Lepas Berkahwin Fazura Suka Aiskrim Haagen-Dazs Perisa Strawberry

7:00 PG Maha Mahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa tak kenal dengan pelakon dan penyanyi yang cukup mendapat perhatian media sekarang ini kerana perkahwinan meletop mereka. Siapa lagi kalau bukan Fazura, baru-baru ini Maha dapat bersama dengan dengan beliau dalam satu majlis iaitu Haagen-Dazs Experience Extraordinary yang bertempat di WORQ Glo Damansara.



Fazura adalah salah seorang tetamu dan panel yang bersama menceritakan pengalaman extraordinary dalam hidup beliau. Sedih juga dengar cerita beliau bagaimana dari kecil gadis kampung yang akhirnya berpindah ke KL untuk menjadi penyanyi selepas kematian ayahnya. Masa tu lah Maha tahu yang beliau ni suka dengan aiskrim perisa strawberry orang perempuankan.


Sebelum ni pernah cuba tak aiskrim Haagen-Dazs gabungan Latte Maha pernah cerita kat blog. Tapi kali ni Maha paling suka perisa Macadamia Nut iaitu perisa baru yang mula mendapat perhatian rakyat Malaysia. Kalau makan aiskrim perisa ni kat dalam tu memang dapat rasa ketulan kacang memang tak kedekut. 


Masa event tersebut mereka juga memperkenalkan packaging baru bekas aiskrim ini lebih menarik dan segar. Paling best kami semua diberi peluang untuk menikmati semua perisa Haagen-Dazs sampai sebu perut makan aiskrim. Selain perisa yang Maha suka tu, buat pecinta coklat kena cuba perisa Belgian Chocolate ini memang sangat pekat rasa coklat dalamnya. 




Lepas tu ada pula Matcha Green Tea memang sapa suka kepada teh hijau ini memang akan habislah makan yang ini. Perisa biasa lain seperti Vanilla dan juga Strawberry yang mana dalamnya korang boleh rasa ketulan buah strawberry bila masuk kunyah kedalam mulut tu.

Pengacara Melissa bersama panel Fazura, Jane dan Raja Nadia Sabrina


Semasa event tu juga bukan sahaja Fazura tetapi mereka ada menjemput beberapa wanita yang menjadi inspirasi dalam kehidupan yang extraordinary. Diantaranya adalah Jane Chuck seorang sosial media influancer juga bersama dengan lawyer iaitu Raja Nadia Sabrina yang sekarang menceburi bidang fesyen apabila memenangi Kuala Lumpur Fashion Week 2015


Pada hari tu juga Aere adalah label Malaysia bagi pakaian kontemporari yang diasaskan oleh Raja Nadia turut mempamerkan rekaan mereka. Menggabungkan warna Kuning, Biru dan juga Putih dalam rekaannya ini sangat menarik. Fazura juga turut mengayakan rekaan keluaran Aere ini pada hari terebut.



Lepas ni boleh lah ke mana-mana kedai untuk dapatkan perisa yang Maha ceritakan tadi. Semua Maha suka sedap menawan hati nak makan aiskrim. Layari Facebook mereka Haagen-Dazs Malaysia untuk sebarang promosi.





Anda juga suka post ini...

12 ulasan:

  1. Sedapnya hagen dazs ni dah lama tak makan
    Balik kerja kena pegi beli la perisa baru since fazura approved hahahaha peminat fatzura hereee

    BalasPadam
  2. Untuk lah dapat jumpa fazura. Best tu ice-cream haagen dazs. Harga pon best jugak. Sekali sekala makan boleh lah ☺

    BalasPadam
  3. Saya teringin sangat nak cuba matcha green tea tu. Mesti sedap kan! Wahh Fazura ke dutanya. Lagilah nak beli lepas ni. Hihi.

    BalasPadam
  4. Amboinyaaa tajuk post dia 😂 hahahaha. Selama hari ini hanya mampu tgok je haagen dazs nie dekat pasaraya. Mmg x dinafikan rasa ais krim HD nie sedap2. Ruginya xdtg k event nie. Kalau tak, dpt selfie dgn Fazura kan

    BalasPadam
  5. sampai sekarang belum pernah try haagen dazs ni. mahal sgt hhaha

    BalasPadam
  6. Tak pernah rasa lagi haagen dazs ni. Kalau mahal sikit tapi rasa sedap nak jugalah cuba, hehe. Amboi tajuk Maha..bikin mau klik :D

    BalasPadam
  7. Haagen dazs ni memang lah sedap aiskrim dia. Walau mahal sikit tp berbaloi beli. Memang comel je packaging terbaru tu. Ana paling nak try yang macadamia nut tu.

    BalasPadam
  8. Amboiiii sedapnya Haagen Dazs aiskrim!!! tapi kita tengah diet sekarang ni... so memang kena jauhkan makan manis. hehehehe

    BalasPadam
  9. Patutlah tak pernah makan. Sebab mahal. Haha. Tapi memandangkan ramai kata Haagen Dazs sedap, nak cuba jugaklah nanti.

    BalasPadam
  10. Dah lama tak makan eskem Haagen Dazs..memang sedap eskem ni, yo la, kualiti tinggi kan..harga pun boleh tahan hehe

    BalasPadam
  11. Ruby pula masa bujang suka coklat, lepas kawin suka strawberry macam faz, bila beranak suka vanilla. Sebab vanilla tu cepat sembuh batuk dan selsema anak-anak. So kita sekeluarga makan flavour yang sama. Hahaha

    BalasPadam
  12. Sis dr dulu suka ais krim ni. Tapi kenkadang je lah boleh beli yg besar. Now bila terasa nk makan aiskrim ni..dah ada yg kecik beli je yg kecik..atleast dapat merasa. Nak makan selalu umm harga dia amboii amboiii..hahaha

    BalasPadam