memberikan kejutan untuk finalis musim ke 2, kerana mereka memberikan juga 2 tiket untuk 4 Hari 3 Malam masing-masing masing-masing ke Melbourne, Hong Kong dan Jakarta kepada Khadijah, Budiman, Nazura dan Izwan.


Selain daripada 14 episod ada juga beberapa episod istimewa perayaan melibatkan selebriti dan badan amal yang mengambil bahagian dalam episod tersebut. Juga turut diadakan pertandingan di laman Facebook BABASANDU juga penonton telah mengumpul hadiah mereka dari Pertandingan Homeviewers. 



Kalau sesiapa yang menjadi penonton setia rancangan Versus 1001 RASA BABA'S musim ke 2 ia diacarakan oleh Chef Dr Kamarul dan Chef Adu Amran yang keudara di TV3 setiap Khamis kalau tak silap Maha. Konsep lebih kepada battle dimana 2 peserta bersama 2 mentor akan bertanding dalam 2 pusing dengan menyediakan 2 masakan. Memang sengit tengok mereka memasak Maha yang jadi juri pun susah nak bagi keputusan kepada pemenang semua hebat-hebat. Tahniah kepada juara dan harap tahun depan ada lagi dan jangan lupa jemput Maha jadi juri lagi hehehehe.








3 ulasan:

  1. Content Creator yang baik sekali,tetap jaya dan berkembang ya sob,yuk di check it out AGEN BANDARQ

    BalasPadam
  2. happening - tahniah kepada pemenang

    BalasPadam
  3. Kunjungi SLOTDOMINO sekarang juga !!
    Promo besar - besaran telah hadir untuk anda semua
    buruan daftar !! mainkan GAME nya dan dapatkan BONUS nya
    akses link : Slotdomino,Com
    W.A : +6285974599065
    PIN BB : 2BE2DD7E
    PIN BB : DBFDDEFE

    BalasPadam