Hari Minggu Jalan-Jalan Cari Makan Thai Food Festival Di Pakir Giant Kota Damansara

7:00 PG Maha Mahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang peminat dan pecinta makanan dari negara Thailand ini adalah lokasi yang korang boleh tuju iaitu Giant Kota Damansara. Sebab kat sana sekarang tengah berlangsungnya Thai Food Festival bermula dari 7 April hingga 16 April 2018.



Ini sebab Maha masa tu kebetulan pergi jalan-jalan kat area Kota Damansara lepas tu ada nampak banner tentang festival ini terus datang. Masa Maha datang tu hari pertama jadi tak ramai orang kat situ sebab baru buka tapi makanan yang dijual dah banyak. 



Bila Maha tengok semua makanan ada macam Som Tam yang original rasa pedas dan juga Kerabu Kaki Ayam pun ada. Kemudian yang nak makan kalau kita Malaysia panggil Kerabu Maggi memang pure sangat mereka buat.




Lepas tu juga ada Mee Tomyam, Nasi Kaomok, Bae Mang Daging Bola, Baby Crab Crispy, Mee Celup, Kuey Teow Thai dan macam-macam lagi. Maha nak cerita semua memang tak habis banyak sangat. Tak silap ada lebih dari 30 vendor makanan dibawah satu khemah panjang kawasan parking ni. Bestnya kat sini boleh beli dan terus makan kerana ada sediakan meja makan dan kerusi tapi tak banyaklah.



Maha tak risau datang makan sini sebab semua peniaga yang menjual makanan di sini adalah orang Islam walaupun mereka datang dari Thailand dan ada sesetengah daripada mereka fasih berbasa Melayu. Bagi korang yang nak cari macam makanan dessert popular negara Thai seperti Miang Kham, Pulut Mangga, Thai Tea, Aiskrim Gulung, Churros, Dim Sum dan banyak lagi semua menarik.



Kalau Maha bebel kat sini korang tak rasa sendiri tak tahu jadi memang kena datang kat sini sementara mereka masih ada. Tak silap festival ini dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 malam. Yang datang dengan kereta parking sini banyak jadi tak perlu risau dan parking free dalam kawasan pasaraya Giant Kota Damansara ni jer. 


Ok ini antara makanan yang Maha dah cuba dan bawa pulang sebab terlalu banyak semua harga juga berpatutan tidaklah mahal sangat. Kalau korang nak produk-produk Thai juga ada di jual macam colek buah, keropok ikan dan pelbagai lagi boleh bawa pulang makan kat rumah. So datanglah sapa yang ada masa ok. 





Anda juga suka post ini...

20 ulasan:

  1. Uzu suka juga makanan thai tu ! Heee dia buat kat damansara ehh. Nanti nak p lah. sekarang on trip , balik nanti kita singgah dana. Macam2 makanan thai yang ada.. uzu nak cari kopok ikan tu, nak carik kerabu mangga songtam omg kecur liur hahap

    BalasPadam
  2. Sedapnya weh makanan macam ni. Aku memang penggemar makanan Thai ni. Tapi kalau aku eprgi ke isni memang hancur lebur lah diet aku ni.
    hahaha. Walaupun diet dah memang kelaut

    BalasPadam
  3. akk mmg plan nak terjah. berapa kali dah lalu mmg best dan meriah..esp kerabu mangga, pulut mangga dan somtam nak kena try kat sini hehehehe:-)

    BalasPadam
  4. The food look tempting. I have been there once and I addict to the Thai Tea and Fried chicken. Haha. Non stop eating.

    BalasPadam
  5. dim sum thailand punya ek? sha duk kedah so selalu lah dapat/nampak makanan makanan ni hihi tapi bby crab tu takpernah pulak jumpa. greentea tu benda wjib kan?

    BalasPadam
  6. Sukanya makanan Thai ni....especially kalau Padthai dan Pulut Mangga (kegemaran anak). Rasa tomyam Thai ni pun sedap sebab depa masukkan air kelapa dalam tu. Kerabu mangga Thai pun sedap. Haihhhh masakan Thai memang kena la dengan tekak.

    BalasPadam
  7. Kecur ailio tengok semua makanan-makanan ni. Sedap tu makanan thai. Dah lama tak makan pulut mangga & Miang Kham tu.

    BalasPadam
  8. Makanan thai yang selalu makan tomyam je la kot. Hahaaha.. pernah makan miang kham sekali.. kalau dekat boleh la pergi try makanan lain pula

    BalasPadam
  9. omggg my fav! tapi kan harga dia macam mana? selalu pergi mahal gilos!!

    BalasPadam
  10. Kenapa tak ajak aku? Aku nak makan Mieng Kham tu! Nak minum Thai Tea. Nak hidup Tom Yam Gung!

    BalasPadam
  11. Wahhhh, memang taste emi la masakan thai semua ni. Kerabu maggi bestnyaaaaa. Baru 2 hari lepas pi satu kedai ni nak makan somtam, tapi habis pulak.

    BalasPadam
  12. Oh habis diet Ku. Best nye...kalau saya mesti rambang mata. Semua nak beli nak try. Sedapnyeee.Pulut ayam...yummmy

    BalasPadam
  13. Makanan Thai menggoda selera makan. Foto2x cantik, keren. Sepertinya berkunjung ke kota Damansara mengganggu program dietku hahahaa... doyan makan sih soalnya. Apalagi lihat foto2 makanan ini yg menyegarkan selera.

    BalasPadam
  14. Pernah pi festival makanan thai tapi masa tu kat Subang Jaya. ya ampun, sedap2 makanan diorang ni. Pilihan pun banyak sampai tak tau nak pilih yang mana. Last2 masa tu pilih kerabu kaki ayam, mango float dengan aiskrim kelapa. Ni tengok gambar Maha rasa nak pi lagi ni

    BalasPadam
  15. Makanan Thai memang favorite lah sebab kena dengan tekak dan sedap sangat. Tengok gambar pun dah terliur. Kalau pergi Thailand memang akan cari somtam, tomyam, dan macam-macam lagi.

    BalasPadam
  16. Festival makanan Thai ni buka aje di mana-mana pasti ada orang hadir. Dia punya sedap tu sampai telan air liur mengidam hoiiiihhhh. Hehehe. Ruby tunggu area kl event camni. Selalu pi dekat tasik Titiwangsa tu. Sedap betul pulut mangga, somtam, Teh hijo. Wuwuwuwuwuwuw. Diet ke laut.

    BalasPadam
  17. banyaknya makanan. nak food hunting dah tak payah pergi thailand dah ni. pergi sini je kan!

    BalasPadam
  18. Kemain Thai food festival merata-rata sekarang. Nasib baik makanan Thai sedap. Hehe

    BalasPadam
  19. Omg.. I have no reason why I don't want to go. True!!! Look at those food.. I'm already drooling to the max on my hand phone. . hahaha

    BalasPadam
  20. Semua gambar buat terliur je.. :D Tiba-tiba teringat kat Giant Taiping sekarang ni ada karnival thai food juga sekarang. Tetiba rasa nak pergi sana bila baca entry Maha ni, hehe

    BalasPadam