7 Perkara Utama Yang Anda Boleh Dapatkan Di Butik Haqqi Cawangan TTDI

7:00 PG Maha Mahu 22 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa masih tak kenal lagi Haqqi ni. Mai sini Maha nak citekan yang butik ini adalah satu hub untuk kelengkapan dan keperluan Haji & Umrah. Tapi sekarang ni kat Haqqi pun korang dah boleh dapatkan beberapa lagi perkara yang Maha senaraikan kat sini mesti korang teruja. 



1) Keperluan Haji dan Umrah


Kelengkapan ini adalah keutamaan utama butik ini ditubuhkan. Kalau korang nak tahu antara kelengkapan Haji dan Umrah yang ada kat sini adalah seperti kain Ihram dewasa dan kanak-kanak, Telekung, seluar Haji, Jubah, selipar, beg sisi atau beg leher, uncang, Niqab, botol spray, tali pinggang, kompas, kupiah, tasbih, sejadah, cawat haji dan umrah, sarung tangan dan kaki.





2) Kosmetik 


Selain dari pakaian dan aksesori ada juga beberapa bahan kosmetik yang halal untuk keperluan Haji dan Umrah. Diantara barang tersebut adalah wangian fabrik, set pelembap, debu Tayammum, kayu Sugi/Miswak, sabun mandi, krim, deodoran, losyen, syampu, facial moisturiser, Balm dan perfume.




3) Produk Kesihatan


Bukan sahaja keperluan luaran tapi juga ada jual produk kesihatan dalaman. Diantara produk yang ada iaitu penapis hidung, tisu basah dan susu kambing. Walaupun tak banyak tapi akan ditambah dari semasa ke semasa. 




4) Bahan Bacaan


Kat sini juga ada menjual keperluan untuk bacaan terutama bagi persediaan untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Bahan bacaan seperti nota kursus asas Haji dan Umrah, tasbih digital, Al-Quran Tajwid dan terjemah, buku himpunan doa dan hadis.


5) Fesyen Wanita


Ini adalah paling banyak juga dijual dibutik Haqqi. Pakaian khas untuk wanita ini mempunyai pelbagai jenama popular dan juga design yang terbaru serta terkini. Diantara pakaian wanita yang ada seperti tudung, baju kurung, Jubah, Blouse, Palazzo, shawl, seluar, khimar, abaya, sarung lengan, kasut, kebaya, peplum, cardigan, kerongsang, jarum tudung dan sut.





6) Fesyen Lelaki


Tak kurang juga keperluan pakaian untuk orang lelaki, mungkin pilihan untuk lelaki tak banyak seperti mana wanita. Tapi kat sini juga masih menjual pakaian yang berjenama dan juga berkualiti. Diantara pakaian lelaki yang ada adalah baju Melayu, Jubah, kurta, kemeja, seluar, t-shirt, kasut, butang baju Melayu, Ketayap, sampin dan kasut.





7) Fesyen Kanak-kanak


Kanak-kanak juga ada jual kat sini tapi tak sebanyak orang dewasa. Kalau nak cari seperti jubah, baju Melayu, kasut dan sejadah untuk kanak-kanak sini memang tempatnya. 




Jadi korang rasa ini semua cukup ker ada lagi yang mungkin Maha tak senaraikan kat sini. Korang boleh beli semua keperluan ini kat butik mereka di cawangan TTDI atau juga boleh beli secara dalam talian www.haqqi.com.my. Mudah sekarang bawah satu bumbung jer boleh dapat semua keperluan ini.

Alamat : Haqqi TTDI
               No 14 Jalan Wan Kadir 4
               Taman Tun Dr Ismail 
               60000 Kuala Lumpur
Tel : 03-7732 2247






Anda juga suka post ini...

22 ulasan:

  1. Memang terbaik shopping di Haqqi ni.. Macam-macam ada. Yang bestnya boleh dapatkan koleksi menjelang Raya ni kan.. Hehehe..

    BalasPadam
  2. memang best shopping kat Haqqi..macam-macam ada untuk seisi keluarga. Harga pun berbaloi lebih-lebih lagi bila dia buat happy hour..mmg harga terjun bangunan.hehe

    BalasPadam
  3. nampak macam besar jugak outlet haqqi di TTDI ni ek, baju pun cantik-cantik belaka ek

    BalasPadam
  4. macam best jer kedai ni. macam macam ada.

