GoodMorning VHalia 18 Bijirin Minuman Sejuta Khasiat Juga Boleh Buat Biskut

7:00 PG Maha Mahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu korang kalau pagi-pagi ada tak minuman tambahan yang korang ambil untuk memastikan sentiasa bertenaga sepanjang hari. Sekarang ni Maha tengah mencuba satu minuman bijirin yang nampak macam bagus ditambah lagi dengan Halia Buluh didalamnya.


Inilah dia minuman GoodMorning VHalia 18 Bijirin adalah minuman halia-bijirin yang komprehensif dengan 18 jenis bijirin serta halia yang berkualiti tinggi. Ok Maha senaraikan 18 bijirin yang ada dalam minuman ini Job’s Tears, Beras Merah, Biji Teratai, Biji Rami, Bijan Hitam, Walnut, Biji Chia, Kacang Soya Hitam, Kernel Aprikot, Berat Pulut, Beras Perang, Jagung, Kacang Soya, Gandum, Barli, Kacang Mug, Kacang Hijau dan Lentil.


Semua ini kalau kita study sikit ia bagus untuk organ dalaman seperti jantung, peparu, buah pinggang, limpa & perut dan hati. Jadi ia memang menjaga semua sekali tapi kenalah minum dengan konsisten kalau setakat minum sebulan lepas tu nak sihat dan baik memang tidak lah.


Tapi sebab apa nama minuman ini VHalia 18 Bijirin paling utama adalah Halia. Mereka menggunakan bukan halia biasa yang kita buat masak kat dapur tapi ini adalah Halia Buluh yang boleh didapati di negara Taiwan. Halia Buluh ini mempunyai aroma dan rasa yang pekat sebab itu bila korang bancuh minuman ini ia lebih pekat dan bau yang kuat.


Tak apa sapa yang suka halia memang tak ada masalah apabila habis hujung minuman akan ada rasa pedas sedikit. Halia ini tujuannya untuk memanaskan badan, penghadaman, menggalakkan peredaran darah dan anti-inflamasi dan selsema.


Jadi memang minuman ini bagus untuk orang dewasa mahupun warga emas semua orang boleh minum tak ada masalah. Cara penyediaan minuman ini mudah sangat sebab ia dah dijadikan serbuk jadi hanya campurkan 3 sudu VHalia dengan 150ml air suam sahaja. Kacau sampai larut dan boleh minum waktu pagi boleh atau malam pun boleh.


Tapi Maha bukan sahaja minum macam tu setiap hari Maha jadikan satu resipi masakan menggunakan produk VHalia 18 Bijirin ni. Nak minum setiap hati tak berapa lalu sebab bau dan rasa kuat halia tu jadi Maha cipta satu resipi dan masih boleh nikmati VHalia ini.


Resipi tersebut adalah Biskut VHalia dan bahan-bahan yang digunakan sangat sikit tapi paling penting kena ada produk VHalia lah ok. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan.


Bahan-bahan:-
1) 2 cawan Tepung Gandum
2) 3 sudu VHalia 18 Bijirin
3) 125 gram Mentega
4) 1 cawan Gula Perang (dikisar)
5) ½ cawan air panas
6) 1 camca besar Madu

Dah cukup hanya ini sahaja bahan yang Maha gunakan untuk jadikan biskut yang boleh makan setiap hari tak rasa sangat halia. Cara penyediaan biskut ini pula sangat mudah pakai campur jer jom kita tengok pula cara nak masak.


Cara penyediaan :

1)    Satukan bahan tepung gandum, VHalia, mentega dan gula perang. Ingat tau gula perang tu kena kisar halus sebab nanti bila adun gula tu tak hancur dan biskut yang hancur. Gaul dengan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.


2)    Buat lubang di tengah adunan tadi untuk masukan air panas dan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati dan bagaikan menjadi doh adunan yang lembut.


3)    Pada waktu ini panaskan oven. Masa untuk membuat bentuk ikut suka kita nak buat bentuk apa. Maha sebab nak jadikan ia nampak biskut jadi buat bulat sebesar duit 50sen dan leperkan. Pastikan ia tidak tebal seperti mana yang Maha buat ia akan membuatkan biskut lambat masak.


4)    Sediakan satu bekas pembakar yang disalut dengan mentega untuk elak dari melekat. Susun pada jarak yang jauh sikit untuk pastikan ia tidak bercantum.


5)    Akhirnya masukan dalam oven dan masak pada suhu 200◦ selama 15 minit sahaja kalau tak tebal biskut tersebut.

Sekarang dah siap dan boleh dimakan masih ada bau halia yang kuat dan juga masih dapat rasa halia tapi dalam bentuk biskut ok lah sikit. Boleh bawa ke pejabat atau mana-mana sahaja untuk setiap masa menikmati VHalia ini.


Kalau korang rasa nak bawa dalam bentuk sachet pun mereka ada produk minuman ini dengan dalam satu pek tersebut ada 8 sachet hanya RM10.90. Ini untuk memudahkan kita minum setiap hari tak perlu sukat dah siap hanya masuk dalam cawan dan masuk air suam. Good Morning VHalia 18 Bijirin kini boleh didapati di Guardian, Caring dan kedai-kedai farmasi, anda juga boleh membuat pesanan secara dalam talian. Selamat menikmati minuman VHalia dan semoga anda mendapat manfaat kesihatannya. Maklumat selanjutnya: https://goo.gl/YJWRno. Selamat mencuba.






Anda juga suka post ini...

12 ulasan:

  1. Wahhh....menarik... Belum pernah cuba lagi minum VHalia 18 Bijirin ni.. Yang paling best tu resipi biskut tuh..

    BalasPadam
  2. Vhalia...ni kalau minum ni sure banyak angin keluar..eh..macam senang je la biskut yg maha buat tu..tp akak ni baking mmg failed. Malu je kat Maha...hehehe

    BalasPadam
  3. best nye maha. dah ada biskut raya.. nampak mudah je buat ni. menarik pula tu. boleh minum dan jadikan biskut

    BalasPadam
  4. sedapnya tgk biskut tu. heheh.. tp best la mmg buang angin jer minum vhalia ni.

    BalasPadam
  5. Sedapnya. Alamak biskut tu nampk sedap sgt. 2 dalam 1, blh buat makan dan dijadikan minuman

    BalasPadam
  6. biskut tuh nampak sedap.ok boleh ambil resipi nak buat masa raya nanti

    BalasPadam
  7. Wow.. tak pernah dengar.. sedap tak rasa halia tu? ni bagus jugak untuk buang angin ni..

    BalasPadam
  8. wow...jadi kreatif .

    dah boleh untuk dijadikan biskut la pulak.

    pasti sedap juga kan

    BalasPadam
  9. I really love ginger tea and for sure wanna to try this as well. love the way you form it into cookies as i also always do that.. at least tak waste makanan.

    Racheal

    BalasPadam
  10. Macam sedap je minuman baru ni, perasa halia. Tapi itulah saya pernah minum teh halia, tapi tak sanggup nak telan habis. Mungkin tak samalah kut rasanya dengan yang ini.

    BalasPadam
  11. Waa menariknya bijiran minuman dibuat biskut. Sangat kreatif. Tapi saya tak tahu boleh makan ka tak biskut halia. Masih tengah cuba bayang rasa dia. hahaah

    BalasPadam