Kek Buah Terpanjang di Malaysia Dicipta Oleh Lulu Hypermarket & Department Store

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih ingat lagi tak rekod kek buah terpanjang di Malaysia yang dicipta tahun 2014 sebelum ni. Tu dulu tapi sekarang rekod itu telah dipecahkan oleh Lulu Hypermarket & Department Store dengan Kek Buah Terpanjang di Malaysia sekarang ni. Maha buat pertama kali dapat merasai keseronokan meraikan kejayaan itu.


Bersempena dengan Hari Malaysia pada tanggal 16 Sept 2017 baru-baru ini pasaraya tersebut telah mencipta rekod baru dengan berjaya menghasilkan Kek Buah Terpanjang di Malaysia pada kepanjangan 123.3 meter. Ia diiktiraf sendiri oleh Malaysia Book Of Records sebagai kek terpanjang setakat ini.



Masa hari tu seramai 8 orang chef bersama kaki tangan pasaraya telah bertungkus lumus dalam menyiapkan kek terpajang itu. Maha berada pada majlis mengiktiraf kek tersebut sebagai terpanjang itu dan juga turut rasa bangga sangat. Apa yang Maha tahu kek tersebut dihasilkan daripada kek span mix vanilla dengan diselaputi icing diatasanya dan dihiaskan dengan buah-buahan segar seperti Mangga, Nanas, Epal, Ceri, Anggur, Kiwi dan banyak lagi.



Semasa acara mengukur kek tersebut semua orang bedebar-debar nak tahu berapa panjang sebenar sehinggakan 2 kali mereka ukur untuk dapat ukuran yang tepat. Pada jam 5.00 petang wakil Malaysia Book of Record telah mengumumkan secara rasmi kek ini diiktiraf terpanjang di Malaysia dan sekaligus menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Lulu Hypermarket & Department Store Sdn Bhd.



Tahniah kepada pasaraya ini atas kejayaan tersebut dan kek itu juga dihidangkan kepada semua pelanggan mereka yang datang membeli belah pada hari tu. Mereka juga mengadakan kutipan amal untuk sumbangan kepada Rumah Cheshire Selangor hasil daripada jualan kek tersebut. Maha kongsi sikit pasal pasaraya ini sebab ramai yang tak tahu lagi. Maha pun tak pernah datang beli belah kat sini ini adalah pertama kali sampai.



Lulu Hypermarket & Department Store Sdn Bhd terletak di Persiaran Capsquare Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur bersebelahan dengan Jakel Mall. Ia adalah rangkaian pasaraya besar daripada Abu Dhabi dan ini adalah cawangan pertama di Malaysia. Ia mula dibuka pada tahun 2016 di Malaysia dan sangat baru sebab tu ramai tidak begitu mengetahuinya.



Tapi sebenarnya mereka bukan calang-calang pasaraya kerana produk dalam ini semuanya adalah Halal. Paling best sebenarnya mereka juga menjual banyak barangan yang tidak boleh dapat kat pasaraya lain di Malaysia. Contoh masa Maha pergi jalan-jalan kat dalam pasaraya tu mereka ada satu ruangan yang dipanggil Bakery yang menjual pelbagai jenis manisan special daripada negara Arab.


Korang tengok sendiri kat sini ada beberapa jenis kuih yang popular daripada sana seperti Konafa, Graiba, Basboosa, Balahasham dan banyak lagi. Semua manisan ni korang kena berada kat negara Arab jer baru dapat jumpa tapi sekarang dah ada kat Malaysia. Lepas tu selalu kita kalau orang nak pergi umrah atau haji akan kirim coklat atau kekacang daripada sana kerana katanya berkat dan murah. Sebenarnya kat pasaraya ini juga ada jual lebih daripada 50 jenis kekacang dan ratusan coklat yang polpular dari tanah Arab tu.




Maha mula-mula tengok rambang mata nak makan tak tahu nak beli apa memang kalau orang tua kita tengok mereka juga akan datang ker sini untuk dapatkan semua bahan-bahan ini. Selain daripada makana negara Arab mereka ada juga beberapa pilihan makanan negara Asia seperti Sushi yang penting ia Halal ok.





Pasaraya ini terbahagia kepada 5 tingkat yang mana kalau korang jalan satu hari tak habis sebab semua menda nak tengok. Barangan dapur dan basah semua kat tingkat bawah ada jual macam sayur, daging, ikan, buah-buahan segar, makanan, produk-produk siap dan separa siap serta banyak lagi. 







Lepas tu korang naik pula tingkat 2 korang akan masuk kebahagian Lulu Fashion Store. Kat sini memang banyak sangat jualan pakaian khas untuk wanita. Manakala tingkat 3 pula Lulu Fashion Store khas untuk lelaki jadi senang nak shopping. Pelbagai jenama yang ada semua menarik dengan harga murah.




Cuma satu jer nak highlight kat sini yang bestnya ada bahagian dipanggil Lulu Celebrate iaitu bahagian menjual khas pakaian untuk kaum India. Terdapat pelbagai jenis sari, kurta dan juga pakaian wanita dan lelaki untuk perayaan dan juga majlis perkahwinan. Daripada harga mampu beli kepada harga paling mahal mengikut jenis-jenis kain.





Naik lagi satu tingkat 4 korang akan dapat bahagian barangan elektrik. Kebetul semasa Maha datang Hari Malaysia tu pasaraya ini buat promosi potongan sehingga 50% untuk barang terpilih. Paling banyak barang murah adalah dibahagian elektrik sangat best. Ada telefon bimbit, tablet, peti ais, tv, vacuum dan macam-macam lagi nak tulis terlalu banyak.