    BalasPadam
  5. banyak barang haji dan umrah yg boleh beli di sini. sekarang ni dah tahu la kat mana nak cari..

    BalasPadam
  6. alright terbaik !
    Nanti kalau nak ke umrah or haji boleh dapatkan pakaian yang sesuai di haqqi,
    i nampak tu la produk untuk bertayammum tu nampak macam menarik je, I rasa nak beli satu just in case suddennly tak ada air kan ?

    BalasPadam
  7. butik ni jual banyak jenis pakaian dan barang barangan... bagus untuk shopping sebelum raya.. best place to buy baju raya..

    BalasPadam
  8. Memang serba lengkap sebenarnya Haqqi ni walaupun orang selalu salah anggap yang ia hanya untuk keperluan bakal haji dan umrah. Baju raya saya pun saya dapatkan dari Haqqi ni. Tak sabar rasanya nak posing sakan dengan member-member raya nanti dengan kurta daripada Haqqi!

    BalasPadam
  9. wah! macam-macam rupanya produk haqqi ni. bagus nya one stop centre semuanya ada dekat sini tak yah gi jauh jauh dah kan>?

    BalasPadam
  10. Banyaknya pilihan. Bukan tertumpu untuk pakaian haji dan umrah ajer ye?. Ada baju kurung yang saya berkenan kat dalam gambar Maha ni. Boleh la terjah sebab Bandar Baru Bangi ni ada satu cawangan.

    BalasPadam
  11. Bagus juga ada kedai-kedai macam nie, teringat lagi masa nikah & raya... Cari baju pergi umrah / haji kot... Baru rare sikit

    BalasPadam
  12. Macam macam ada dalam. haqqi ni kan. Dari keperluan umrah dan haji sampailah pakaian dan bahan bacaan. Tengok pakakan wanita pun cantik2

    BalasPadam
  13. Semua keperluan di Haqqi sangat lengkap..akak boleh jadi rambang mata dibuatnya...fashion pun ikut fashion semasa dan patuh syariah...akak suka..dan percaya ramai juga yang suka..

    BalasPadam
  14. Bagus la.. Maha dah list kan macam ni. Baru senang kita nak tengok apa yang menarik dijual di Butik Haqqi

    BalasPadam
  15. bagusnya butik haqqi ni mengikut syariah design2 baju dia..siap ada utk pakaian umrah lagi... bukan senang nk jumpa butik cmni.... harga yg dtawarkan pon agak murah... wawa ada kenan 1 baju tu.. tapi pakkal jauh...xpe lepas raya nk usha lagi..heheh

    BalasPadam
  16. Bagus butiq Haqqi ni, bukan kelengkapan umrah dan haji je yang ada..tapi baju raya pun ada..erti kata lain macam2 ada. Raya ni leh lah kita bergaya dengan pakaian dari Haqqi sesama ekk..hehehe

    BalasPadam
  17. memang rambang mata kalau pergi butik haqqi. rasa macam nak angkut je semua koleksi raya di haqqi tahun nie. design cantik2. harga terjun bangunan pulak tu. nie pon nak pergi beli lagi hujung minggu nie

    BalasPadam
  18. Such a wide variety of Muslim wear, and particularly apt to have a promotion during this time prior to Syawal. Will inform my Muslim friends of Butik Haqqi - perhaps they can find what they need at a good price here.

    BalasPadam
  19. wah bestnya serba lengkap butik ni..dah macam one stop centre..boleh shopping utk ayah, ibu dan anak terus kat sini..confirm pergi rambang mata ni..hihi

    BalasPadam
  20. Just gonna plan to visit this store to get one dress for my self so that I can wear it on any occasion that needs me to wear. I livl there design and color there. Some pastel and done vibrant. So much choices there

    BalasPadam
  21. musim raya ni, macam-macam nak beli.

    mujur beli awal-awal.

    malas pegi lewat, kang semua orang busy atas jalan.

    BalasPadam
  22. menarik... byk jugak pilihan dan barang yg ada ye. baru tau..

    BalasPadam