Jualan Online,

Carian Rakyat Malaysia Di Shopee Meningkat Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina

Rabu, Februari 14, 2018 Mahamahu 1 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan semua orang sibuk bercuti sekarang. Walaupun cuti agak panjang pada hujung minggu ini tidak memutuskan semangat untuk membeli belah di saat akhir.


Shopee platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh akhir nak beraya ni. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan akhir sempena Tahun Baharu Cina ini.


Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan komisyen sifar. Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori Pakaian Wanita, Mobil & Gajet, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita.

Manakala carian tertinggi menggunakan kata kunci pula adalah Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam, iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi, Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee, Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal, Beg Sangkut, Beg, Dompet dan Beg Galas.

Itu baru senarai carian sangat banyak dan memang orang Malaysia ni suka membuat servay dan ini sangat bagus. Tapi kalau korang tengok pula senarai pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini juga sangat banyak.

Mengikut Kategori
Kasut Wanita, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perhiasan Rumah, Kesihatan & Kecantikan, Runcit & Haiwan Peliharaan.

Mengikut Produk Paling Popular Terjual
Kasut Terbuka, Set Pakaian Bayi, Set Hadiah Tupperware, Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina dan KitKat Edisi Khas. 


Jadi nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.


Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play sekarang juga untuk nikmati semua ini. Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut.






1 ulasan:

  1. Ramai orang memang tengah menunggu Sales sempena CNY kot

    BalasPadam