Lepas tu bila dah shopping dari pagi sampai petang mesti laparkan jangan riasau di sini naik tingkat paling atas iaitu tingkat 5 ada Food Court yang sangat besar. Boleh pilih macam-macm jenis makanan tak perlu pergi jauh-jauh. Ada kemudahan tandas dan juga surau untuk solat sangat selesa. Jadi tak perlu keluar tempat lain semua ada dalam satu pasaraya betul tak.




Kalau yang datang naik kereta sendiri hujung minggu parking ada kat bahagian bawah B1 dan B2 dengan kadar flat rate RM4 tak silap Maha. Kalau yang nak mahal sikit Parking Valet lah hehehehe. Apa lagi semua ada kat pasaraya ini dah ia menjadi pilihan Maha. Korang leh tengok katalog promosi potongan harga ni juling mata dibuatnya.




Sempena dengan bulan kemerdekaan juga mereka adakan promosi Flat 30% off untuk barang terpilih sampai 30 September 2017. Jadi tunggu apa lagi rebut peluang nak beli belah murah dan jimat dengan pelbagai pilihan di Lulu Hypermarket best kot. Maha sampai sakit kaki jalan sebab semua sudut nak tengok barang-barang yang menarik dan murah. Ok lah hujung minggu ni bawa family datang jalan-jalan kat sana ok. Selamat bercuti dan selamat membeli-belah semua.







{ 32 comments.. read them below or add one }

Amanda Suria Amanda Suria 20 September, 2017
Akak suka pi luluhypermarket ni selain sebab seafood dan bahan masakan yg segar..ianya menepati citarasa akak yg mak2 ni...eh kek tu lepas dh abih event diorang buat apa erk?
Aneezah Johnson Aneezah Johnson 20 September, 2017
Banyak barang" kat luluhymarket ye. Mesti jenuh kalau dah masuk kat sana😂
Mawardi Yunus Mawardi Yunus 20 September, 2017
kita memang suka kek buah. btw harga2 barang kat supermarket ni murah2 ya.
Maha Mahu Maha Mahu 20 September, 2017
Sini memang akak saya suka beli buah-buahan mereka semua segar-segar dan murah serta banyak pilihan. Kek tu habis mereka bagi pengunjung yang datang ker sana pada hari tu.
Maha Mahu Maha Mahu 20 September, 2017
Betul kita pun penah lenguh kaki jalan cari barang banyak dan ramai orang..
Maha Mahu Maha Mahu 20 September, 2017
Sangat murah abang Mawardi memang bebaloi membeli kat sini...
Maha Mahu Maha Mahu 20 September, 2017
Untunglah boleh shopping selalu hehehehe...
Azhafizah Md Nor Azhafizah Md Nor 20 September, 2017
wow! Banyak juga barang murah kat sini ye.
Shafyqah Azry Shafyqah Azry 20 September, 2017
mrahnya barang barang dia. asallah sini takdak lulu ni😂😅 sushi sedap hehehe
Maha Mahu Maha Mahu 20 September, 2017
Hampir setiap hari murah sekarang sampai hujung bulan ni...
Maha Mahu Maha Mahu 20 September, 2017
Hehehe mai lah kat sini
Sherry Saw Sherry Saw 20 September, 2017
it's so happening there. Glad you share it here else I don't know.
Ainaa Rashid Ainaa Rashid 20 September, 2017
Bestnya nampak. Kena try gi skali ni
Innanie Ariffin Innanie Ariffin 20 September, 2017
Maha!!! Kita lapaaaa tgk kek tu! hahahaha
kita pernah pg Lulu ni sekali je. Masa tu kebetulan cari kain majlis kahwin kakak kat Jakel. memang murah, berbaloi and macam2 barang ada! rambang mata wohhh
Maha Mahu Maha Mahu 20 September, 2017
Hehehehe so after this can shopping here la
Maha Mahu Maha Mahu 20 September, 2017
wow dah shopping kat sini hehehehe best kan..
shasha yacob shasha yacob 21 September, 2017
Mahaaa asal panjang sangat , siapa nak makan? sayang giloss
alia farhan Said alia farhan Said 21 September, 2017
Wow panjang nya...korg tapau bawak.balik tak kek tu?rugi kalau tak termakan kan
Rawlins GLAM Rawlins GLAM 21 September, 2017
Dah terlupa beli Olive Oil aritu. Adakah kena pergi lagi minggu ini?
Ummi Zarra Ummi Zarra 21 September, 2017
Puas hati shopping dekat Lulu Hypermarkets ni sebab harga yang ditawarkan sangat murah. Apa yang menariknya macam-macam ada jual dekat sini kan...
Maha Mahu Maha Mahu 21 September, 2017
Habis akak kek tu semua pengunjung yang datang mereka bagi makan...
Maha Mahu Maha Mahu 21 September, 2017
Ada yang makan kat situ ada yang bawa balik memang habis kek tu..
Maha Mahu Maha Mahu 21 September, 2017
Untunglah shopping selalu hehehehe
Maha Mahu Maha Mahu 21 September, 2017
yes betul setuju sangat cuma jauh kat tengah KL jer..
Mrs Puex Mrs Puex 21 September, 2017
jagung tu rm0.99 sen saje?? ok kena repeaet shopping kat sana lagi ni..hehehe.. best kan shopping kat Lulu Hypermarket!
Maha Mahu Maha Mahu 21 September, 2017
Yes best banyak boleh dapat satu troli tu ok hehehehe..
Learn Digital Marketing Learn Digital Marketing 22 September, 2017
Very informative, keep posting such good articles, it really helps to know about things.
Lisa Nurulain Lisa Nurulain 23 September, 2017
woaaaa surga makanan tu .panjangnya kek tart tu ...